Alan Eustace Cipta Rekod Terjunan Tertinggi di Dunia 41148 meter

Alan Eustace Cipta Rekod Terjunan Tertinggi di Dunia 41148 meter

Seorang eksekutif Google telah pun mencipta rekod apabila terjun daripada udara tertinggi di dunia dengan ketinggian 41,148 meter.

Alan Eustace yang berumur 57 tahun ialah Naib Presiden Kanan Ilmu Pengetahuan Google membuat terjunan untuk menjayakan projek eksplorasi dari ruang atmosfera melebihi ketinggian 30,480m dengan pakaian seorang angkasawan yang direka khas.

Kelajuan 304m seminit direkodkan iaitu keseluruhan terjunan mengambil masa selama dua jam 30 minit. Alan Eustace berada di lapisan stratosfera lebih kurang 30 minit.


Lima minit diperlukan bagi terjunan bebas semasa masuk ke lapisan atmosfera dan membuka payung terjun pada ketinggian 5,486m.

Felix Baumgartner merupakan pemegang rekod sebelum ini membuat terjunan pada ketinggian 39,014m di New Mexico pada tahun 2012.
1 Komentar untuk "Alan Eustace Cipta Rekod Terjunan Tertinggi di Dunia 41148 meter"

memang berani betul... silap sikit je buruk padahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top