Tiada Caj 1 Peratus PTPTN Buat Pelajar Anak Terengganu Mulai 2015

Tiada Caj 1 Peratus PTPTN Buat Pelajar Anak Terengganu Mulai 2015

Perkara ini yang mesti ditunggu-tunggu oleh bakal peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional seluruh negara. Kerajaan negeri Terengganu mengambil inisiatif yang tersendiri dengan bakal menampung bayaran caj pengurusan 1 peratus yang dikenakan oleh PTPTN bagi setiap pelajar yang merupakan anak negeri tersebut yang akan memasuki institusi-institusi pengajian tinggi mulai tahun 2015.

Menurut Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, setiap pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN tersebut tidak akan lagi dikenakan caj 1 peratus seperti sekarang.

Ianya dilaksanakan rentetan daripada pertemuan dengan para pelajar Terengganu di universiti-universiti tempatan yang terbeban dengan kos sara hidup. Justeru, ianya diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu semasa membentangkan Bajet Negeri Terengganu 2015 semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman.
0 Komentar untuk "Tiada Caj 1 Peratus PTPTN Buat Pelajar Anak Terengganu Mulai 2015"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top