Penyelenggaraan Lebuh Raya NKVE dan Lebuh Raya Utara-Selatan

Leave a Comment
Penyelenggaraan Lebuh Raya NKVE dan Lebuh Raya Utara-Selatan

Orang ramai mesti mengambil langkah berjaga-jaga ketika melalui Lebuh raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan disebabkan pelaksanaan kerja-kerja pelebaran jalan.

Laluan tersebut ialah di kilometer 8.9 Shah Alam ke Sungai Buloh dan dari Bukit Lanjan di kilometer 22 ke Jalan Duta. Kerja-kerja ini dijangka berakhir Oktober ini.

Gangguan lalu lintas pada Isnin sehingga Khamis bermula 10 malam hingga 5 pagi, Jumaat dan Sabtu bermula 10 malam hingga 8 pagi dan hari Ahad pula mulai 10 malam hingga 10 pagi.

Ianya juga melibatkan Persimpangan Bertingkat Nilai Utara ke Nilai dan dari Nilai ke Seremban-Port Dickson.
Read More

13,970 Calon Semua A Peperiksaan SPM 2013

Leave a Comment
13,970 Calon Semua A Peperiksaan SPM 2013

Seramai 13,970 calon berjaya mendapat semua gred A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2013.

Ianya telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran iaitu Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof.

Peningkatan keputusan adalah sebanyak 250 calon jika dibandingkan dengan keputusan tahun 2012 iaitu seramai 13,720 calon memperoleh semua gred A.
Read More

Kumpulan Pertama Pelatih PLKN 2014 Tamat Latihan

Leave a Comment
Kumpulan Pertama Pelatih PLKN 2014 Tamat Latihan

Seramai 32,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara atau pun PLKN bagi kumpulan pertama tahun 2014 telah pun tamat latihan di Kem masing-masing selepas tiga bulan.

Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada pelatih yang akan terlibat menghadiri latihan tahun 2014 yang seramai 150,000 orang.
Read More

Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee Raih Gangsa Kejohanan Terjun Siri Dunia

Leave a Comment
Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee Raih Gangsa Kejohanan Terjun Siri Dunia

Pandelela Rinong Pamg dan Leong Mun Yee berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara terjun 10m platform seirama wanita di Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2014 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional di Beijing, China.

Mereka berdua memperolehi 303.96 mata bagi meraih gangsa. Pingat perak diperolehi pasangan Kanada iaitu Roseline Filion dan Meaghan Benfeito dengan jumlah 307.56 mata.

Pasangan China iaitu Chen Ruolin dan Liu Huixia mendapat pingat emas dengan 347.52 mata.
Read More

Pesawat Pengesan Maritim P-3C Orion New Zealand

Leave a Comment
Pesawat Pengesan Maritim P-3C Orion New Zealand

Kerajaan Malaysia telah memaklumkan mendapat tawaran daripada Perdana Menteri New Zealand iaitu John Key bahawa pesawat pengesan maritim P-3C Orion akan dihantar untuk mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang.

Perkara ini diberitahu oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kapal terbang tersebut mempunyai pengkhususan pengesanan maritim.
Read More

Pakej Keluarga Sunway Lagoon Cuti Sekolah Mac 2014

Leave a Comment
Pakej Keluarga Sunway Lagoon Cuti Sekolah Mac 2014

Taman Tema Sunway Lagoon melancarkan pakej sempena cuti sekolah bulan Mac 2014 iaitu Pakej Keluarga Musim Cuti Sekolah.

Terdapat lebih 80 tarikan aktiviti dengan harga RM275 yang meliputi tiket masuk ke taman tema untuk dua orang dewasa, dua orang kanak-kanak, baucer makanan dan beli belah.

Jika membuat bayaran tambahan RM40 akan mendapat barangan perkelahan seperti bakul, tikar dan minuman.
Read More

Santa Cruz de La Palma Dipenuhi Pesta Baling Bedak

Leave a Comment
Santa Cruz de La Palma Dipenuhi Pesta Baling Bedak

Ramai peserta mengambil bahagian dalam karnival membaling bedak talkum Santa Cruz De La Palma, Sepanyol.

Perbuatan baling-membaling bedak talkum dilakukan di antara satu sama lain.

Oleh sebab itu, peserta di pesta itu terdapat bedak yang berwarna putih di badan mereka.
Read More

Pembenihan Awan di Semenanjung Dilaksanakan

Leave a Comment
Pembenihan Awan di Semenanjung Dilaksanakan

Pembenihan awan akan diteruskan di kawasan Semenanjung mengikut Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan Jabatan Meteorologi iaitu Azhar Ishak.

Ianya ditumpukan kepada kawasan tadahan air dan empangan yang surut akibat cuaca panas dan kering yang menyebabkan catuan bekalan air di Selangor.

Gambar radar digunakan bagi melihat pembentukan tompokan awan yang sesuai untuk melakukan pembenihan awan.
Read More

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Jambatan Kedua Pulau Pinang

Leave a Comment
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Jambatan Kedua Pulau Pinang

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri telah mengumumkan Jambatan Kedua Pulau Pinang bernama Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Nama jambatan tersebut mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menjadi sejarah negara Malaysia.

Ianya akan membantu dari segi pembangunan ekonomi di Pulau Pinang khusunya di Wilayah Koridor Utara.
Read More