Kedai Makan Azraai Khor Jurulatih Perak Dipecah Masuk

Leave a Comment
Kedai Makan Azraai Khor Jurulatih Perak Dipecah Masuk

Tiga premis perniagaan termasuk kedai makan jurulatih bola sepak negeri Perak  iaitu Mohd. Azraai Khor Abdullah bersama isterinya, Rohani Ibrahim di Bazar Wakaf Rakyat di Jalan Tun Razak di sini dipecah masuk pencuri.

Ianya berlaku awal pagi kira-kira pukul 7 pagi di mana tiga premis perniagaan ialah dua kedai makan dan sebuah kedai menjual produk makanan.

Rohani mengusahakan kedai makan Azraai Tom Yam mendapat tahu daripada tukang masaknya yang mendapati kesan umpil pada pintu kedai selepas diberitahu peniaga nasi lemak di situ.

Terdapat kesan geledah termasuk di dalam laci almari dan mesin wang.

Kesemua wang siling sekitar RM30 yang ditinggalkan di dalam kedai lesap.
Read More

Md Zhafran Lamar Fouziah Gous Atas Helikopter

Leave a Comment
Md Zhafran Lamar Fouziah Gous Atas Helikopter

Kisah cinta antara Fouziah Gous dengan Md Zhafran Md Yusof mendapat perhatian umum beberapa bulan lalu dan Fouziah mengumumkan khabar gembira iaitu dirinya sudah dilamar dan bakal bertunang pada Sabtu ini.

Pelakon cantik tersebut dilamar dengan cara istimewa serta menaiki helikopter.

Beliau menulis berada di Lapangan Terbang Subang dan akan terbang tinggi bersama dengan Zhafran.

Beliau juga berkongsi gambar di Instagram dengan menulis kapsyen , “this lady just got proposed. Will you marry me".
Read More

Samsung Galaxy S4 Cecah Jualan 10 Juta Unit

Leave a Comment
Samsung Galaxy S4 Cecah Jualan 10 Juta Unit

Samsung telah mengumumkan jualan telefon pintar terbaru iaitu Galaxy S4 telah terjual 10 juta unit di seluruh dunia atau empat unit setiap saat sejak dilancarkan pada 27 April 2013.

Galaxy S4 mencacatkan satu lagi rekod baru bagi Samsung apabila menjana jualan lebih cepat daripada mana-mana produk terdahulu. Galaxy S3 mencapai jualan 10 juta unit dalam tempoh 50 hari selepas dilancarkan pada 2012 manakala Galaxy S2 mengambil masa lima bulan dan Galaxy S memerlukan tujuh bulan untuk mencapai jumlah sama.
Read More

Puting Beliung Oklahoma Lagi Kuat Daripada Bom Atom

Leave a Comment
Puting Beliung Oklahoma Lagi Kuat Daripada Bom Atom

Puting beliung yang melanda negeri Oklahoma, Washington menghasilkan tenaga jauh lebih kuat daripada bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun.

Bencana tersebut membawa kemusnahan besar selepas ia melanda selama sejam.

Tenaga puting beliung ialah lapan hingga lebih 600 kali lebih kuat daripada bom atom.

Ianya selebar dua kilometer dan bergerak sejauh 27 kilometer selama 40 minit ketika ia melanda Moore di pinggir bandar Oklahoma.

Puting beliung tersebut dianggarkan bertiup selaju 320 kilometer sejam (km/j) hingga 337km/j.

Ia meranapkan sejumlah bangunan termasuk sekolah seterusnya angka kematian rasmi setakat ini ialah 24 orang selepas beberapa pegawai menyatakan jumlah kematian mencecah sehingga 91 orang.
Read More

Ular Sawa 40 Kilogram di Bandar Raya Kuala Terengganu

Leave a Comment
Ular Sawa 40 Kilogram di Bandar Raya Kuala Terengganu

Beberapa peniaga di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu berasa bimbang apabila ular sawa muncul di kawasan tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Reptilia tersebut muncul dari arah sebuah padang bola sepak apabila kelaparan terutama selepas waktu hujan untuk mencari makanan.

Ular sawa itu pernah memasuki rumah penduduk.

Walaupun begitu, penduduk lega apabila ular sawa sepanjang kira-kira empat meter tersebut berjaya ditangkap kira-kira jam 9.45 pagi kelmarin oleh orang ramai.

Ular sawa seberat kira-kira 40 kilogram ditangkap ketika sedang berlingkar di bawah sebuah kenderaan di tepi jalan utama itu.
Read More

Pemuda Cacat Penglihatan Berjaya Takluk Selat Pulau Pinang

Leave a Comment
Pemuda Cacat Penglihatan Berjaya Takluk Selat Pulau Pinang

Seorang pemuda cacat penglihatan iaitu Faiq Adnan berumur 23 tahun berjaya berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh lima kilometer dari Jeti Marina, George Town ke Kawasan Rehat dan Rawat Bagan Ajam, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth.

Faiq merupakan pelajar tahun dua Universiti Malaya dalam jurusan Kesusasteraan Melayu berjaya menamatkan renangan tersebut dalam masa dua jam 20 minit 35 saat dengan diiringi jurulatihnya, Datuk Ooi Win Juat.

Ketibaannya disambut kira-kira 200 orang ramai yang menunggu sejak pukul 10 pagi.
Read More

Kematian Akibat Selesema Burung di China Meningkat

Leave a Comment

Kematian Akibat Selesema Burung di China Meningkat

Empat mangsa terbaru selesema burung H7N9 telah maut yang menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 36 daripada 131 jumlah kes yang disahkan di China.

Tiada jangkitan terbaru virus berkenaan sejak disahkan merebak 8 Mei 2013.

Tiada bukti mengatakan virus itu mudah merebak di kalangan manusia.

Punca jangkitan masih dalam siasatan dan dijangka jumlah jangkitan akan meningkat.

Shanghai dan wilayah Zhejiang mula membuat pengawasan dan cuba mengawal virus ini dari terus merebak.
Read More

Kapsul Atas Kapal Persiaran Quantum of the Seas

Leave a Comment
Kapsul Atas Kapal Persiaran Quantum of the Seas

Sebuah kapal persiaran mewah telah menyediakan kapsul bergerak supaya membolehkan para penumpang melihat pemandangan laut.

Kemudahan ini disediakan kepada para penumpang kapal persiaran Quantum of the Seas milik syarikat perkapalan Royal Caribbean International.

Mereka dibenarkan berada di dalam kapsul berkaca jika mahu melihat pemandangan pada ketinggian 91.44 meter dari permukaan laut.

Kapal tersebut akan memulakan pelayaran pada tahun 2014.
Read More

Pasangan Kekasih Menjaga Dua Ekor Singa

Leave a Comment

Pasangan Kekasih Menjaga Dua Ekor Singa

Sepasang kekasih memelihara dua ekor singa di rumah mereka di Kampung Stupava, selatan Republik Czech.

Ales Basista dan kekasihnya tinggal bersama singa tersebut sejak haiwan tersebut kecil lagi.

Basista mempunyai akaun Facebook mengandungi beberapa keping gambar yang menunjukkan dia bersama haiwan-haiwan tersebut.
Read More

Senarai Barisan Kabinet Persekutuan 2013

Leave a Comment
Senarai Barisan Kabinet Persekutuan 2013

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang
          
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
   
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri:  Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun
  
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Read More

Pengumuman Kabinet Kerajaan Secara Langsung di TV1 Jam 5 Petang

Leave a Comment

Pengumuman Kabinet Kerajaan Secara Langsung di TV1 Jam 5 Petang

Pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM pada pukul 5 petang ini.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang akhbar khas di Bangunan Perdana Putra.
Read More

China Berusaha Selamatkan Oasis Bulan Sabit Berusia 2,000 Tahun

Leave a Comment

China Berusaha Selamatkan Oasis Bulan Sabit Berusia 2,000 Tahun

Pemerintah China berusaha menyelamatkan sebuah oasis berusia 2,000 tahun terletak enam kilometer dari bandar Dunhuang, selatan China.

Oasis yang berair di sebuah kawasan padang pasir kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir.

Ia dikenali sebagai Tasik Bulan Sabit kerana bentuknya seperti bulan sabit.

Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik tersebut pada tahun 2006.
Read More

Khaled Nordin Angkat Sumpah Menteri Besar Johor

Leave a Comment

Khaled Nordin Angkat Sumpah Menteri Besar Johor

Sebentar tadi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor.

Sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri turut mengangkat sumpah.

Exco kerajaan negeri ialah Asiah Md. Ariff (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga), Md. Jais Sarday (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Tee Siew Kiong (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan).

Datuk Ir. Hasni Mohammad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Vidyananthan Ramanadhan (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia), Abd. Mutalip Abd. Rahim (Pengerusi Jawatankuasa Agama). 

Datuk Abd. Latiff Bandi (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Ismail Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani) dan Datuk Zulkurnain Kamisan (Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Kebudayaan dan Warisan).

Ianya turut disaksikan para pembesar negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ketua jabatan kerajaan di negeri itu.
Read More

Khalid Ibrahim Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor

Leave a Comment

Khalid Ibrahim Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar serta ikrar aku janji berlangsung selama hampir 30 minit bermula jam 10 pagi.

Ikrar aku janji dilafazkan oleh Abdul Khalid merangkumi 10 perkara yang perlu dipastikan beliau agar dipenuhi dan dipatuhi dalam tempoh memegang jawatan itu.
Read More

Atlet Cacat Penglihatan Mahu Rentas Selat Pulau Pinang

1 comment
Atlet Cacat Penglihatan Mahu Rentas Selat Pulau Pinang

Cacat penglihatan sejak dilahirkan tidak menghalang hasrat Faiq Adnan berumur 23 tahun untuk mencatat rekod peribadi merentasi Selat Pulau Pinang pada 19 Mei 2013.

Atlet Paralimpik Pulau Pinang bergiat aktif dalam sukan renang sejak berusia sembilan tahun menyatakan hasrat terpendam sejak 2008 selepas beliau menyertai acara renang 100 jam berganti-ganti anjuran Kelab Renang Bukit Mertajam.

Faiq merupakan penuntut tahun dua jurusan Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaya. Dorongan kuat jurulatih Datuk Ooi Win Juat dan anggota keluarga telah membakar semangat berlatih selama tiga hingga empat jam sehari iaitu empat kali seminggu.

Cabaran sejauh lima kilometer, Faiq akan berenang diiringi jurulatihnya dalam sangkar.

Acara merentas Selat Pulau Pinang bermula pada 9 pagi di Pelabuhan Swettenham dan berakhir di Pantai Bagan Ajam, Butterworth.
Read More

Cucu Belasah Nenek Sehingga Maut

Leave a Comment
Cucu Belasah Nenek Sehingga Maut

Seorang warga emas berumur 84 tahun mati dalam keadaan menyayat hati selepas ditumbuk di bahagian muka beberapa kali oleh cucunya di Kampung Pasir Pekan Hilir.

Che Minah Che Hassan sudah uzur meninggal dunia selepas cedera parah akibat dibelasah suspek berusia 35 tahun itu.

Lelaki terbabit bertindak ganas jua dengan menumbuk bertubi-tubi ibu kandungnya iaitu Che Rahmah Che Will berusia 61 tahun sehingga cedera dan terpaksa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Suspek naik angin tiba-tiba lalu menyerang nenek serta ibunya di dalam rumah dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi.
Read More

Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir MB Kedah Ke-10

Leave a Comment
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir MB Kedah Ke-10

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah iaitu Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit.
  
Mukhriz berumur 49 tahun merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas merdeka telah melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan empat anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Tiga lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah adalah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

Bapanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Mukhriz Datin Norzieta Zakaria turut hadir.

BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk membentuk kerajaan.
Read More

Datuk Ahmad Yaakob MB Kelantan Ganti Datuk Nik Aziz

Leave a Comment
Datuk Ahmad Yaakob MB Kelantan Ganti Datuk Nik Aziz
Kelantan akan mempunyai seorang Menteri Besar baru selepas satu tempoh selama 23 tahun bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Datuk Ahmad Yaakob dijangka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan petang ini.

Nik Aziz, 82, mengetuai kerajaan negeri sebagai Menteri Besar sejak 1990.
Read More

Barisan Nasional Kekal Kerajaan Pusat

Leave a Comment

Barisan Nasional Kekal Kerajaan Pusat

 
Barisan Nasional (BN) berjaya meneruskan pemerintahan di peringkat pusat dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen.

Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen.

Daripada 89 kerusi itu, Pas memperoleh 21 kerusi, PKR 30 manakala DAP 38.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Read More

Selangor Cuti Umum 6 Mei 2013

Leave a Comment
Selangor Cuti Umum 6 Mei 2013

Kerajaan Selangor telah mengumumkan hari Isnin, 6 Mei 2013 sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan semua rakyat di Selangor yang pulang mengundi di kampung pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
   
Pemberian hari kelepasan itu selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9, yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am.
Read More

260,000 Rakyat Somalia Mati Kebuluran Tahun 2010 hingga 2012

Leave a Comment

260,000 Rakyat Somalia Mati Kebuluran Tahun 2010 hingga 2012

Hampir 260,000 rakyat Somalia iaitu separuh terdiri daripada kanak-kanak berusia bawah lima tahun mati akibat kebuluran dari tahun 2010 hingga 2012.

Kebuluran dan kekurangan makanan meragut sekitar 258,000 nyawa antara Oktober 2010 hingga April 2012 termasuk 133,000 orang kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

Beberapa amaran sebelum permulaan kemarau panjang di Somalia pada 2010 gagal mencetuskan tindakan awal.

Somalia adalah negara Afrika paling teruk terjejas selepas benua itu dilanda kemarau pada 2011 dengan lebih 13 juta orang terjejas.

PBB mengisytiharkan kemarau tamat pada Februari 2012.
Read More

Polis Wanita Indonesia Menari Gangnam Style Bagi Tenangkan Penunjuk Perasaan

Leave a Comment
Polis Wanita Indonesia Menari Gangnam Style Bagi Tenangkan Penunjuk Perasaan

Sekumpulan anggota polis wanita melakukan pendekatan luar biasa dengan mempersembah tarian kuda Gangnam Style bagi mengawal penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan sempena Hari Buruh.

Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan bersorak gembira apabila 80 anggota polis wanita mempersembahkan tarian kuda Gangnam Style.

Ada dalam kalangan penunjuk perasaan turut serta menari bersama-sama anggota polis berkenaan.

Penunjuk perasaan gembira dan ia merupakan satu penghormatan untuk menggembirakan mereka.
Read More