Jerman Belasah Brazil 7-1 Separuh Akhir Piala Dunia 2014

Leave a Comment
Jerman Belasah Brazil 7-1 Separuh Akhir Piala Dunia 2014

Jerman ke perlawanan akhir Piala Dunia untuk kali kelapan selepas membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir.

Jerman mendahului 5-0 pada babak pertama dan menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0. Brazil mendapat gol saguhati melalui Oscar.

Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing menjaringkan dua gol dan tiga lagi gol dijaringkan menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.

Jerman menunggu keputusan di antara Argentina atau Belanda yang beraksi pada satu lagi separuh akhir.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: