Datuk Mah Siew Keong Tewaskan Dyana Sofya PRK Teluk Intan

Leave a Comment
Datuk Mah Siew Keong Tewaskan Dyana Sofya PRK Teluk Intan

Calon Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Mah Siew Keong telah pun menewaskan calon DAP iaitu Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.

Datuk Mah memperoleh sebanyak 20157 undi manakala Dyana Sofya telah mendapat sebanyak 19919 undi.
Read More

Mr Bean Bantu Kemalangan Pemandu Kereta McLaren F1

Leave a Comment
Mr Bean Bantu Kemalangan Pemandu Kereta McLaren F1

Rowan Atkinson atau pun lebih dikenali Mr Bean telah menyelamatkan seorang pemandu kereta sport mewah McLaren F1 yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

Pemandu tersebut yang merupakan seorang ahli perniagaan kaya warga Amerika Syarikat sedang mengikuti konvoi permotoran telah melanggar sebatang pokok.

Mr. Bean merupakan individu terawal yang tiba di tempat kejadian bagi membantu pemandu berkenaan. Beliau menelefon pihak polis Itali dan juga anggota bomba. Pemandu tersebut dikejarkan ke sebuah hospital di Pisa dan berada dalam keadaan baik.
Read More

Raja Dr Nazrin Shah Dimasyhur Sultan Perak ke 35

Leave a Comment
Raja Dr Nazrin Shah Dimasyhur Sultan Perak ke 35

Raja Dr Nazrin Shah telah pun diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu menggantikan Almarhum Ayahandanya iaitu Sultan Azlan Shah.

Pemasyhurhan diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada Istiadat pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak di Balairong Seri Istana Iskandariah.

Raja Nazrin merupakan Sultan Perak yang ke-35 berusia 58 tahun yang juga merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah.
Read More

Semua Sekolah Ada Internet 4G Tahun 2015

Leave a Comment
Semua Sekolah Ada Internet 4G Tahun 2015

Kementerian Pendidikan bakal merealisasikan semua sekolah dilengkapi kemudahan Internet 4G menjelang 2015 melalui program 1BestariNet.

Timbalan Menteri Pendidikan II iaitu YB P. Kamalanathan berkata kemudahan tersebut hanya pada 86.3 peratus atau 8,746 buah sekolah. Lebih kurang 14 peratus dan Kementerian Pendidikan akan berusaha mencapainya menjelang 2015.

1BestariNet merupakan portal pembelajaran oleh Kementerian Pendidikan supaya meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga akan merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar.
Read More

Kanak-kanak Tersepit Celah Dinding di China

Leave a Comment
Kanak-kanak Tersepit Celah Dinding di China

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun telah pun terperangkap di celah-celah dinding dua buah bangunan selepas terjatuh darirumahnya di bandar Bijie, China.

Ahli keluarganya meminta pertolongan daripada anggota bomba apabila gagal mengeluarkannya melalui sebuah lubang.

Beberapa anggota bomba menebuk dinding bilik air rumah jiran untuk membuat satu lubang bagi mendapatkan kanak-kanak terbabit.

Hampir setengah jam diperlukan  untuk menyelamatkan kanak-kanak itu daripada terus tersekat pada celahan dinding seluas 20 sentimeter itu.
Read More

Barisan Kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia Tahun 2014/2018

Leave a Comment
Barisan Kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia Tahun 2014/2018

Ini merupakan barisan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2014-2018 selepas pemilihan pada Kongres ke-50 FAM:
    
Presiden:
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Pahang)
    
Timbalan Presiden:
1. Datuk Seri Afandi Hamzah (Kelantan)
2. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Selangor)
    
Naib Presiden:
1. Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Perak)
2. Datuk Rozabil Abdul Rahman (Perlis)
3. Datuk Sudarsono Osman (Sarawak)
    
Ahli Jawatankuasa Eksekutif:
1. Datuk Yusof Mahadi (Melaka)
2. Abdul Aziz Yeop Jamaluddin (Perak)
3. Datuk S. Sivasundram (penyandang-Selangor)
4. Alijus@Mohd Ali Sipil (Sabah)
5. Datuk Osman Salleh (penyandang-PDRM))
6. Goh Ah Chai (Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
7. Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Pulau Pinang)
8. Datuk Othman Aziz (Kedah)
9. Brig. Jeneral Datuk Norhuda Ahmad (wanita)
10. Normala Md Yusof (wanita)
Read More

Jeralean Talley Wanita Berumur 115 Tahun

Leave a Comment

Jeralean Talley Wanita Berumur 115 Tahun

Wanita kedua tertua di dunia di Amerika Syarikat telah pun menyambut hari lahirnya yang ke-115.

Jeralean Talley dilahirkan pada 23 Mei 1899 merupakan yang kedua tertua selepas Misao Okawa yang berumur 116 tahun.

Talley dilahirkan di Montrose, Georgia dan kemudiannya berpindah ke Michigan pada tahun 1935. Beliau mempunyai seorang anak dengan suaminya iaitu Alfred yang telah meninggal dunia pada tahun 1988.

Talley masih boleh berjalan dengan bantuan tongkat walaupun beliau telah pun berusia lebih 100 tahun.
Read More

Malaysia Melangkah ke Final Kejohanan Badminton Piala Thomas

Leave a Comment
Malaysia Melangkah ke Final Kejohanan Badminton Piala Thomas

Malaysia berjaya melangkah ke final Kejohanan Badminton Piala Thomas apabila menumpaskan Indonesia 3-0 pada separuh akhir di Stadium Siri Fort, New Delhi, India.

Pasukan negara akan bertemu dengan Jepun dalam final di stadium yang sama pada hari Ahad 25 Mei 2014.

Jepun mara ke final selepas mengejutkan China 3-0 dalam perlawanan separuh akhir.

Ianya merupakan penampilan ke-14 Malaysia di pentas final Piala Thomas.

Sebelum itu, pasukan negara hanya muncul juara lima kali dan tewas lapan kali.
Read More

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bakal Wujud Peperiksaan Dalam Talian

Leave a Comment
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bakal melaksanakan peperiksaan secara dalam talian untuk pemohon sebelum dipanggil bagi tujuan temu duga.

Peperiksaan ini adalah satu langkah bagi menambah baik mutu perkhidmatan yang disediakan.

Peperiksaan merupakan satu daripada tapisan sebelum calon dipanggil bagi menghadapi temu duga.
Read More

Panda Fu Wa dan Feng Yi tiba di Kuala Lumpur

Leave a Comment
Panda Fu Wa dan Feng Yi tiba di Kuala Lumpur

Pesawat Airbus 330-200 MH6462 telah membawa pasangan panda gergasi iaitu Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) tiba di Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ianya berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu, China mendarat pada pukul 7.53 pagi.

Panda tersebut akan dikuarantin selama 30 hari di Zoo Negara dan akan dipertontonkan kepada orang ramai pada hujung bulan Jun.
Read More

Arsene Wenger Sambung Kontrak 3 Tahun Bersama Arsenal

Leave a Comment
Arsene Wenger Sambung Kontrak 3 Tahun Bersama Arsenal

Arsene Wenger yang telah berkhidmat sebagai pengurus selama 21 tahun bersama kelab tersebut bakal menyambung lagi kontrak selama tiga tahun bersama Arsenal.

Kontrak yang ditawarkan bakal mengukuhkan kelab menjelang perlawanan pada musim panas mendatang ditambah dengan kejayaan Arsenal dalam meraih gelaran juara Piala FA baru-baru ini.
Read More

Dividen 10 Peratus Dana Peladang Kebangsaan

Leave a Comment
Dividen 10 Peratus Dana Peladang Kebangsaan

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri telah pun mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 10 peratus kepada para pelabur Dana Peladang Kebangsaan bagi tahun kewangan berakhir 2013.

Pengumuman dividen tersebut melalui Skim Pelaburan Khas Peladang yang dilancarkan sebelum ini pada Disember 2012 merupakan kejayaan program transformasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan.
Read More

Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor Pertandingan Empat Penjuru

Leave a Comment


Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor yang bakal diadakan pada 25 Mei 2014 melibatkan pertandingan empat penjuru antara calon DAP, Parti Cinta Malaysia dan dua calon bebas.
   
Calon-calon yang bertanding ialah Ramkarpal Singh berumur 38 tahun sebagai calon DAP, Naib Presiden PCM iaitu Datuk Huan Cheng Guan berumur 53 tahun manakala Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar berumur 63 tahun dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan berumur 46 tahun sebagai calon Bebas.
   
Mohamed Nabi Bux bakal menggunakan simbol bunga dan Abu Backer Sidek pula akan menggunakan simbol kuda.
Read More

Nasi RM 3 di Medan Selera Stadium Perak

Leave a Comment
Nasi RM 3 di Medan Selera Stadium Perak

Kedai Kak Mek Nasi Berlauk berada di Medan Selera Stadium Perak dipenuhi pelanggan ketika waktu makan tengah hari.

Ianya mempunyai resipi asli dari Kelantan yang dimiliki oleh Noor Aini Husin berumur 40 tahun. Ianya beroperasi sejak lima tahun lalu yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Nasi berlaukkan ayam goreng, kari ayam, timun dan sambal berharga RM3 dan banyak lagi lauk yang boleh menjadi pilihan.

Kedai ini juga menjual air dengan harga RM1.
Read More