Pertandingan Memancing GP Selangor Taman Tasik Shah Alam

1 comment
Pertandingan Memancing GP Selangor Taman Tasik Shah Alam

Pertandingan Memancing GP Selangor di Taman Tasik Shah Alam bakal memberikan hadiah lumayan yang bernilai lebih daripada RM 100,00 pada 21 Disember 2014.

Tambahan pula, ikan sebanyak satu tan telah pun dilepaskan di Tasik Shah Alam sebagai tambahan kepada ikan-ikan yang sedia ada.

Forum memancing juga akan diadakan pada hari Sabtu malam dan acara untuk kanak-kanak juga diadakan.

Pertandingan ini juga turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Bakal juara akan mendapat hadiah bernilai RM 40,000 dan juga akan memenangi Proton Saga. Tempat kedua akan mendapat RM 8,000 dan tempat ketiga akan mendapat RM 3,000.

Seterusnya, tempat keempat sehingga ke 10 masing-masing akan menerima RM 1,000. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 60. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Rosli Che Mat di talian 013-3838655.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

onlajer said...

wah macam dah lama sangat tak pergi tengok orang memancing ikan nih