Semua Sekolah dibuka Semula di Johor Hari Ini

Leave a Comment
Semua Sekolah dibuka Semula di Johor Hari Ini

Semua sekolah di Muar, Ledang, Kluang, Batu Pahat dan Segamat yang ditutup sebelum ini akan dibuka semula seperti biasa mulai hari ini.

Pembukaan tersebut melibatkan 613 buah sekolah di lima daerah ditutup sebelum ini akibat kualiti udara yang terjejas teruk dan membahayakan pelajar.

Sebanyak 211 buah di Muar dan Ledang, 117 buah di Kluang, 175 buah di Batu Pahat dan 110 buah di Segamat.

Sebarang aktiviti luar bilik darjah  dilarang demi menjaga keselamatan dan kesihatan para pelajar termasuk para guru.
Read More

Koleksi Kereta Mainan Dinky Menyamai Harga Ferrari

Leave a Comment
Koleksi Kereta Mainan Dinky Menyamai Harga Ferrari

Seorang lelaki Britain mempunyai koleksi kereta mainan Dinky yang menyamai sebuah kereta Ferrari berharga RM496,525.

Kereta mainan Dinky dikumpul sejak 60 tahun lalu berada dalam keadaan yang baik.

Keseluruhan koleksi kereta mainan dilelong pada harga bermula dariRM496,525.

Koleksi-koleksi terdiri daripada kereta, trak dan treler mainan Dinky di simpan di dalam 80 buah kotak.

Koleksi ini adalah yang terbaik dan mengambil masa yang lama untuk dikumpulkan.
Read More

Bot Solar Turanor PlanetSolar Terbesar di Dunia

Leave a Comment
Bot Solar Turanor PlanetSolar Terbesar di Dunia

Bot solar terbesar di dunia iaitu Turanor PlanetSolar berlabuh di Amerika Syarikat. Ianya dalam misi mengkaji kesan perubahan iklim ke atas arus bawah laut Gulf Stream bermula di Laut Caribbean dan berakhir di utara Lautan Atlantik.

Bot sepanjang 35 meter penuh dengan panel solar di mana boleh dibuka dan ditutup seperti sayap burung.

Pada Mei 2012, bot berkenaan menjadi kenderaan berkuasa solar pertama yang mengelilingi dunia yang mengambil masa selama 584 hari dan merangkumi jarak lebih 60,000 kilometer.

Bot tersebut bergerak pada kelajuan purata 10 kilometer sejam dan tidak mengeluarkan sebarang bahan pencemaran disebabkan kuasa solar.
Read More

Filem Superman Carta Pecah Panggung

Leave a Comment
Filem Superman Carta Pecah Panggung

Filem adiwira Superman iaitu Man of Steel telah berada di puncak carta filem pecah panggung di Amerika Utara mengikut industri perfileman.

Filem tersebut merupakan arahan Zach Snyder yang dibintangi aktor kelahiran Britain iaitu Henry Cavill, Amy Adams dan Russell Crowe berjaya meraih jumlah kutipan tiket sebanyak AS$113 juta (RM354 juta).
Read More

Google Lancar Belon Udara Ada Internet

Leave a Comment
Google Lancar Belon Udara Ada Internet


Google melepaskan sejumlah belon udara panas dilengkapi pencawang internet ke stratosfera Bumi untuk menyalurkan perkhidmatan dalam talian ke seluruh dunia yang dinamakan Projek Loon.

Sekitar 50 isi rumah dahulu mula menerima perkhidmatan internet yang dipancarkan daripada belon berisi gas helium tersebut.

Belon tersebut mampu terbang pada ketinggian 19.2 kilometer dari Bumi.

Pihaknya berharap dapat melancarkan beribu-ribu belon udara panas ke kawasan pedalaman di seluruh dunia.

Perkhidmatan internet tersebut lebih murah tanpa perlu membina kabel fiber optik.

Ianya mempunyai panel solar dan belon-belon udara itu dikawal oleh stesen kawalan yang dibina pada jarak selang 100 kilometer.

Setiap belon menyalurkan perkhidmatan internet seluas 2020 kilometer persegi atau dua kali ganda saiz bandar raya New York di Amerika Syarikat.

Ia mampu memancarkan isyarat internet ke kawasan pergunungan, rimba dan lembah.
Read More

Lagu Najwa Latif Dinyanyikan Pelajar Amerika Syarikat

Leave a Comment
Lagu Najwa Latif Dinyanyikan Pelajar Amerika Syarikat

Lagu Sahabat telah dinyanyikan oleh pelajar US. Penyanyi Najwa Latif terharu apabila menonton melalui YouTube bahawa sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat telah menyanyikan lagunya berjudul Sahabat dalam Bahasa Malaysia.

Read More

Temuduga Terbuka di Institut Kemahiran Belia Negara Jitra 15 Jun 2013

Leave a Comment
Temuduga Terbuka di Institut Kemahiran Belia Negara Jitra 15 Jun 2013


Karnival Kerjaya Anjuran Institut Kemahiran Belia Negara, Jitra Kedah Dengan Kerjasama JTK Alor Setar

Lokasi : Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
Jalan Changloon,
06000 Jitra
Kedah
Tarikh : 15 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Read More

30,000 Tiket Final Piala FA untuk Kelantan dan Johor Darul Takzim

Leave a Comment
30,000 Tiket Final Piala FA untuk Kelantan dan Johor Darul Takzim

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 30,000 tiket masing-masing kepada Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) untuk perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun ini.

Baki 27,000 lagi tiket dijual di stadium berkenaan pada 28 Jun ini bermula 9 pagi.

