Hujan Meteor Perseid di Malaysia Bermula Isnin 11 Ogos 2014

1 comment
Hujan Meteor Perseid di Malaysia Bermula Isnin 11 Ogos 2014

Pancuran Meteor Perseid dan Fenomena Supermoon akan berlaku pada Isnin ini sehingga Rabu depan.

Bulan purnama paling besar dan terang pada tahun 2014 berlaku serentak dengan pancuran Meteor Perseid akan menyebabkan pemandangan menarik di langit.

Bulan berada pada jarak 356,896 kilometer pada pukul 1.46 pagi dan fasa bulan purnama berlaku pukul 2.09 pagi Isnin depan untuk menghasilkan Supermoon.

Komet Swift Tuttle melalui sistem suria setiap 133 tahun dan meninggalkan debu di sepanjang laluannya akan menyebabkan Pancuran Meteor Perseid.

Komet Swift Tuttle menghampiri atmosfera bumi pada kelajuan 225,300 kilometer sejam dan menghasilkan percikan cahaya di langit.

Waktu terbaik untuk menyaksikan meteor tersebut selepas tengah malam hingga Subuh dan menghadap ke arah timur laut.

Jika keadaan langit gelap dan bebas daripada sinaran bulan, lebih daripada 100 meteor sejam dapat dilihat.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

Denaihati said...

menarik ni kalau boleh nampak, terlalu jarang ada.