Cooling Break Pertama Bola Sepak Piala Dunia FIFA

Leave a Comment
Cooling Break Pertama Bola Sepak Piala Dunia FIFA

Cooling Break Pertama Bola Sepak Piala Dunia FIFA menyaksikan tempoh rehat ‘cooling break’ disebabkan cuaca terlalu panas di Fortaleza semasa perlawanan antara Belanda dengan Mexico.

Penonton juga terpaksa berlindung di stadium bagi mengelakkan cuaca yang panas.

Pengadil Pedro Proenca memberhentikan perlawanan selama tiga minit bagi menyejukkan badan semasa suhu melebihi 32 darjah celcius.

Cooling Break Pertama Bola Sepak Piala Dunia FIFA dilaksanakan Pedro menggunakan peraturan baru Fifa bagi membenarkan pemain berehat sebentar.

Pada minit ke-75 semasa suhu 39 darjah celcius sekali lagi Pedro mengarahkan ‘cooling break’.
Read More

Alysia Montano Atlet Mengandung Lapan Bulan Berlari Acara 800 meter

Leave a Comment
Alysia Montano Atlet Mengandung Lapan Bulan Berlari Acara 800 meter

Seorang atlet yang hamil selama 34 minggu mengambil bahagian dalam acara larian 800 meter pada Sukan Olimpik London di Stadium Hornet, Sacramento, California.

Alysia Montano yang berumur 28 tahun merupakan juara kebangsaan sebanyak lima kali mengambil masa selama dua minit dan 32.13 saat dengan menamatkan larian tersebut di tempat terakhir.

Alysia Montano gembira dan menyertai larian tersebut dan dia berasa sangat baik berkaitan kandungannya.

Doktor telah membenarkan Alysia Montano untuk menyertai acara tersebut.
Read More

Bayi Ana Paula Berkaki Tiga Bakal Jalani Pembedahan

Leave a Comment
Bayi Ana Paula Berkaki Tiga Bakal Jalani Pembedahan

Seorang anak kecil bernama Ana Paula berusia 22 bulan dari Panama yang mempunyai tiga kaki tiba di Los Angeles, Amerika Syarikat. Ianya bertujuan untuk dibedah bagi membuang lebihan satu kaki tersebut.

Ana lahir secara kembar siam tetapi pasangannya meninggal dunia semasa dibedah bagi memisahkan mereka ketika berusia 20 hari.

Ana mempunyai masalah kesihatan yang lain dan pembedahan bagi membuang kaki tambahan akan dilakukan sepasukan doktor dari Hospital Kanak-Kanak Shriners di Los Angeles.

Hanya kaki kiri kanak-kanak berfungsi manakala kaki kanan dipotong dan menggunakan kaki palsu manakala kaki tengah akan dibuang terus.
Read More

18 Barang Harga Kawalan Sempena Hari Raya Aidil Fitri

Leave a Comment
18 Barang Harga Kawalan Sempena Hari Raya Aidil Fitri

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNKK telah memaklumkan berkenaan menetapkan harga maksimum bagi 18 jenis barangan harga terkawal sempena Hari Raya Aidil Fitri selama 17 hari bermula 20 Julai hingga 5 Ogos 2014.

Perkara tersebut bakal dilaksana mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 di 149 daerah di seluruh negara.

Barang yang terlibat ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import (harga maksimum di Sarawak sahaja), daging kerbau import, telur ayam gred A, B, C, cili merah dan tomato.

Selain itu, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang besar import, bawang putih (China), ubi kentang import (China) dan ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara tujuh hingga 10 ekor sekilogram).
Read More

Barisan Kabinet Baru Kerajaan Persekutuan 2014

Leave a Comment
Barisan Kabinet Baru Kerajaan Persekutuan 2014

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan barisan kabinet yang baru pada hari ini.

Berikut senarai Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri:

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong

Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Chua Tee Yong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk We Ka Siong

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Lee Chee Leong

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat: Datin Paduka Chew Mei Fun
Read More

Algeria Cipta Sejarah Afrika di Piala Dunia 2014

Leave a Comment
Algeria Cipta Sejarah Afrika di Piala Dunia 2014

Algeria mempunyai peluang yang cerah bagi melangkah ke pusingan kedua malahan mereka telah pun mencipta rekod iaitu menjadi pasukan pertama dari Afrika telah menjaringkan empat gol dalam sejarah Piala Dunia.

Algeria telah mengalahkan Korea Selatan 4-2 menerusi aksi kedua Kumpulan H.

Gol-gol telah dijaringkan oleh Islam Slimani, Rafik Halliche, Abdelmoumene Djabou dan Yacine Brahimi.

Mereka kini berada di tangga kedua di belakang Belgium dengan tiga mata. Algeria mesti memenangi perlawanan ketiga apabila berdepan Rusia untuk memudahkan laluan ke peringkat 16 kalah mati.
Read More

Kerjasama Tudung Fareeda Dengan Pesawat Firefly

Leave a Comment
Kerjasama Tudung Fareeda Dengan Pesawat Firefly

Tudung Fareeda telah pun menjalankan pengiklanan yang unik dengan mempromosikan produk syarikat mereka pada badan pesawat milik Firefly bermula tahun 2014.

Ianya merupakan penglibatan kali pertama mereka melalui industri penerbangan bagi mempromosikan jenama Fareeda di beberapa kawasan di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia.

Firefly dalam langkah meluaskan penerbangan dan Fareeda berharap kerjasama yang dijalankan ini bakal menaikkan keuntungan Fareeda.