Pengagihan tiket kepada kedua-dua pasukan bermula pada 24 Jun ini dan boleh dijual di negeri masing-masing pada 25 Jun.
Read More

Dulang Terbang di Restoran Sushi

Leave a Comment
Dulang Terbang di Restoran Sushi

Rangkaian restoran Britain bernama Yo! Sushi membuat perkhidmatan dulang terbang pertama di dunia bagi menghantar hidangan sushi ke meja pelanggan dengan pantas.

iTray menggunakan dulang yang diletakkan pada pesawat dron kawalan jauh yang dilengkapi kamera dan bilah kipas.

Dron dikawal melalui komputer iPad boleh bergerak selaju 40 kilometer sejam.

Pekerja restoran mengawalnya untuk menerbangkan sushi dari dapur ke meja pelanggan.

Konsepnya memang hebat apabila memesan makanan ianya akan diterbangkan ke meja.
Read More

Angkasawan Wanita Kedua Negara China Ke Angkasa Lepas

Leave a Comment
Angkasawan Wanita Kedua Negara China Ke Angkasa Lepas

China akan menghantar angkasawan wanita keduanya ke orbit yang memakan masa paling lama ketika China sibuk membina sebuah stesen angkasa.

Kapal angkasa Shenzhou-10 akan dilancarkan dan angkasawan wanita iaitu Wang Yaping berlepas ke angkasa bersama dua orang lagi angkasawan iaitu komander Nie Haisheng dan Zhang Xiaoguang. 

Mereka akan berada di angkasa selama 15 hari dan menjalankan eksperimen perubatan aeroangkasa dan teknologi angkasa lepas.
Read More

Firefly Perkenal Laluan Baru Johor Bahru Ke Pekan Baru Indonesia

Leave a Comment
Firefly Perkenal Laluan Baru Johor Bahru Ke Pekan Baru Indonesia

Syarikat penerbangan Firefly akan memperkenalkan perkhidmatan mingguan berjadual antara Johor Bahru dan Pekan Baru di Indonesia dari 1 Ogos 2013 hingga 31 Julai 2014.

Ia merupakan laluan antarabangsa pertama Firefly dari Johor.

Pilihan perjalanan tersebut kepada penduduk di Johor dan menyasarkan penumpang untuk perniagaan dan pelancongan dari Johor Bahru.

Firefly akan menggunakan sebuah pesawat turboprop ATR 72-500.
Read More

Nenek 59 Tahun Panjat Pokok Kelapa

Leave a Comment
Nenek 59 Tahun Panjat Pokok Kelapa

Seorang warga emas mampu memanjat pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter tidak lebih dua minit sejak 43 tahun lalu untuk menyara kehidupan tujuh anak dengan pendapatan tambahan antara RM40 hingga RM50 sehari.

Zabedah Mansor yang berumur 59 tahun merupakan ibu tunggal yang tinggal di Kampung Kubang Pekan mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun.

Zabedah juga boleh memanjat pokok durian, petai, pinang, rambutan, duku dan sebagainya tanpa menggunakan galah.

Kelapa dibawa terus kepada pemborong untuk dijual kepada pelanggan yang membuat tempahan mengikut harga pasaran tetap.

Upah memanjat pokok bergantung pada saiz pokok iaitu pokok rendah cuma RM5 manakala pokok tinggi bayarannya RM10.
Read More

Jepun Perkenal Kereta Api Maglev 500 Kilometer Sejam

Leave a Comment
Jepun Perkenal Kereta Api Maglev 500 Kilometer Sejam

Jepun menunjukkan kereta api terapung iaitu Maglev buatan tempatan yang boleh mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam.

Sistemnya ialah magnetik yang dilengkapi dengan teknologi paling canggih bagi mencapai kelajuan yang paling laju.

Ianya keluaran Syarikat Central Japan Railway Co. (JR Tokai) digerakkan kuasa magnet.

Maglev akan digunakan di seluruh Jepun  bermula 2045 selain sedang berusaha memperbaiki landasan dari Tokyo ke Osaka.

Ia tidak menggunakan roda serta mampu bergerak dengan lebih laju serta senyap.

Perjalanan rasminya pada September depan dan akan beroperasi antara Tokyo dan Nagoya pada pertengahan 2027.
Read More

Kate Middleton Tumpuan Jurugambar

Leave a Comment
Kate Middleton Tumpuan Jurugambar

Kate Middleton, isteri kepada pewaris kedua takhta Britain iaitu Putera William menghadiri sambutan ulang tahun ke-60 pertabalan nenda suaminya iaitu Ratu Elizabeth II di Westminster Abbey.

Kate merupakan Duchess of Cambridge akan melahirkan anaknya yang sulung dalam tempoh kurang sebulan tetapi isteri Putera William itu kelihatan cergas dan menunjukkan bahawa dia semakin hampir untuk melahirkan anak.
Read More

Izzue Islam Sah Bergelar Suami

Leave a Comment
Izzue Islam Sah Bergelar Suami

Pelakon dan juga penyanyi iaitu Izzue Islam sah bergelar suami kepada Awin Nurin berumur 27 tahun selepas lafaz akad nikah di Masjid Negeri Selangor.

Awin ialah pengurus kepada jejaka kacak berusia 23 tahun itu yang merupakan anggota kumpulan Forteen.

Mas kahwin adalah 11 dinar dengan hantaran berjumlah RM11,111.11.

Pihak lelaki memberi sembilan dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran oleh pihak wanita.
Read More

Fouziah Gous Sudah Bertunang

Leave a Comment
Fouziah Gous Sudah Bertunang

Fouziah Gous telah pun selamat bertunang dengan kekasih hatinya iaitu Md Zhafran Md Yusof.

Cincin pertunangan disarungkan ke jari oleh ibu Zhafran, Normah Ali.

Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran  berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Majlis ini berlangsung di Asmara Penchala (Bora Asmara) dengan meriah sekali.
Read More