Bantuan Rakyat 1 Malaysia dibayar Dua Peringkat

Leave a Comment
Bantuan Rakyat 1 Malaysia dibayar Dua Peringkat

Kerajaan bercadang melaksanakan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara dua peringkat bagi memastikan supaya penerima dapat menggunakannya secara berhemah.

Kerajaan bercadang tidak memberikan bantuan itu secara tunai tetapi terus didebitkan ke dalam akaun penerima.

Jumlah yang mahu diberikan tidak boleh dimaklumkan lagi tetapi apa yang pasti lebih RM500.
Read More

Cadangan Pengangkutan Udara ke Pulau Redang

Leave a Comment
Cadangan Pengangkutan Udara ke Pulau Redang

Kerajaan Terengganu merancang bagi mengadakan perkhidmatan penerbangan dari tanah besar ke Pulau Redang.

Perkhidmatan pesawat ringan akan berlepas sama ada dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Lapangan Terbang Paka atau Gong Kedak.

Jika lapangan terbang kecil di Pulau Redang disiapkan, pengangkutan udara melalui pesawat ringan termasuk menggunakan helikopter boleh ke pulau itu.

Pelancong China tidak gemar menaiki bot atau feri untuk ke Pulau Redang kerana mengambil masa yang lama selain risiko keselamatan.
Read More

Ustaz Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Meninggal Dunia

Leave a Comment
Ustaz Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Meninggal Dunia

Bekas Menteri Besar Kedah iaitu Tan Sri Azizan Abdul Razak telah pun disahkan meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
Read More

Bayi Mohd Danish Rayqal Meninggal di Taska

Leave a Comment
Bayi Mohd Danish Rayqal Meninggal di Taska

Pusat asuhan yang terlibat berkenaan kematian seorang bayi lelaki di Presint 9 berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan permit taska tersebut sah sehingga Jun 2016.
    
Siasatan dibuat dan melihat jumlah pengasuh tidak mencukupi berbanding jumlah anak jagaan mereka.
    
Polis masih menyiasat dan masa yang sama taska tersebut masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Read More

Bas Rempuh Treler Sebabkan Tiga Maut

Leave a Comment
Bas Rempuh Treler Sebabkan Tiga Maut

Tiga maut dan empat cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat dengan sebuah treler muatan kayu.

Ianya berlaku di Kilometer 45.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan).

Seramai 10 penumpang lain hanya cedera ringan dan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang maut pemandu bas, R Shashi Kumar berumur 24 tahun, warga Indonesia, Edi Setiono berumur 51 tahun, badan ditembusi kayu dan pemandu treler, A Majid Sadar Mohd berumur 59 tahun akibat serangan jantung.

Kereta Mazda juga remuk disebabkan melanggar longgokan kayu di atas jalan raya.
Read More

Pandelela Rinong Duta Taman Tema Air Summer Mall

Leave a Comment
Pandelela Rinong Duta Taman Tema Air Summer Mall

Ratu terjun negara iaitu Pandelela Rinong Pamg telah dilantik menjadi duta Taman Tema Air Summer Mall disebabkan beliau cemerlang dalam arena sukan renang tanah air dan antarabangsa.

Pemilihan Pandelela sangat tepat disebabkan beliau merupakan 'role model' kepada generasi muda untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan air.
Read More

Pelatih PLKN Meninggal Dunia

Leave a Comment
Pelatih PLKN Meninggal Dunia


Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah meninggal selepas ditemui rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air.
    
Muhammad Suhaimi Norhamidi berumur 18 tahun terbaring di bilik air dan mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah sebelum disahkan meninggal dunia.
    
Mayat pelatih berkenaan dibedah siasat di Hospital Muadzam Shah.
Read More

Pesakit Kritikal Perlukan Organ

Leave a Comment
Pesakit Kritikal Perlukan Organ

Sehingga 31 Ogos lalu, seramai 16,945 pesakit buah pinggang, pesakit jantung (5), pesakit paru-paru (7), pesakit jantung dan paru-paru (7) serta 17 pesakit hati yang berdaftar masih menunggu giliran bagi mendapatkan organ daripada penderma.

Terdapat 235,573 pengikrar sanggup menderma organ tetapi tidak memadai untuk menampung keperluan. Sehingga Ogos 2013 hanya 432 penderma tampil selepas melalui prosedur dan kesesuaian organ yang didermakan. Negara sangat-sangat memerlukan penderma organ terutama buah pinggang. 
Read More

Senarai Utama Calon Jawatan Umno Pusat

Leave a Comment
Senarai Utama Calon Jawatan Umno Pusat

PENGERUSI TETAP :
1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (penyandang/menang tanpa bertanding)
    
PRESIDEN:
1. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (penyandang/menang tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN:
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (penyandang/menang tanpa bertanding)

NAIB PRESIDEN:
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (penyandang)
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (penyandang)
3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (penyandang)
4. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
5. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam

KETUA WANITA:
1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (penyandang)
2. Raihan Suleiman Palestin
3. Datuk Maznah Mazlan

NAIB KETUA WANITA:
1. Datuk Suraya Yaacub
2. Datuk Azizah Mohd Dun
3. Datuk Hamidah Osman

KETUA PEMUDA:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (penyandang)
2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
4. Abd Karim Ali
5. Irwan Ambak Khalid Izhar

NAIB KETUA PEMUDA:
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohd Iruan Zulkefli
4. Khairul Azwan Harun

KETUA PUTERI:
1. Mas Ermieyanti Shamsudin
2. Jamilah Hanim Othman

NAIB KETUA PUTERI:
1. Datin Norsabrina Mohd Noor
2. Zahida Zarikh Khan
3. Nazliah Ali
Read More

Fouziah Gous dan Md Zhafran Berkahwin

Leave a Comment
Fouziah Gous dan Md Zhafran Berkahwin
Fouziah Gous selamat bernikah dengan ahli perniagaan iaitu Md Zhafran Md Yusof dengan sekali lafaz.

Mereka dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Muhd Sujak Mohd Dasuki dengan mas kahwin RM1,112 beserta hantaran berjumlah RM50,000 di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

Fouziah menerima tujuh dulang hantaran yang berbalas sembilan.
Read More

Rashid Sidek Letak Jawatan Dari BAM

Leave a Comment
Rashid Sidek Letak Jawatan Dari BAM

Jurulatih badminton perseorangan negara iaitu Rashid Sidek telah menggemparkan arena badminton negara dengan mengumumkan peletakkan jawatannya dari Persatuan Badminton Malaysia.

Beliau dilaporkan sukar bekerja dibawah pucuk pimpinan baru BAM yang diketuai Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dan telah menghantar surat peletakkan jawatannya kepada pengurus besar BAM, Kenny Goh.

Ia merupakan satu kejutan buat BAM dan ia perlu ditangani segera.
Read More

Buaya 136 kilogram Sembunyi Bawah Katil di Zimbabwe

Leave a Comment
Buaya 136 kilogram Sembunyi Bawah Katil di Zimbabwe

Pengurus rumah tumpangan iaitu Guy Whittall terkejut melihat seekor buaya sepanjang 1.2 meter berada di bawah katil tempat dia tidur.

Reptilia seberat 136 kilogram menyusup masuk ke Rumah Tumpangan Humani dari sebatang sungai berdekatan.

Buaya tersebut bersembunyi di bawah katil lelaki berkenaan selama lapan jam.

Dia menyedari kehadiran buaya tersebut ketika bersarapan di dapur rumah tumpangan berkenaan.
Read More

Kumpulan Pertama Jemaah Haji berlepas dari Pulau Pinang

1 comment
Kumpulan Pertama Jemaah Haji berlepas dari Pulau Pinang

Seramai 279 jemaah haji iaitu kumpulan pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Madinah pada petang ini.

Empat lagi sesi penerbangan melibatkan 830 jemaah haji Pulau Pinang antara esok dan 1 Oktober.

Operasi membawa pulang jemaah haji bagi kumpulan pertama akan bermula 1 November.

Jemaah haji berkenaan datang dari Perak (97), Pulau Pinang (96), Kedah (76), Perlis (5), Kuala Lumpur (2), Selangor (1) dan Kelantan (2).
Read More

Kerajaan Malaysia Tidak Benar Bawa Pulang Mayat Chin Peng

Leave a Comment
Kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.
   
Chin Peng pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.
   
Kerajaan tidak akan terlibat dalam urusan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya.
Read More

Koleksi Syiling Warna Superman dikeluarkan Kanada

Leave a Comment
Koleksi Syiling Warna Superman dikeluarkan Kanada

Sambutan ulang tahun ke-75 penciptaan watak Superman, negara Kanada mengeluarkan duit syiling yang memaparkan lakaran karikatur adiwira tersebut.

Negara tersebut juga mengeluarkan tujuh reka bentuk duit syiling dengan lakaran watak adiwira berkenaan.

Koleksi duit syiling dengan nilai daripada 50 sen hingga 75 sen dan turut dikeluarkan dalam bentuk emas, perak dan kupro nikel.

Harga syiling ditawarkan bermula RM93.97 bagi syiling kupro nikel. 

Sejumlah setem diberikan bersama duit syiling emas 14 karat yang bernilai RM2,369.

2,000 keping syiling akan dikeluarkan untuk dibeli.
Read More

iPhone 5S dan iPhone 5C dilancarkan Apple

Leave a Comment
iPhone 5S dan iPhone 5C dilancarkan Apple

Apple mengumumkan iPhone baru iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C.

Ianya menggantikan iPhone 5 dan iPhone 5S merupakan telefon pintar paling kehadapan yang pernah dihasilkan.

iPhone 5S mempunyai cip pemprosesan lebih laju, peningkatan sehingga 10 jam masa berbual atau 40 jam bagi mendengar muzik serta didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu perak, emas dan kelabu angkasa.

iPhone 5C dihasilkan untuk pasaran pertengahan mempunyai storan terbina dalaman sebanyak 16 gigabait, binaan berasaskan plastik polikarbonat serta didatangkan dengan lima pilihan warna termasuklah biru, putih, merah jambu, kuning dan biru.
Read More

13 Pembedahan Untuk Jadi Superman

Leave a Comment
13 Pembedahan Untuk Jadi Superman

Seorang peminat watak Superman di Filipina sanggup menghabiskan wang sebanyak RM22,337 bagi menyerupai wajah Superman.

Herbert Chavez berumur 35 tahun melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya.

Dia mengubah hidung, memutihkan kulit, menyedut lemak bibir, melakukan penjajaran rahang, mengimplan otot perut dan punggung.

Dia juga memiliki koleksi Supermen terbesar di dunia berjumlah 5,000 unit termasuk patung sebesar sebatang pokok.
Read More

Nabila Huda Cedera Kemalangan

Leave a Comment
Nabila Huda Cedera Kemalangan

Pelakon Nabila Huda berumur 29 tahun terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

Mangsa bersama anaknya iaitu Keisha Laila berumur 4 tahun menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton.

Nabila dan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan.
Read More

Rakyat Malaysia Gemuk Berjumlah 8.5 Juta

Leave a Comment
Rakyat Malaysia Gemuk Berjumlah 8.5 Juta

Obesiti menjadi ancaman terbesar kepada rakyat Malaysia dengan seorang daripada tiga penduduk mengalami masalah atau mempunyai berat badan berlebihan berikutan terlebih makan.

Lebih kurang 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta orang obes.

Ianya disebabkan mengambil makanan secara berlebihan terutama makanan manis.

Ianya dijangka terus meningkat sekiranya masyarakat tidak mempunyai kesedaran yang tinggi bagi mengurangkan berat badan dengan kaedah mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, berbasikal, berjoging dan sebagainya.
Read More

Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia

Leave a Comment
Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia

Pelakon Maimon Mutalib berumur 55 tahun meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor akibat kanser payudara.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya pada 2.20 petang.

Maimon meninggalkan lima orang anak yang berumur antara 16 hingga 32 tahun.

Jenazah beliau dikebumikan di kampung di Tangkak, Johor.
Read More

Minyak RON 97 Naik 15 Sen Menjadi RM2.85 Seliter

Leave a Comment
Minyak RON 97 Naik 15 Sen Menjadi RM2.85 Seliter

Harga runcit petrol RON97 telah pun dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.85 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi.

Harga RON97 diselaraskan berikutan kenaikan harga minyak dunia selain ringgit yang susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat.

Ianya tidak disubsidi oleh kerajaan dan harga ditentukan oleh apungan terurus berdasarkan kuasa pasaran.
Read More

Gareth Bale Sah Milik Real Madrid

Leave a Comment
Gareth Bale Sah Milik Real Madrid

Pemain sayap Wales iaitu Gareth Bale diperkenalkan secara rasminya sebagai pemain baru Real Madrid dengan jersi No. 11 di Stadium Santiago Bernabeu.

Bale berumur 24 tahun bersetuju menandatangani kontrak selama enam tahun dengan skuad The Galaticos yang dipercayai berjumlah £93.6 juta (RM478.72 juta).

Bale menjalani ujian kesihatan di Madrid dan diperkenalkan kepada para penyokong Real di Stadium Santiago Bernabeu oleh Presiden Real, Florentino Perez.

Pemain tersebut berharap dapat membantu Real Madrid mencapai kejayaan dan memenangi Piala Eropah buat kali ke-10.
Read More

Harga RON95 dan Diesel Naik 20 Sen

Leave a Comment
Harga RON95 dan Diesel Naik 20 Sen

Kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Kebanyakan stesen minyak telah diserbu pemilik kenderaan untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing.

Ia seperti suasana di rumah terbuka Aidilfitri sebelum harga baru berkuat kuasa.
Read More