Malaysia Naib Juara Skuasy Berpasukan Wanita Dunia

2 comments
Malaysia Naib Juara Skuasy Berpasukan Wanita Dunia

Negara Malaysia telah pun gagal untuk menjadi juara Skuasy Berpasukan Wanita Dunia setelah kalah kepada pasukan England.

Perlawanan yang sengit ini berlaku di Mark Sachvie Squash Centre, Ontario, Kanada di mana Malaysia kalah 1-2 kepada England.

Sarah-Jane Perry mengalahkan Delia Arnold 11-8, 11-9 dan 11-7 untuk mata pertama England dan seterusnya Nicol David menyamakan kedudukan dengan menewaskan Laura Massaro dengan 11-8, 11-9 dan 11-3.

Walaupun begitu, Low Wee Wern tidak dapat memberikan mata kedua buat Malaysia apabila kalah kepada Alison Waters 8-11, 7-11, 11-8 dan 4-11 dalam perlawanan penentuan.

Ini adalah kejuaraan ketujuh England selepas memenanginya pada tahun 1985, 1987, 1989, 1990, 2000 dan 2006.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

2 comments:

Denaihati said...

tahniah buat pasukan negara. naib juara pun kira baik, mungkin juara akan daang pula.

Asraff Ruslan said...

betul tu Denaihati....mungkin tahun hadapan Malaysia akan menjadi juara pula....