Zizan Razak dan Faizal Ismail Pengacara Anugerah Industri Muzik 21

2 comments
Zizan Razak dan Faizal Ismail Pengacara Anugerah Industri Muzik 21

Zizan Razak dan Faizal Ismail bakal digabungkan bagi mengacara Anugerah Industri Muzik (AIM) 21 berlangsung pada 6 Disember 2014.

Pengumuman pemilihan telah pun dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 21 iaitu Encik Rosmin Hashim dalam satu sidang akhbar pada hari ini.

Barisan penyampai, pengacara karpet glamor dan persembahan artis juga turut diumumkan untuk memeriahkan acara tersebut.

Dua acara showcase akan dilaksanakan untuk menampilkan calon-calon AIM 21 yang bertanding. Showcase pertama di Hard Rock Cafe Melaka pada 23 November manakala showcase kedua di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 30 November 2014. Tiket untuk menyaksikan showcase tersebut dijual dengan harga RM50.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

2 comments:

Norhayati Suaib said...

dah lama tak tengok AIM.

ohcikgu said...

Ok la tu. Dua2 ada crowd masing2.

Terhibur penontonnya nanti.