Kanak-kanak Tersepit Celah Dinding di China

Leave a Comment
Kanak-kanak Tersepit Celah Dinding di China

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun telah pun terperangkap di celah-celah dinding dua buah bangunan selepas terjatuh darirumahnya di bandar Bijie, China.

Ahli keluarganya meminta pertolongan daripada anggota bomba apabila gagal mengeluarkannya melalui sebuah lubang.

Beberapa anggota bomba menebuk dinding bilik air rumah jiran untuk membuat satu lubang bagi mendapatkan kanak-kanak terbabit.

Hampir setengah jam diperlukan  untuk menyelamatkan kanak-kanak itu daripada terus tersekat pada celahan dinding seluas 20 sentimeter itu.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: