Plaza Tol Bukit Gambir Johor Dibuka

Plaza Tol Bukit Gambir Johor Dibuka

Plaza Tol Bukit Gambir di Johor telah pun dibuka dengan rasmi bagi laluan ke Lebuh Raya Utara Selatan atau PLUS.

Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir ini telah dibina pada Ogos 2010 dengan kos RM113 juta selepas Plaza Tol Tangkak dibina.

Kadar bayaran dari Plaza Tol Tangkak dan keluar di Tol Bukit Gambir sebanyak RM1.80 bagi kereta, RM2.80 bagi lori kecil, RM0.90 untuk teksi dan RM1.40 untuk bas.

Tol Pagoh ke Bukit Gambir iaitu bayaran untuk kereta sebanyak RM2.20, RM3.40 untuk lori kecil serta RM1.10 untuk teksi dan bas.
0 Komentar untuk "Plaza Tol Bukit Gambir Johor Dibuka"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top