Teater Bangsawan Sinbad di DBKL Bermula 7 November 2014

Teater Bangsawan Sinbad di DBKL

Teater bangsawan Sinbad yang berjudul 'Dendam Ratu Kala' yang merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diadakan selama tiga hari bermula 7 November 2014.

Teater ini bersangkutan dengan teater yang dipentaskan pada tahun 2009 yang berjudul 'Batu Permata Dewa'.

Ianya bakal bertempat di Auditorium DBKL yang terletak di Jalan Raja Laut bermula pukul 8.30 malam.

Tiket-tiket untuk menonton teater tersebut boleh didapati dengan harga RM50 (premier) dan RM5.

Sebarang tempahan tiket atau pertanyaan boleh dilakukan dengan menghubungi Roy di talian 016-5539062 atau Ezlina Alias di 03-26148200.
0 Komentar untuk "Teater Bangsawan Sinbad di DBKL Bermula 7 November 2014"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top