Universiti Putra Malaysia Kedudukan Ke-54 Dunia

Universiti Putra Malaysia Kedudukan Ke-54 Dunia

Tahniah diucapkan kepada Universiti Putra Malaysia iaitu UPM apabila telah tersenarai pada kedudukan ke-54 dunia dalam bidang Sains Pertanian. Ianya berdasarkan kepada Kedudukan Universiti Terbaik Global oleh US News and World Report.

Tambahan pula, UPM juga pada masa yang sama disenaraikan sebagai universiti terbaik di rantau Asia Tenggara dan ketujuh terbaik Asia dalam bidang Sains Pertanian.

Fokus utama kepada penarafan yang baru tersebut melibatkan penyelidikan keseluruhan institusi, reputasi global dan serantau, prestasi penyelidikan menggunakan indikator penerbitan, staf akademik dan bilangan graduan doktor falsafah (PhD).

Lapan indikator utama bagi penarafan subjek termasuklah reputasi penyelidikan global, reputasi penyelidikan serantau, penerbitan dan kerjasama antarabangsa.

Naib Canselor UPM iaitu Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan menyatakan bahawa iana merupakan pencapaian terbaik melibatkan Sains Pertanian dan meningkatkan reputasi akademik UPM pada peringkat global.
2 Komentar untuk "Universiti Putra Malaysia Kedudukan Ke-54 Dunia"

Mesti bekas pelajar dan pelajar bangga bila UPM dapat kedudukan terbaik macam tu..Moga UPM lebih cemerlang

tahniah diucapkan kepada UPM :)

ainniah.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top