Keputusan Pusingan Keempat Capital One Cup

Leave a Comment
Keputusan Pusingan Keempat Capital One Cup

Beberapa perlawanan pusingan keempat Piala Liga telah pun berlangsung pada pagi tadi.

Keputusan :

Arsenal 0 Chelsea 2

Birmingham 4 Stoke City 4

(Stoke menang penalti 4-2)

Burnley 0 West Ham 2

Leicester 4 Fulham 3

Manchester United 4 Norwich 0
Read More

Seramai 470395 Calon SPM 6 November hingga 5 Disember 2013

Leave a Comment
Seramai 470395 Calon SPM 6 November hingga 5 Disember 2013
Seramai 470,395 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula 6 November hingga 5 Disember 2013.
   
Seramai 415,509 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  
8,054 calon dari Maktab Rendah Sains Mara, 8,325 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 11,261 calon sekolah swasta berdaftar dengan KPM, 22,857 calon sekolah persendirian dan 1,389 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat.
Read More

Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim Bernikah 10 November 2013

Leave a Comment
Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim Bernikah 10 November 2013

Pelakon dan pengacara iaitu Fizo Omar akan bernikah dengan Mawar Abdul Karim berumur 24 tahun iaitu anak pengusaha dan pemilik tudung Fareeda yang akan berlangsung pada 10 November 2013 selepas mereka bertunang pada 9 November 2013.

Perkara tersebut diumum pada sidang akhbar di Cathay Cineplex, E@Curve, Mutiara Damansara.

Tarikh yang dipilih telah pun mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
Read More

Tiket Final Piala Malaysia RM 40

Leave a Comment
Tiket Final Piala Malaysia RM 40
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan 75,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dan Pahang.

Tiket perlawanan akhir jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam ialah RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak mula dijual Rabu ini.

30000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan 30000 Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).

Baki 15000 tiket akan dijual di kaunter Pintu A dan C di Stadium Shah Alam mulai 9 pagi Rabu ini.
Read More

David Teo Beri Hadiah Gelang Emas Kepada Diana Amir

Leave a Comment
David Teo Beri Hadiah Gelang Emas Kepada Diana Amir
Sempena pernikahan Diana Amir dengan Habib, pelakon Diana Amir berada di bawah naungan produksi Metrowealth International Group (MIG) menerima hadiah istimewa dari Mejar (K) David Teo.

Diana berasa terharu dan bersyukur menerima hadiah seutas gelang emas daripada David Teo yang membantunya menguruskan majlis pernikahan.

Bos David banyak memberi sumbangan dari segi persiapan nikah untuk menjayakan majlis ini.
Read More

Diana Amir Bernikah Dengan Pensyarah Mohd Habib Bullah

Leave a Comment
Diana Amir Bernikah Dengan Pensyarah Mohd Habib Bullah

Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir berumur 27 tahun dan pasangannya Mohd Habib Bullah A Rahman berumur 26 tahun telah sah bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pelakon Diana Amir sah menjadi isteri kepada Habib yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Diana menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000 tanpa wang dan dulang hantaran.
Read More

Faizal Ismail Letak Jawatan Deejay Hot FM

Leave a Comment
Faizal Ismail Letak Jawatan Deejay Hot FM

Penyampai radio Hot FM iaitu Mohd. Faizal Ismail atau pun FBI telah meletak jawatan dengan notis berkuatkuasa 24 Oktober 2013.

Faizal Ismail Letak Jawatan Deejay Hot FM

Penyampai radio berusia 37 tahun mengaku mengenai peletakan jawatan itu menerusi akaun Twitternya dan turut mengemaskininya di akaun Facebook.
Read More

Dr Sohaimi Lawan Mohd Azam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau Yan Kedah

Leave a Comment
Dr Sohaimi Lawan Mohd Azam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau Yan Kedah

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Pas iaitu Mohd Azam Abd Samat dan calon BN iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Dun Sungai Limau terletak di bawah Parlimen Jerai mempunyai 27,287 pemilih berdaftar dengan 40 peratus adalah pengundi muda.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)telah menetapkan hari pengundian ialah pada hari Isnin 4 November 2013.
Read More

Pelakon dan Penyanyi Noreen Noor Meninggal Dunia

Leave a Comment
Pelakon dan Penyanyi Noreen Noor Meninggal Dunia

Pelakon dan penyanyi terkenal iaitu Noreen Noor meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Berusia 54 tahun, Allahyarhamah meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Lagu popularnya ialah Siang Terbayang Malam Merindu. Filem pertama ialah Talak dan yang lain ialah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak.
Read More

Azraai Khor Berpisah Dengan Pasukan Perak

Leave a Comment
Azraai Khor Berpisah Dengan Pasukan Perak
Mohd Azraai Khor Abdullah telah menyatakan bahawa khidmatnya bersama skuad Perak telah tamat setelah  pertemuan yang diadakan bersama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak iaitu Khairul Azwan Harun.

Kedua-dua pihak bersetuju secara bersama bagi menamatkan kontrak.
Read More

Pembedahan Keluar Peluru Dari Kerongkong Mohd Amar Berjaya

Leave a Comment
Pembedahan Keluar Peluru Dari Kerongkong Mohd Amar Berjaya
Pembedahan bagi mengeluarkan peluru daripada kerongkong Mohd Amar Mohd Azizi berumur 10 tahun berjaya dijalankan sepasukan pakar perubatan dan tenaga sokongan Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Pembedahan yang dijalankan berjaya dan Amar berada dalam keadaan stabil.

Hospital tidak membenarkan lawatan pada masa sekarang supaya kanak-kanak itu dapat berehat untuk pulih semula.
Read More

Program Rumah Transit di Pinggiran Bukit Jalil Mulai 2014

Leave a Comment
Program Rumah Transit di Pinggiran Bukit Jalil Mulai 2014

632 unit Program Rumah Transit bagi pasangan baru berkahwin dan berpendapatan bawah RM3,000 akan dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil.   

Sewanya ialah RM250 sebulan sehingga dua tahun dan tidak dibenarkan disewa kepada orang lain.
    
Rumah berkeluasan 650 kaki persegi dilengkapi dengan kipas, lampu, lantai jubin dan kad akses lif.
    
Terdapat juga sistem kamera litar tertutup, pondok pengawal keselamatan, kawasan berpagar, unit komuniti bomba, unit penjagaan kanak-kanak, surau dan ruang serbaguna.
    
Lebih kurang 6,000 pemohon dikenal pasti layak untuk dinilai bagi menduduki rumah transit tersebut.
    
Syaratnya ialah warganegara Malaysia berkahwin berusia 30 tahun ke bawah, pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah, tidak memiliki rumah sendiri di Kuala Lumpur, tinggal dan bekerja di Lembah Klang serta tiada rekod jenayah.
Read More

Penduduk Berkhemah di Sawah Padi Akibat Takut Gempa Bumi

Leave a Comment
Penduduk Berkhemah di Sawah Padi Akibat Takut Gempa Bumi

Khemah didirikan di tengah-tengah kawasan sawah padi di wilayah Bohol, Filipina.

Ianya berlaku bagi mengelak gegaran susulan gempa bumi yang dialami oleh penduduk di situ.

Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter berlaku sehingga menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Banyak rumah dan bangunan lain runtuh disebabkan oleh gempa bumi itu.
Read More

Pulau Negros Filipina Dilanda Gempa Bumi

Leave a Comment
Pulau Negros Filipina Dilanda Gempa Bumi
Gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter telah pun melanda pulau Negros di Filipina.

Gempa ini telah pun berlaku di 11 km barat Tagbilaran City di Filipina dan 766 km timur laut Sandakan di Sabah.

Ancaman tsunami dilaporkan tidak berlaku di kawasan tersebut.
Read More

Majalah Mingguan Herald Tidak Boleh Guna Kalimah Allah

Leave a Comment
Majalah Mingguan Herald Tidak Boleh Guna Kalimah Allah
Mahkamah Rayuan telah pun memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian selepas mahkamah membenarkan rayuan kerajaan.
Read More

Penduduk Balik Pulau Terjejas Banjir

Leave a Comment
Penduduk Balik Pulau Terjejas Banjir
Lebih 600 penduduk terjejas akibat banjir kilat yang berlaku disebabkan hujan lebat dengan fenomena air laut pasang besar.
   
Keluarga terjejas dengan banjir kilat ditempatkan sementara di balai raya serta masjid dan boleh pulang ke rumah apabila air surut sepenuhnya.
   
Kampung yang terjejas dilengkapkan sistem saliran yang baik tetapi pertembungan air laut dan air hujan mengakibatkan air melimpah keluar.
Read More

Filem KL Gangster 2 Cecah RM 3.3 Juta Lima Hari Tayangan

Leave a Comment
Filem KL Gangster 2 Cecah RM 3.3 Juta Lima Hari Tayangan

Filem KL Gangster 2 yang diarahkan oleh Syamsul Yusof telah berjaya meraih kutipan melebihi RM3.3 juta selepas lima hari ditayangkan di pawagam.

Penonton telah pun memberi sokongan kepada filem terbitan syarikat Skop Productions Sdn. Bhd dengan melihat kepada jumlah kutipan tersebut.

Syarikat terbabit akan lebih bersemangat untuk menghasilkan filem yang terbaik pada masa hadapan.
Read More

Dinding Pasar Raya C-Mart Jitra Runtuh

Leave a Comment
Dinding Pasar Raya C-Mart Jitra Runtuh

Sebahagian dinding sebuah pasar raya C-Mart yang beroperasi lebih tiga bulan di Jitra telah runtuh.

Ianya berlaku pada pukul 8.40 pagi tidak melibatkan kecederaan kepada sesiapa pun kerana ia dibuka pada pukul 10 pagi.

Bahagian pakaian dan kasut berjenama sahaja yang runtuh.

Pasar raya yang beroperasi sejak 25 Julai 2013 tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF).
Read More

4 Mangsa Tragedi Lemas Tasik Pedu Ditemui

Leave a Comment
4 Mangsa Tragedi Lemas Tasik Pedu Ditemui
Mayat terakhir tragedi lemas di Tasik Pangkalan Balak, Pedu telah pun ditemui.

Mayat Karim Taufik berumur 36 tahun ditemui terapung lebih kurang 50 meter dari lokasi kejadian pada pukul 7.45 pagi. 

Mayat terakhir itu menjadikan jumlah semua yang lemas dalam kejadian itu ialah empat orang.

Tiga mayat lain iaitu dua beradik Siti Nor Afliana Yahya berumur 13 tahun dan kakaknya Siti Nor Afliana berumur 16 tahun serta jiran mereka iaitu Siti Hajar Azmi berumur 12 tahun telah pun ditemui.

Mangsa antara 23 orang daripada empat buah keluarga dari Kampung Bukit Lada, Pokok Sena yang berkelah di tasik itu.
Read More

14 Kedai Hangus di Pendang

Leave a Comment
14 Kedai Hangus di Pendang
Sebanyak 14 unit kedai di Bangunan Seroja, Pendang hangus dalam kebakaran.
   
Tiada kecederaan dalam kejadian kira-kira 2.25 pagi.
   
Bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 23 minit selepas menerima panggilan pada 2.25 pagi.
   
13 anggota dengan kekuatan dua jentera dan dibantu 10 jentera dan 80 anggota bomba sukarela berjaya mengawal kebakaran pada 3.07 pagi.
   
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
Read More

Leandro Granato Melukis Guna Mata

Leave a Comment
Leandro Granato Melukis Guna Mata

Artis muda bernama Leandro Granato berumur 27 tahun berasal dari Argentina menggunakan teknik berbeza dan lebih kreatif bagi menghasilkan lukisan abstrak.

Leandro menggunakan warna air yang dipercikkan hasil tindak balas hidung dan matanya ke atas kanvas lukisan.

Formula khas warna air yang tidak akan merosakkan matanya dicipta selama lebih kurang 2 tahun.
Read More

Planet Marikh Ada Gunung Berapi Gergasi

Leave a Comment
Planet Marikh Ada Gunung Berapi Gergasi

Para saintis Amerika Syrikat telah menemui beberapa rangkaian gunung berapi gergasi purba di planet Marikh.

Ianya menyamai kawah gunung berapi Caldera di Taman Negara Yellowstone.

Gunung berapi tersebut ditemui di kawasan tanah tinggi di utara planet terbabit.
Read More

Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau 4 November 2013

Leave a Comment
Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau 4 November 2013

Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau akan diadakan pada 4 November depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 23 Oktober dan pengundian biasa pada 4 November 2013.

Permohonan undi pos boleh dibuat pada hari ini serta tarikh tutup undi pos luar negara adalah pada hari penamaan calon dan bagi petugas media dua hari selepas penamaan calon.

Jumlah pengundi seramai 27,222 orang dengan dua orang daripadanya adalah pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.
Read More

Bakteria Salmonella Mencemari Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin

1 comment
Bakteria Salmonella Mencemari Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin

Bakteria salmonela dikenal pasti terdapat dalam ayam goreng masak merah yang disediakan sehingga menyebabkan kematian.

Sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai didapati sudah busuk.

Hasil siasatan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

Penyimpanan yang tidak sesuai selepas digoreng mungkin menyebabkan bakteria merebak dan kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak.

Individu yang terkena jangkitan berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.

Mangsa akan kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian jika lambat menerima rawatan.
Read More

3 Tetamu Majlis Kenduri Kahwin Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan

Leave a Comment
3 Tetamu Majlis Kenduri Kahwin Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan

Hidangan ayam masak merah dipercayai menjadi punca tiga tetamu meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Kedah.

Mangsa ialah Mohd Nor Rahmat Yusuf berumur 11 tahun, Nurshazana Mohd Rashid berumur 24 tahun dan Ibrahim Mohamad berumur 62 tahun.

Dua lagi lelaki termasuk seorang kanak-kanak berada dalam kritikal di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

35 orang masih menerima rawatan di HSAH, 30 orang lagi dirawat di Hospital Yan, seorang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan empat orang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di HSB.
Read More