Google Pamer Doodle Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari

2 comments
Google Pamer Doodle Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari

Google Malaysia telah pun memaparkan seni lakaran atau pun 'doodle' Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sempena ulang tahun kelahiran ke-61.

Allahyarham Datuk Mokhtar telah mewakili Malaysia sehingga ke peringkat Antarabangsa dan telah menjadikan Malaysia kuasa besar Asia dengan mengalahkan Korea Selatan dan Jepun pada tahun 1970-an.

Beliau digelar 'SuperMokh' dengan kehebatan dan kemahiran menjaringkan gol yang luar biasa selaras dengan posisinya sebagai seorang penyerang.

Sebanyak 175 gol dijaringkan untuk Selangor, 20 gol dengan 13 penampilan bersama Kwong Yik Bank dan untuk Malaysia sebanyak 125 gol. Jaringan-jaringan gol tersebut sebanyak 320 gol telah menjadikan Allahyarham Datuk Mokhtar sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa untuk Selangor dan Malaysia.

Beliau telah meninggal dunia pada 11 Julai 1991 selepas bertarung nyawa dengan penyakit saraf neuron motor selama tiga tahun.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

2 comments:

Unknown said...

congratz kepada pemenang! :)

ainniah.com

Unknown said...

eh, tahniah kpd pemenang plak...
congrats kepada malaysia!!! :)
hehe..