Petrol RON95 Turun 4 Sen Kepada RM 2.26 Seliter

Leave a Comment
Petrol RON95 Turun 4 Sen Kepada RM 2.26 Seliter

Harga minyak petrol dan diesel mengalami perubahan yang terkini pada 1 Disember 2014. Harga runcit petrol RON 95 telah dikurangkan sebanyak 4 sen seliter kepada RM 2.26 seliter.

Tambahan pula, harga jualan runcit RON 97 juga telah dikurangkan sebanak 9 sen seliter kepada RM 2.46 seliter. Harga runcit diesel pula dinaikkan sebanyak 3 sen seliter kepada RM 2.23 seliter.

Perkara yang mesti diketahui umum ialah harga ini berkuat kuasa hanya untuk bulan Disember sahaja. Perkembangan pasaran harga minyak mentah dunia akan diikuti untuk menentukan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: