Penjawat Awam Terima RM500 Sempena Hari Raya Aidil Fitri

2 comments
Penjawat Awam Terima RM500 Sempena Hari Raya Aidil Fitri

Penjawat awam menerima RM500 sempena Hari Raya Aidil Fitri yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri. Ianya merupakan Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 juga turut diberikan kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai perkhidmatan mereka kepada negara. 

Pembayaran akan dilaksanakan pada 15 Julai 2014 yang membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

Ianya diharapkan akan meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari raya.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

2 comments:

Denaihati said...

tahniah buat semua penjawat awam dan semoga dapat manfaatkan dengan berkhemah.

Moms Avenue said...

Syukur atas rezeki yang dapat.. jangan lupa bersedekah.. =)