Pesawat Taiwan Terhempas Akibat Cuaca Buruk

Leave a Comment

Pesawat Taiwan Terhempas Akibat Cuaca Buruk

Cuaca buruk yang diakibatkan oleh taufan merupakan punca sebuah pesawat penumpang di Taiwan terhempas yang mengorbankan 48 nyawa dan mencederakan 10 orang di dalam pesawat serta lima lagi di darat.

Pesawat ATR-72 milik Penerbangan TransAsia mempunyai 58 penumpang dan kru apabila terhempas ketika mendarat di Kepulauan Penghu di Selat Taiwan.

Mangsa merupakan 46 warga tempatan dan dua pelajar perubatan Perancis yang menjalani latihan di Taiwan.

Kejadian tersebut berlaku beberapa jam selepas Taufan Matmo melintasi Taiwan di mana pesawat terhempas berdekatan sebuah lapangan terbang di Magong, Pulau Penghu.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: