Amanah Saham Nasional 3 Agih Pendapatan 6.2 Sen Seunit

3 comments
Amanah Saham Nasional 3 Agih Pendapatan 6.2 Sen Seunit

Amanah Saham Nasional Berhad iaitu ASNB yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengagihkan pendapatan sebanyak 6.20 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 (ASN3). Ianya bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 November 2014.

Tambahan pula, perkara ini membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM 51.24 juta yang akan diperolehi seramai 30,170 pemegang unit yang telah melanggan sebanyak 826.51 juta unit ASN3.

Pembayaran ini akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan masing-masing pada 1 Disember 2014 mengikut kepada nilai aset bersih ASN3 pada 30 November 2014.

Selain itu, pemegang-pemegang unit yang melanggan melalui KWSP akan memperolehi pengagihan pendapatan yang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP masing-masing.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

3 comments:

JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA said...

Alhamdulillah..janji ada dividen..

ohcikgu said...

Yehh..dapat gaji lagi.

Denaihati said...

Untung yg melabur, ada bonus menanti, gunakanlah dgn berhemah.