Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee Raih Gangsa Kejohanan Terjun Siri Dunia

Leave a Comment
Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee Raih Gangsa Kejohanan Terjun Siri Dunia

Pandelela Rinong Pamg dan Leong Mun Yee berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara terjun 10m platform seirama wanita di Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2014 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional di Beijing, China.

Mereka berdua memperolehi 303.96 mata bagi meraih gangsa. Pingat perak diperolehi pasangan Kanada iaitu Roseline Filion dan Meaghan Benfeito dengan jumlah 307.56 mata.

Pasangan China iaitu Chen Ruolin dan Liu Huixia mendapat pingat emas dengan 347.52 mata.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: