Bas Percuma di Pusat Bandar Johor Bahru Bermula 8 Ogos 2014

Leave a Comment
Bas Percuma di Pusat Bandar Johor Bahru Bermula 8 Ogos 2014

Bas percuma akan bermula 8 Ogos 2014 yang merupakan alternatif kepada orang ramai bagi mengurangkan kesesakan di kawasan pusat bandar.

Langkah tersebut dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang ditanggung oleh warga bandar raya. Bas akan beroperasi bermula jam 5.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Ianya meliputi kawasan Terminal Bas Larkin, Terminal JB Sentral, hadapan pejabat MBJB (Jalan Ibrahim), pusat bandar, jalan Wong Ah Fook dan balik semula ke Terminal Larkin Sentral

Enam buah bas akan beroperasi dengan kekerapan tiap 15 minit yang dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV), penentu kedudukan global (GPS), sistem data penumpang dan kemudahan internet percuma (WiFi).
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: