Datuk M Nasir Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif UUM

Leave a Comment
Datuk M Nasir Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif UUM

Komposer terkenal negara iaitu Datuk M Nasir telah pun menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif sempena Majlis Konvokesyen ke-27 Universiti Utara Malaysia di Dewan Mu'adzam Shah.

Istiadat konvokesyen yang bermula hari ini akan berlangsung selama sembilan sesi sehingga hari Rabu. Lebih kurang 6,608 graduan akan menerima ijazah masing-masing termasuklah dengan 482 graduan daripada 26 negara. Pada sesi pertama, lebih kurang 298 graduan akan menerima ijazah masing-masing.

Sesi pertama berlaku dengan istiadat pemasyhuran Tunku Panglima Besar Kedah iaitu Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selaku Canselor UUM yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II iaitu Datuk Seri Idris Jusoh.

Empat program juga telah melahirkan 21 graduan sulung iaitu program Kedoktoran Pengurusan, Ijazah Sarjana Undang-Undang, Ijazah Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam serta Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Media.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: