Algeria Cipta Sejarah Afrika di Piala Dunia 2014

Leave a Comment
Algeria Cipta Sejarah Afrika di Piala Dunia 2014

Algeria mempunyai peluang yang cerah bagi melangkah ke pusingan kedua malahan mereka telah pun mencipta rekod iaitu menjadi pasukan pertama dari Afrika telah menjaringkan empat gol dalam sejarah Piala Dunia.

Algeria telah mengalahkan Korea Selatan 4-2 menerusi aksi kedua Kumpulan H.

Gol-gol telah dijaringkan oleh Islam Slimani, Rafik Halliche, Abdelmoumene Djabou dan Yacine Brahimi.

Mereka kini berada di tangga kedua di belakang Belgium dengan tiga mata. Algeria mesti memenangi perlawanan ketiga apabila berdepan Rusia untuk memudahkan laluan ke peringkat 16 kalah mati.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: