Mr Bean Bantu Kemalangan Pemandu Kereta McLaren F1

Leave a Comment
Mr Bean Bantu Kemalangan Pemandu Kereta McLaren F1

Rowan Atkinson atau pun lebih dikenali Mr Bean telah menyelamatkan seorang pemandu kereta sport mewah McLaren F1 yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

Pemandu tersebut yang merupakan seorang ahli perniagaan kaya warga Amerika Syarikat sedang mengikuti konvoi permotoran telah melanggar sebatang pokok.

Mr. Bean merupakan individu terawal yang tiba di tempat kejadian bagi membantu pemandu berkenaan. Beliau menelefon pihak polis Itali dan juga anggota bomba. Pemandu tersebut dikejarkan ke sebuah hospital di Pisa dan berada dalam keadaan baik.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: