Jemaah Haji Tidak Melawat Ladang Unta Elak MERS-CoV

1 comment
Jemaah Haji Tidak Melawat Ladang Unta Elak MERS-CoV

Lembaga Tabung Haji tidak membuat sebarang lawatan yang melibatkan jemaah ke ladang-ladang unta sempena musim haji. 

Ianya bertujuan supaya tidak terkena jangkitan virus Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus atau lebih dikenali sebagai MERS-CoV.

Jemaah haji juga mestilah selalu memakai topeng mulut dan hidung yang akan dibekalkan oleh Tabung Haji.

Tahap kebersihan diri juga perlu diutamakan dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau dengan bahan pencuci tangan.

Gejala utama bagi penyakit adalah demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

Denaihati said...

kesihatan diutamakan untuk hindari MERS-CoV, kalau tak sihat nak buat ibadah pun susah....