Pertandingan Reka Jersi Pasukan Kedah Liga Malaysia 2015

Pertandingan Reka Jersi Pasukan Kedah Liga Malaysia 2015

Persatuan Bola Sepak Kedah bakal mengadakan pertandingan mencipta jersi skuad Kedah yang bermula secara rasmi pada 6 November sehingga 11.59 malam pada 11 November 2014.

Ianya untuk saingan Liga Malaysia 2015 yang melibatkan jersi pasukan utama, Piala Presiden dan Piala Belia.

Menurut presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pertandingan ini dapat memberi peluang kepada peminat dan penyokong bagi memberi ilham terbaru kepada Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah selaras dengan tema musim 2015 iaitu Transformasi.

Seorang pemenang bakal dipilih yang bakal memenangi wang tunai sebanyak RM1,000 yang akan diumumkan sebelum 15 November 2014.
   
Maksimum tiga rekaan sahaja yang boleh dihantar oleh seorang peserta ke alamat e-mel mediakfa@gmail.com.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat menerusi Facebook pertandingan tersebut di Rekaan Jersi Skuad Hijau Kuning 2015.
2 Komentar untuk "Pertandingan Reka Jersi Pasukan Kedah Liga Malaysia 2015"

kalau tengok bola suka pada jersi mereka pakai ada macam warna dan pilihan

Wahh..siapa yang menang mesti best gila..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top