Banci 2010 Penduduk Malaysia 28.3 Juta

Leave a Comment
Banci 2010 Penduduk Malaysia 28.3 Juta

Banci penduduk Malaysia tahun 2010 menunjukkan penduduk negara berjumlah 28.3 juta orang.

Seramai 26 juta atau 91 peratus merupakan warganegara Malaysia manakala 2.3 juta atau 8.2 peratus bukan warganegara.

Banci dilaksanakan mulai 6 Julai hingga 22 Ogos 2010 dan banci seterusnya bagi penduduk Malaysia ialah pada tahun 2020.

Banci bagi penduduk Malaysia dijalankan setiap 10 tahun sekali.
Read More

Filem The Wolverin Juara Carta Pecah Panggung

Leave a Comment
Filem The Wolverin Juara Carta Pecah Panggung

Filem baru X-Men, The Wolverine telah mengungguli carta pecah panggung Amerika Syarikat dengan menggantikan The Conjuring pada tayangan pembukaan hujung minggu lalu.

X-Men yang dibintangi Hugh Jackman itu mengaut kutipan tiket AS$55 juta (RM177 juta).

Filem The Conjuring berkisar mengenai penyiasatan peristiwa paranormal memperoleh kutipan tiket AS$22 juta (RM70.8 juta).

Tempat ketiga diduduki oleh filem animasi Despicable Me 2 yang memperoleh kutipan tiket AS$16 juta (RM51.5 juta).
Read More

Penggodam Komputer Terbaik Meninggal Dunia

Leave a Comment
Penggodam Komputer Terbaik Meninggal Dunia

Penggodam komputer terkenal yang berjaya membuatkan mesin pengeluaran wang ATM mengeluarkan wang tunai iaitu Barnaby Jack ditemui mati di sebuah pangsapuri di San Francisco.

Pejabat Pemeriksaan Perubatan San Francisco menyatakan sedang menjalankan autopsi untuk mengenal pasti punca kematian Jack.

Jack berumur 35 tahun merupakan penggodam 'white hat' paling popular iaitu dia menggunakan kepakaran mencari kelemahan sistem keselamatan komputer sebelum penjenayah mengekspoitasinya.

Kepakaran dia ialah mencari kelemahan sistem komputer yang dipasang pada peralatan perubatan dan mesin pengeluaran wang tunai.
Read More

Bayi Kembar Siam 1 Badan 2 Kepala di India

Leave a Comment
Bayi Kembar Siam 1 Badan 2 Kepala di India

Sepasang bayi kembar siam di India lahir dengan kepalanya bercantum bertarung nyawa untuk terus hidup.

Bayi lelaki dilahirkan di Rajasthan, barat laut India dengan doktor-doktor terkejut selepas mendapati dia memiliki dua kepala.

Bayi itu memiliki dua tulang belakang berasingan yang bersambung ke bahagian bawah badan dan dua sistem saraf.

Lebih banyak ujian perubatan dijalankan oleh pakar untuk melihat sama ada terdapat beberapa organ lain yang turut bercantum.
Read More

20 Barang Harga Kawalan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013

Leave a Comment
20 Barang Harga Kawalan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 bagi 20 jenis barangan harga terkawal mula dikuatkuasakan selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos.

Barangan harga terkawal dijual tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan tanda harga khas berwarna merah jambu diletakkan bagi membezakan barangan harga terkawal.

Barangan tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging kerbau import serta telur ayam gred A, B dan C.

Selain itu, kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji, bawang merah kecil, ubi kentang import dan ikan kembung.
Read More

Buaya Tembaga Mati dijumpai di Sungai Selangor

Leave a Comment
Buaya Tembaga Mati dijumpai di Sungai Selangor

Seorang nelayan menyangka objek yang merupakan sebatang kayu terapung rupa-rupanya bangkai seekor buaya tembaga seberat satu tan metrik di Sungai Selangor, Selangor.
 
Bangkai reptilia dijumpai kira-kira pada pukul 9 pagi.

Bangkai tersebut ditarik ke Jeti Nelayan Kampung Bukit Belimbing sebelum Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dihubungi.
Read More

George Alexander Louis Nama Bayi Putera William dan Kate Middleton

Leave a Comment

George Alexander Louis

Putera William dan isterinya, Kate Middleton telah menamakan bayi mereka yang baharu lahir sebagai George Alexander Louis.

