Park Ji Sung Duta Global Syarikat Penerbangan Air Asia

2 comments
Park Ji Sung Duta Global Syarikat Penerbangan Air Asia

AirAsia Bhd telah melakukan perkara yang terbaik dengan melantik ikon bola sepak Korea Selatan iaitu Park Ji-sung yang merupakan bekas bintang bola sepak Kelab Manchester United sebagai duta global yang baru.

Pelantikan ini telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tersebut iaitu Tan Sri Tony Fernandes.

Park bakal muncul dalam banyak kempen dan acara syarikat yang melibatkan AirAsia di pelbagai tempat.

Kerjasama ini bakal dijalankan selama setahun dan turut sama dilancarkan sebuah pesawat Airbus A300 yang memaparkan wajah bintang bola sepak tersebut.
   
Pesawat tersebut telah pun memulakan operasi yang terbang melalui rangkaian AirAsia X di Malaysia, Korea, Jepun, Australia, China, Taiwan, Sri Lanka dan Arab Saudi.

Park Ji-sung menyatakan bahawa ini merupakan pengalaman yang berharga kerana dapat bekerjasama dengan Tan Sri Tony Fernandes melalui syarikat penerbangan AirAsia.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

2 comments:

suri said...

air asia semakin kenali mendapat tempat hati warga malaysia

Dkna Abza said...

Air asia byk kaut untung.