Kerjasama ini adalah selama setahun tetapi Fareeda berharap untuk meneruskannya selepas itu.
Read More

Lihat Anak Bulan Ramadan 27 Jun 2014

Leave a Comment
Lihat Anak Bulan Ramadan 27 Jun 2014

Anak bulan Ramadan bagi permulaan puasa akan dilihat pada petang Jumaat bertarikh 27 Jun 2014.
    
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan bahawa Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bakal mengisytiharkan pada malam tersebut tarikh permulaan Puasa melalui radio dan televisyen.

Anak bulan Ramadan akan dilihat di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Kawasan lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan.

Tambahan pula di Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. 
Read More

Anak Ditangkap Kurung Ibu Supaya Mati Kelaparan

1 comment
Anak Ditangkap Kurung Ibu Supaya Mati Kelaparan

Wanita bernama Xiaoming Tsui berumur 90 tahun dikurung oleh anak sendiri di dalam sebuah bilik tidur supaya dia akan mati kebuluran.

Wanita tersebut terselamat selepas sebulan dengan hanya bergantung kepada air minuman dan bubur bijirin yang dibaling melalui tingkap oleh jiran-jiran.

Perkara ini berlaku di kampung Yangjuan di Hunan. Jiran wanita terbabit melaporkan kepada pihak polis melalui internet.

Pihak polis menyerbu rumah terbabit seterusnya seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki wanita tersebut berhadapan tuduhan cubaan membunuh ibu mereka sendiri.
Read More

Pertandingan Fesyen Gaun Pengantin Guna Kertas Tandas

1 comment
Pertandingan Fesyen Gaun Pengantin Guna Kertas Tandas

Susan Brennan yang berasal daripada Orchard Lake, Michigan berjaya mendapat tempat pertama menghasilkan gaun pengantin dengan kertas tandas. Pertandingan ini merupakan kali ke-10 dianjurkan di Midtown.

Sepuluh orang peserta menghasilkan gaun pengantin yang diperbuat daripada kertas tandas keluaran Charmin Ultra Strong yang diadakan di sebuah hotel.

Brennan memenangi wang sebanyak RM32,212. Tempat kedua dimenangi oleh Katrina Chalifoux yang memperoleh RM16,106.50 manakala Amber Hills memenangi tempat ketiga dengan memperoleh RM8,053.25.
Read More

Floria Putrajaya di Presint 4 Bermula 14 Jun 2014

Leave a Comment
Floria Putrajaya di Presint 4 Bermula 14 Jun 2014

Pengunjung-pengunjung akan membanjiri tapak Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2014 atau pun lebih dikenali sebagai Floria Putrajaya. Ianya berlangsung selama sembilan hari bermula pada hari Sabtu 14 Jun 2014 di Presint 4.

Festival Pesona Warna mempamerkan bunga-bungaan melebihi 1500 spesies iaitu orkid, begonia, genus begonia dan lain-lain daripada pelbagai habitat dan rupa.
Read More

Bihun Istimewa Cap Masjid Tiada Logo Halal Jakim

Leave a Comment
Bihun Istimewa Cap Masjid Tiada Logo Halal Jakim

Bihun Istimewa cap masjid yang dikeluarkan sebuah kilang tidak mempunyai sijil halal sah mengikut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Jakim menyatakan bahawa bihun tersebut menggunakan logo halal sendiri pada pembungkusan.

Beberapa keping gambar yang didapati bahawa pemprosesan bihun yang kotor dan jijik.
Read More

Logo UiTM Terbesar Menggunakan Dodol

1 comment
Logo UiTM Terbesar Menggunakan Dodol

Pelajar Universiti Teknologi Mara Melaka Cawangan Kampus Bandaraya telah mencipta logo UiTM terbesar menggunakan dodol. Perkara ini dilaksanakan bagi memeriahkan Karnival Keusahawanan dan Kesenian Islam bermula 6 sehingga 8 Jun 2014 di Pusat Islam, Melaka.

Logo terbesar ini juga selaras dengan ulang tahun ke-30 UiTM Melaka yang direkodkan di dalam Malaysia Guinness Book of Record.

Ianya menggunakan 37,400 bekas plastik dodol bersaiz kecil dan dijalankan oleh 40 pelajar dari pelbagai fakulti.

Masa selama dua jam setengah digunakan untuk menghasilkan logo bertajuk 30 Tahun UiTM bersaiz 5.3 meter x 8.2 meter.
Read More

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Alami Banjir Kilat

1 comment
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Alami Banjir Kilat

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengalami banjir kilat semalam apabila pekarangan kampus dinaiki air sedalam setengah meter. Keadaan tersebut mengakibatkan berpuluh-puluh kenderaan terkandas akibat banjir.

Hujan lebat telah berlaku di kawasan kampus UIAM dan di kawasan sekitarnya lebih kurang sejam bermula pukul 3 hingga 4 petang.

Air naik secara mendadak sehingga ke paras pinggang yang telah menenggelamkan puluhan kereta dan motosikal milik pelajar dan kakitangan universiti.
Read More

Felda United FC Jual Tiket Final Piala FA Mulai 3 Jun 2014

Leave a Comment
Felda United FC Jual Tiket Final Piala FA Mulai 3 Jun 2014

Felda United FC akan menjual tiket final Piala FA kepada penyokong mereka di Menara Felda, Jalan Tun Razak bermula petang esok.

Baki tiket yang tidak terjual bakal diagih kepada pengurus wilayah Felda di seluruh negara untuk dijual.

Felda akan menentang Pahang pada aksi final Piala FA 2014 di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu 7 Jun 2014. 

Harga tiket bagi dewasa ialah RM40 manakala kanak-kanak RM5.
Read More