Duke dan Duchess of Cambridge gembira mengumumkan bahawa mereka telah menamakan anak lelaki mereka sebagai George Alexander Louis

Bayi tersebut menggunakan gelaran sebagai Putera George of Cambridge.
Read More

Kate Middleton Lahirkan Pewaris Lelaki

Leave a Comment
Kate Middleton Lahirkan Pewaris Lelaki

Isteri Putera William iaitu Kate Middleton telah melahirkan bayi lelaki di Hospital St. Mary, Paddington di barat London.

Anak sulung pasangan diraja bakal menjadi pewaris ketiga takhta kerajaan Britain selepas Putera Charles serta William.

William berada dengan Kate semasa dia melahirkan anak mereka pada pukul 4.24 petang waktu tempatan dan bayi seberat 3.8 kilogram ketika dilahirkan.

Keluarga diraja Britain telah dimaklumkan mengenai kelahiran itu dan mereka gembira dengan berita tersebut.
Read More

Datuk Siti Nurhaliza Tak Izin Datuk K Naik Motosikal

Leave a Comment
Datuk Siti Nurhaliza Tak Izin Datuk K Naik Motosikal

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin fobia dan tidak akan mengizinkan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa menunggang motosikal berkuasa tinggi bagi mengelak berulangnya kemalangan yang menimpa suaminya di New Zealand .

Datuk K sebenarnya masih berminat untuk menunggang motosikal berkuasa besar tetapi beliau masih trauma dengan kemalangan tersebut.

Datuk K telah memberikan beberapa buah motosikal berkuasa besar miliknya kepada saudara-mara terdekat sebab dia tidak mahu lagi menunggang kerana fobia.
Read More

Kate Middleton dimasukkan ke Wad Bersalin

Leave a Comment
Kate Middleton dimasukkan ke Wad Bersalin

Isteri pewaris takhta ketiga Britain iaitu Kate Middleton yang mengandung anak pertama telah dimasukkan ke wad bersalin.

Duchess of Cambrigde dibawa ke sayap peribadi Hospital St. Mary di Paddington, barat London jam 5 pagi ini waktu tempatan.

Kate dibawa dengan kereta dari Kensington Palace ke Sayap Lindo hospital sambil diiringi oleh suaminya iaitu William.
Read More

Guru Pendidikan Jasmani Mati Ditembak

Leave a Comment
Guru Pendidikan Jasmani Mati Ditembak

Seorang guru pendidikan jasmani Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam iaitu K. Shanmugam berumur 45 tahun maut selepas terkena dua das tembakan di kepala dan anggota badan.

Ianya dilepaskan oleh dua lelaki bermotosikal dari jarak dekat berlaku pada pukul 12.25 tengah hari di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi.

Shanmugam didatangi dua penyerang yang disyaki pembunuh upahan sebaik memperlahankan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish yang dipandunya.

Salah seorang suspek kemudian terus melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan anggota badannya menyebabkan mangsa  mati di tempat kejadian.
Read More

Robot Rapiro Mampu Bancuh Kopi

Leave a Comment
Robot Rapiro Mampu Bancuh Kopi

Sebuah syarikat Jepun mencipta sebuah robot berbentuk manusia yang boleh membancuh kopi untuk pemiliknya.

Robot Rapiro yang comel dikawal menggunakan komputer bersaiz kad kredit berasaskan perisian Linux, Raspberry Pi.

Ia juga menyusun jadual waktu dan memberitahu mengenai keadaan cuaca.

Rapiro juga dilengkapi kamera untuk membolehkannya mengumpulkan data visual.

Robot berkenaan dilengkapi 13 peranti motor untuk membantunya bergerak.
Read More

Bayangan Berita Gembira Buat Penjawat Awam Oleh Perdana Menteri

Leave a Comment
Bayangan Berita Gembira Buat Penjawat Awam Oleh Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak menerangkan bahawa kerajaan akan mengkaji kemungkinan mengumumkan khabar baik kepada penjawat awam terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri nanti.

Najib kelihatan senyum dan memberi jawapan ringkas bahawa kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan soal tersebut.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita dalam sidang akhbar yang diadakan selepas majlis pertukaran memorandum pelaburan Koridor Utara.
Read More

Ashraf Muslim Nikah Kali Kedua Dengan Wan Sakinah

Leave a Comment
Ashraf Muslim Nikah Kali Kedua Dengan Wan Sakinah

Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim menarik balik permohonan kebenaran poligami kerana telah bernikah kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013.

Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab telah mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman.
Read More

Bulan Baru dikesan Teleskop Nasa di Neptune

Leave a Comment
Bulan Baru dikesan Teleskop Nasa di Neptune

Nasa telah mengesahkan bahawa teleskop angkasa Hubble menemui bulan baru yang mengorbit di planet Neptune.

Ianya bulan ke-14 mengelilingi planet berkenaan.

Bulan ini paling kecil dalam sistem yang berukuran hanya 20 kilometer dan melengkapkan satu putaran di Neptune setiap 23 jam.

Ia juga 100 juta kali lebih malap berbanding bintang lain yang mampu dilihat dengan mata kasar.
Read More

Bayern Munich Beli Thiago Alcantara 25 Juta Euro

Leave a Comment
Bayern Munich Beli Thiago Alcantara 25 Juta Euro

Juara Eropah iaitu Bayern Munich telah membeli pemain Sepanyol Bawah 21, Thiago Alcantara daripada Barcelona dengan nilai 25 juta euro.

Thiago menyertai semula bekas pengurusnya iaitu Pep Guardiola di Munich akan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum menandatangani kontrak selama 4 tahun.
Read More

Bayi ditikam Ibu 90 Kali di China

Leave a Comment
Bayi ditikam Ibu 90 Kali di China

Seorang bayi di China yang berusia lapan bulan ditikam sebanyak 90 kali menggunakan gunting akibat menggigit puting ibunya ketika menyusu.

Xiao Bao ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh bapa saudaranya dan dikejarkan ke hospital.

Bayi terselamat dan doktor terpaksa menjahit hampir sebahagian besar wajahnya dengan 100 jahitan.

Ibunya kemudian mengaku telah mencucuk bayinya itu.
Read More

Semakan Kemasukan ke IPTA Lepasan STPM 2012 Program Pengajian Ijazah Pertama

Leave a Comment
Semakan Kemasukan ke IPTA Lepasan STPM 2012

Pihak UPU telah pun mengeluarkan Semakan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Ijazah Pertama Bagi Lepasan STPM/SETARAF Sesi Akademik 2013/2014. Laman Web Rasmi Permohonan Kemasukan ke IPTA, POLITEKNIK dan ILKA adalah seperti di bawah.

Read More

1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagih

Leave a Comment
1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagih

Sebanyak 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah pun diagihkan kepada para pelajar sejak 2010 dalam usaha meningkatkan kadar celik komputer dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Ianya termasuk pengwujudan 4,000 kampung dilengkapi perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar atau wi-fi serta 335 Pusat Internet 1 Malaysia di seluruh negara.
Read More

Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 24 Julai 2013

Leave a Comment
Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 24 Julai 2013

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu telah pun ditetapkan pada 24 Julai dengan pengundian awal dijalankan pada 20 Julai manakala tarikh penamaan calon pada 12 Julai.

Sembilan pusat mengundi akan dibuka iaitu satu untuk pusat mengundi awal dan lapan bagi pengundian biasa.
Read More

Program MyShopping Beli-Belah Menerusi Posmen

Leave a Comment
Program MyShopping Beli-Belah Menerusi Posmen

Pelanggan Pos Malaysia Berhad boleh membeli-belah dan menempah barangan menerusi posmen dan barang akan dihantar terus ke pintu rumah.

Perkhidmatan MyShopping dikendalikan lebih 5,000 posmen di seluruh negara yang bertindak sebagai ejen jualan.

Para pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pembelian barangan terus ke pintu rumah melalui pengedaran risalah dan borang tempahan barang oleh posmen.
Read More

Kereta Fiat Meluncur di Miami

Leave a Comment
Kereta Fiat Meluncur di Miami

Kereta berjenama Fiat 500 dilihat memecut laju di perairan Pantai Selatan Miami yang dipandu beberapa orang model.

Ianya diubah suai untuk belayar dalam air selain bergerak di jalan raya.

Sebuah kereta kompak didapati berlumba dengan sebuah bot.

Ia merupakan sebahagian daripada kempen promosi kereta Fiat 500 di Amerika Syarikat.
Read More

732,128 Penjaja dan Peniaga Kecil Nikmati Insurans P1MPIN

Leave a Comment
732,128 Penjaja dan Peniaga Kecil Nikmati Insurans P1MPIN

Seramai 732,128 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar akan menikmati pelan perlindungan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional (P1MPIN).

Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM16 juta setiap tahun bagi melaksanakan P1MPIN.

Bank Rakyat merupakanagensi pengurus dan Takaful Ikhlas sebagai syarikat pengendali P1MPIN.

P1MPIN ialah pelan perlindungan insurans berkelompok penjaja dan peniaga kecil diperkenal kerajaan serta berkuat kuasa pada 1 Jan 2013.

Penjaja dan peniaga kecil mendapat perlindungan kemalangan 24 jam sehari tanpa mengira di mana sahaja mereka berada.
Read More