Datuk Sharifah Aini Biduanita Negara Meninggal Dunia

Leave a Comment
Datuk Sharifah Aini Biduanita Negara Meninggal Dunia

Biduanita tanah air yang terkenal iaitu Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar yang berumur 61 tahun telah meninggal dunia pada jam 1.26 pagi tadi di Hospital Pakar Damansara. Ianya disebabkan oleh jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarhamah dibawa ke hospital selepas mengalami kesukaran bernafas sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital sama.

Allahyarhamah menghidap sakit paru-paru dua tahun lalu dan kira-kira lima bulan lalu pernah dijangkiti virus Influenza A H1N1.

Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 11.30 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: