Surau Kontroversi Kampung Sedili Besar Dirobohkan

Leave a Comment
Surau Kontroversi Kampung Sedili Besar Dirobohkan

Sebuah surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar yang mencetuskan kontroversi dan menimbulkan kemarahan penduduk kerana membenarkan penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan telah pun dirobohkan.

Surau tersebut dirobohkan oleh pemilik pusat peranginan itu sendiri.

Kerja-kerja meroboh dimulakan dengan membuka bumbung diikuti dengan struktur utama bangunan. Ia dituruti kerja-kerja mencabut dan meleraikan sistem pendawaian elektrik.
Read More

Cardiff City Kalahkan Manchester City 3-2

Leave a Comment
Cardiff City Kalahkan Manchester City 3-2

Cardiff City telah melakukan kejutan terhadap Manchester City apabila memenangi perlawanan 3-2 di stadium Cardiff dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Ianya meletakkan City berada di tangga keenam dengan mengumpul tiga mata dan Cardiff City di tangga 11 juga mengumpul tiga mata selepas dua perlawanan setakat ini.

Tiga gol Cardiff City dijaringkan oleh A. Gunnarsson pada minit ke-60 dan F. Campbell meledak dua gol pada minit ke-79 dan 87 manakala gol City dihasilkan oleh  E. Džeko pada minit ke-52 dan Negredo minit ke-92.

Read More

Angkat Bangkai Bas Genting Highlands Ambil Masa 3 Jam

2 comments
Angkat Bangkai Bas Genting Highlands Ambil Masa 3 Jam

Operasi mengeluarkan bangkai bas yang terjunam lebih kurang 60 meter ke dalam gaung di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands telah selesai pada pukul 12.45 tengah hari semalam.

Operasi disertai kira-kira 160 anggota keselamatan termasuk bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bermula pukul 10 pagi.

Masa selama dua jam 45 minit diperlukan untuk membawa naik bas seberat tiga tan itu dengan menggunakan sebuah kren.
Read More

Guna Dron Halau Angsa di Kanada

Leave a Comment
Guna Dron Halau Angsa di Kanada

Pihak berkuasa Kanada menggunakan pesawat kawalan jauh atau dron bagi mengusir kawanan angsa daripada mencemari sebuah kawasan perkelahan.

Ia disebabkan oleh najis angsa-angsa tersebut.

Hexakopter bersaiz 66 sentimeter pernah digunakan oleh pemiliknya iaitu Steve Wambolt bagi mengusir makhluk perosak seperti belalang.

Ianya terbang setiap pagi untuk menghalau kawanan angsa yang mengotori air Sungai Ottawa di timur bandar raya.
Read More

Guru dan Pelajar di Baling Rasai Gempa Bumi

Leave a Comment
Guru dan Pelajar di Baling Rasai Gempa Bumi

Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther berlaku pada pukul 8.26 pagi melanda daerah Baling turut dirasai guru dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong.
   
Guru dan pelajar yang berada di tingkat satu bangunan sekolah menyebabkan mereka berasa loya.
   
Jabatan Meteorologi Malaysia menghubungi pihak sekolah berkenaan untuk mengesahkan gegaran itu selepas kira-kira 10 minit kejadian.
Read More

Ustaz Azhar Idrus Kemalangan di Kuala Terengganu

Leave a Comment
Ustaz Azhar Idrus Kemalangan di Kuala Terengganu

Penceramah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus beserta isterinya telah pun dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya pada pagi tadi.

Beliau bersama isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan ini dikatakan berlaku di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.
Read More

Lelaki Tertua di Dunia Berumur 123 Tahun dari Bolivia

Leave a Comment
Lelaki Tertua di Dunia Berumur 123 Tahun dari Bolivia

Seorang lelaki berbangsa Aymara mencatat rekod terbaharu sebagai orang paling tua di dunia pernah direkodkan dalam rekod pendaftaran Bolivia.

Carmelo Flores Laura berusia 123 tahun oleh rekod pendaftaran umum negara tersebut.

Dia di sebuah pondok beratapkan jerami dan berlantaikan tanah pada kedudukan 4,000 meter di sebuah kawasan desa di pergunungan terpencil dekat Tasik Titicaca.

Warga emas tersebut tidak mempunyai gigi tetapi masih boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat, tidak memakai cermin mata dan mempunyai masalah pendengaran.

Sijil pendaftarannya mencatatkan tarikh lahir pada 16 Julai 1890.
Read More

Muzium Lilin Pertama di i-City

Leave a Comment
Muzium Lilin Pertama di i-City

Muzium lilin pertama di Malaysia dipenuhi patung lilin bintang terkenal dunia dijangka menarik 30,000 pengunjung setiap bulan akan dibuka mulai esok.

100 patung lilin personaliti terkenal mengikut enam tema iaitu Ikon Dunia, Selebriti, Bintang Sukan, Buku Rekod Dunia, Bintang Kafe dan Interaktif.

Sasarannya ialah keluarga kerana ianya sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

Antara patung lilin ialah Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman, pelakon Bruce Lee, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pelakon Hollywood Daniel Craig dan Angelina Jolie serta ramai lagi.

Muzium seluas 30,000 kaki persegi itu turut dilengkapi kafeteria untuk pengunjung berehat serta kedai cenderahati.

Harga tiket biasa bagi dewasa adalah RM100 seorang dan RM50 seorang bagi kanak-kanak manakala bagi pemegang MyKad, harga tiket adalah RM80 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak.
Read More

Gempa Bumi Kuat Berdekatan Selatan Panama

Leave a Comment
Gempa Bumi Kuat Berdekatan Selatan Panama

Gempa bumi kuat berukuran 6.7 skala Richter terjadi berdekatan Selatan Panama pada 11.43 malam tadi.

Pusat gempa terletak di 1174km barat laut Iquitos di Peru dan 17808km di timur laut Sandakan, Sabah serat dilaporkan tiada ancaman tsunami berlaku.
Read More

Perdana Menteri Norway Menyamar Menjadi Pemandu Teksi

Leave a Comment
Perdana Menteri Norway Menyamar Menjadi Pemandu Teksi

Perdana Menteri Norway iaitu Jens Stoltenberg telah melakukan kejutan dengan menyamar sebagai seorang pemandu teksi.

Beliau hendak meninjau sendiri pendapat orang ramai berhubung pentadbirannya.

Terdapat satu tempat di mana orang ramai akan meluahkan apa mereka fikirkan iaitu apabila berada di dalam teksi.

Perbuatan mengambil dan menurunkan beberapa penumpang menggunakan sebuah teksi Mercedes dirakam menggunakan kamera tersembunyi serta merakamkan perbualan dan reaksi penumpang yang menaiki kenderaan yang dipandu Stoltenberg.
Read More

Kerajaan Naikkan BR1M Tahun 2014

Leave a Comment
Kerajaan Naikkan BR1M Tahun 2014
Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan seperti dimaklumkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di mana perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014 pada Oktober ini. 

Kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial dan dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang.
Read More

Wan Aisyah Wan Exzan Ditemui Selamat

Leave a Comment
Wan Aisyah Wan Exzan Ditemui Selamat

Ibu Wan Aisyah Wan Exzan meluahkan rasa lega apabila kanak-kanak berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang sejak 2 Ogos dijumpai semula selepas dilarikan seorang lelaki di Selangor.

Arbaiyah Md Zin dilihat tiba di Balai Polis Sungai Nibong jam 4.45 petang bersama seorang lelaki yang dipercayai bekas suaminya.

Mereka bergegas mendapatkan anak perempuan mereka yang ditempatkan sementara di balai polis setelah diserahkan oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada suspek.

Mereka menangis dan berulang kali mencium anaknya yang dijaga anggota polis wanita balai berkenaan.

Kanak-kanak tersebut akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan kesihatan.
Read More

Gempa 6.0 Skala Richter Gegar Jepun

Leave a Comment
Gempa 6.0 Skala Richter Gegar Jepun
Gempa bumi 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah utara Jepun.

Gempa pada pukul 12.29 tengah hari waktu tempatan itu berlaku di wilayah Miyagi. Gegaran turut dirasai di wilayah Fukushima dan Iwate.

Tiada masalah berlaku di mana-mana kilang nuklear di kawasan terbabit.

Beberapa batang jalan ditutup dan sejumlah kereta api menjalani pemeriksaan keselamatan.
Read More

408 Belon Udara Panas Pecah Rekod Dunia

Leave a Comment
408 Belon Udara Panas Pecah Rekod Dunia

408 buah belon udara panas mengambil bahagian untuk mencipta rekod baharu dunia di Chambley.

Semua belon itu berlepas dari sebuah pangkalan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Chambely untuk mencipta rekod pelepasan belon udara panas paling banyak di dunia.

Ia berlangsung di Festival Belon Udara Panas Antarabangsa Lorraine Mondial bertempat di Chambley-Bussieres Aerodrome di Perancis.

Keadaan langit menjadi sangat luar biasa dan penuh warna-warni apabila belon-belon dilepaskan.
Read More

Robot Bantu Tulis Kaligrafi di Jepun

Leave a Comment
Robot Bantu Tulis Kaligrafi di Jepun

Seorang saintis iaitu Profesor Seiichiro Katsura dari Universiti Keio, Tokyo berjaya mencipta sebuah robot kaligrafi bagi memudahkan rakyat negara Jepun menguasai tulisan tersebut.

Ia dengan beberapa enjin dan satu tangan mekanikal yang disertakan sebatang berus. Ia mampu menulis seperti seorang pakar kaligrafi.


Robot ini membantu menulis kaligrafi dan berharap generasi muda Jepun untuk menguasai kemahiran kuno yang semakin dilupakan itu.

Proses menulis kaligrafi menjadi lebih cepat dan efisien dengan menggunakan robot.
Read More

Pemain Hoki Chua Boon Huat Maut Kemalangan

Leave a Comment
Pemain Hoki Chua Boon Huat Maut Kemalangan

Pemain hoki kebangsaan iaitu Chua Boon Huat yang berumur 33 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan apabila kereta dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Kelana Jaya pukul 3 pagi tadi.
Read More