Logo UiTM Terbesar Menggunakan Dodol

1 comment
Logo UiTM Terbesar Menggunakan Dodol

Pelajar Universiti Teknologi Mara Melaka Cawangan Kampus Bandaraya telah mencipta logo UiTM terbesar menggunakan dodol. Perkara ini dilaksanakan bagi memeriahkan Karnival Keusahawanan dan Kesenian Islam bermula 6 sehingga 8 Jun 2014 di Pusat Islam, Melaka.

Logo terbesar ini juga selaras dengan ulang tahun ke-30 UiTM Melaka yang direkodkan di dalam Malaysia Guinness Book of Record.

Ianya menggunakan 37,400 bekas plastik dodol bersaiz kecil dan dijalankan oleh 40 pelajar dari pelbagai fakulti.

Masa selama dua jam setengah digunakan untuk menghasilkan logo bertajuk 30 Tahun UiTM bersaiz 5.3 meter x 8.2 meter.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

Denaihati said...

mesti besar ni, pakai dodol boleh dimakan kot. takde gambar ke.