15 Anggota Polis Sabah Terbabit Ops Daulat Terima Pingat

Leave a Comment
15 Anggota Polis Sabah Terbabit Ops Daulat Terima Pingat

Sebanyak 15 anggota polis yang terbabit Ops Daulat menerima Pingat Kedaulatan Negara yang disampaikan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Musa Aman.

Pingat itu sebagai menghargai jasa mereka mempertahankan kedaulatan negara ketika pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Kerajaan negeri dan rakyat di Sabah amat berterima kasih serta menghargai pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Read More

Tesco Tanam 25,000 Pokok Karas di UPSI

Leave a Comment
Tesco Tanam 25,000 Pokok Karas di UPSI

Sebanyak 25,000 pokok jenis karas akan ditanam di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui inisiatif program penghijauan yang dianjurkan oleh Tesco dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Naib Canselor UPSI iaitu Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa berkata pokok karas merupakan salah satu spesies terkenal dengan hasilan gaharu ditanam secara berperingkat dalam tempoh setahun di Kampus Sultan Azlan Shah.

UPSI berbangga dipilih sebagai institusi pengajian tinggi pertama di negara ini yang terlibat dalam inisiatif berkenaan.

UPSI menyediakan kira-kira 10 hektar tanah dan percaya lebih ramai warga universiti akan menyedari pentingnya menghijaukan alam sekitar.
Read More

Datuk Lee Chong Wei ke Separuh Akhir Terbuka India

Leave a Comment
Datuk Lee Chong Wei ke Separuh Akhir Terbuka India

Jaguh badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei memerlukan masa 34 minit untuk melangkah ke separuh akhir manakala dua beregu negara tersingkir pada Kejohanan Yonex Sunrise Terbuka India 2013.

Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain tuan rumah dari pusingan kelayakan iaitu H.S.Prannoy dari India dengan 21-14, 21-19 pada perlawanan suku akhir.

Chong Wei akan berdepan dengan pemain nombor tujuh dunia iaitu Ponsana Boonsak dari Thailand pada separuh akhir esok.
Read More

425,504 Jawatan Kosong Sektor Swasta Seluruh Negara

Leave a Comment
425,504 Jawatan Kosong Sektor Swasta Seluruh Negara


Sebanyak 425,504 kekosongan jawatan yang meliputi bidang pengurusan, profesional dan pekerja asas terdapat di sektor swasta menawarkan gaji antara RM900 hingga RM3,000 sebulan di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia daripada Kementerian Sumber Manusia iaitu Mohd. Asri Abdul Wahab telah menjelaskan bahawa sebanyak 311,168 kekosongan adalah dalam bidang pekerja asas, operator (35,109), perkhidmatan dan jualan (25,763), tenaga profesional (11,387) dan pengurusan (2,908).

Selebihnya terdiri daripada bidang perkeranian, pekerja mahir pertanian, perhutanan, perikanan dan pertukangan. Pencari kerja boleh memanfaatkan peluang yang ada untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Read More

Kedah Cuti 5 Mei 2013 Sempena PRU13

Leave a Comment

Kedah Cuti 5 Mei 2013 Sempena PRU13

Kedah mengumumkan cuti umum pada 5 Mei 2013 sempena Pilihan Raya Umum ke-13.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata ianya dibuat bagi memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat Kedah keluar mengundi pada hari tersebut.
    
Ia diputuskan pada mesyuarat Exco hari ini yang diadakan khusus untuk membincangkan perkara itu dan cuti umum berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951.
    
Orang ramai boleh keluar mengundi pada hari Ahad tersebut.
Read More

Juruterbang Muda Malaysia disambut Meriah di New York

Leave a Comment
Juruterbang Muda Malaysia disambut Meriah di New York

Seorang juruterbang muda dari Malaysia diberi sambutan meriah di New York selepas beliau mendarat dengan pesawat Cessna 210 Eagle yang diberi nama 'The Spirit of Malaysia' di Teteboro, New Jersey.

Majlis dihoskan pejabat Tourism Malaysia New York berlangsung di pejabat wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Kapten James Anthony Tan berumur 21 tahun berlepas dari Langkawi pada 26 Mac 2013 bagi misi terbang mengelilingi dunia secara solo dengan menggunakan pesawat kecil.

Semasa mendarat di Teteboro, Tan telah melakukan penerbangan sejauh 20,000km atau ke separuh dunia dengan melintasi Subang, Thailand, Vietnam, Taiwan, Jepun, Rusia dan Kanada.

Beliau dijangka kembali ke Malaysia pada atau sebelum 15 Mei.
Read More

Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee Raih Perak Siri Terjun Dunia

Leave a Comment

Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee Raih Perak Siri Terjun Dunia

Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee telah membuktikan kehebatan mereka dengan gandingan serasi selepas meraih pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama di Siri Terjun Dunia (DWS) di Edinburgh.

Mereka terpaksa akur dengan China yang merangkul emas walaupun membariskan gandingan penerjun nombor dua iaitu Li Huixia-Si Yajie hasil pungutan 338.64 mata. Pandelela dan Mun Yee meraih 322.20 mata.

Pingat gangsa menjadi milik gandingan Rusia, Yulia Koltunova-Natalia Goncharova yang mencatatkan 308.22 mata.
Read More

Malala Yousafzai Gadis Berpengaruh di Dunia

Leave a Comment
Malala Yousafzai Gadis Berpengaruh di Dunia

Malala Yousafzai yang merupakan gadis Pakistan hampir maut dibunuh kerana memperjuangkan hak pendidikan para gadis di negara telah dipilih majalah Time salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia.

Gadis berusia 15 tahun diberi penghormatan majalah berpengaruh berkenaan untuk menjadi salah seorang daripada tujuh individu kehormat akan menghiasi kulit salah satu dari ratusan naskhah terbitannya.

Pada Februari lalu, Malala yang baharu sahaja menjalani pembedahan lutut akibat ditembak puak Taliban kerana perjuangan beliau telah dicalonlan sebagai salah seorang penerima anugerah Nobel.
Read More

Cardiff City ke Liga Perdana Inggeris Selepas 51 Tahun

Leave a Comment

Cardiff City ke Liga Perdana Inggeris Selepas 51 Tahun

Kelab milik jutawan Malaysia Tan Sri Vincent Tan iaitu Cardiff City telah mengesahkan tempat dalam Liga Perdana Inggeris pada musim 2013/2014 selepas seri 0-0 dengan Charlton Athletic.

Keputusan tersebut menjamin kedudukan mereka pada dua tangga teratas Liga Kejuaraan (divisyen dua).

Cardiff sering dikecewakan dalam saingan playoff pada tiga musim terakhir kembali ke kancah liga utama bola sepak Inggeris buat kali pertama sejak 1962 iaitu 51 tahun yang lalu.
Read More

Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2012

Leave a Comment

Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2012

Jaguh badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun negara iaitu Pandelela Rinong telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebang saan pada Anugerah Sukan Negara 2012.

Buat Chong Wei merupakan kali keempat beliau menerima anugerah dengan pertama kali menerima anugerah berkenaan pada tahun 2005 dan diikuti pada 2008 dan 2011.

Bagi Pandelela pula merupakan kali kedua beliau menerima anugerah tersebut di mana pertama kali pada tahun lepas.

Chong Wei dan Pandelela masing-masing menerima trofi dan wang tunai RM20,000 daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Read More

Senarai Calon PRU13 BN Kedah

Leave a Comment

Senarai Calon PRU13 BN Kedah

Senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi 15 kerusi parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah untuk pilihan raya umum ke-13.

PARLIMEN

1. Langkawi       : Datuk Nawawi Ahmad (Umno)
2. Jerlun         : Datuk Othman Aziz  (Umno)
3. Kubang Pasu    : Datuk Mohd Johari Baharom (Umno)
4. Padang Terap   : Datuk Seri Mahdzir Khalid (Umno)
5. Pokok Sena     : Datuk Shahlan Ismail Umno/Muka baru)
6. Alor Setar     : Datuk Seri Chor Chee Heung (MCA)
7. Kuala Kedah    : Dr Zaki Zamani Abdul RAshid (Umno/muka baru)
8. Pendang        : Datuk Othman Abdul (Umno)
9. Jerai          : Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Umno/muka baru)
10 Sik            : Dr Mansor Abdul Rahman (Umno/muka baru)
11. Merbok        : Prof Dr Ismail Daud (Umno/muka baru)
12. Sungai Petani : Shamsul Anuar Ismail (Umno/muka baru)
13. Baling        : Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno)
14. Padang Serai  : Datuk Heng Seai Ke (MCA/muka baru)
15. Kulim/Bandar Baharu : Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Umno)

Dewan Undangan Negeri

1. Ayer Hangat  : Mohd Rawi Abdul Hamid (Umno)
2. Kuah         : Nor Saidi Nayan (Umno/muka baharu)
3. Kota Siputeh :  Datuk Abu Hassan Sharif (Umno)
4. Ayer Hitam   : Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (Umno)
5. Bukit Kayu Hitam : Datuk Ahmad Zaini Jaafar (Umno)
6. Jitra        : Aminuddin Omar (Umno/Muka baru)
7. Kuala Nerang : Badrol Hisham Hashim (Umno/muka baru)
8. Pedu         : Kama Noriah Ibrahim (Umno/muka baru)
9. Bukit Lada    : Datuk Ahmad Lebai Sudin (Umno)
10. Bukit Pinang : Mokhtar Mohd Nor (Umno/muka baru)
11. Derga       : Dr Cheah Soon Hai (Gerakan)
12. Bakar Bata  : Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)
13. Kota Darul Aman : Loh Gim Hooi (MCA)  
14. Alor Mengkudu : Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (Umno/muka baru)
15. Anak Bukit  : Datuk Hashim Yahya (Umno)
16. Kubang Rotan : Datuk Latt Shariman Abdullah (Umno/muka baru)
17. pengkalan kundor -noor hasita mat isa (Umno) (muka baru)
18. Tokai : Najmudin Darus (Umno/muka baru)
19. Sungai Tiang : Datuk Suraya Yaacob (Umno)
20. Sungai Limau : Fadzilah Mohd Ali (Umno/muka baru)
21. Guar Chempedak : Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ismail (Umno)
22. Gurun : Dr Leong Yong Kong (MCA) 
23. Belantek : Datuk Mohd Tajuddin Abdullah (Umno)
24. Jeneri : Mahadzir Abdul Hamid (Umno/muka baru)
25. Bukit Selambau : M.L. Maran (MIC) (muka baru) 
26. Tanjong Dawai : Datuk Tajul Urus Mat Zain (Umno)
27. Pantai Merdeka : Ali Yahya (Umno/muka baru)
28. Bakar Arang : Dr Lee Yean Wang (MCA/muka baru) 
29. Sidam : Bee Sieong Heng (Gerakan/muka baru)
30. Bayu : Datuk Azmi Che Husain (Umno)
32. Kupang : Harun Abdul Aziz (Umno/muka bau)
32. Kuala Ketil : Mohd Khairul Abdullah (Umno/muka baru)
33. Merbau Pulas : Datuk Marlia Abdul Latif (Umno)
34. Lunas : S. Ananthan (MIC) 
35. Kulim : Chua Thiong Gee (MCA/muka baru)
36. Bandar Baharu : Nor Sabrina Mohd Noor (Umno/muka baru)
Read More

Senarai Calon PRU13 BN Perlis

Leave a Comment
Senarai Calon PRU13 BN Perlis

Berikut merupakan senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi tiga kerusi parlimen dan 15 dewan undangan negeri (DUN) di Perlis untuk pilihan raya umum ke-13.
    
    PARLIMEN
    
    1. Padang Besar : Datuk Zahidi Zainul Abidin
    2. Kangar: Shaharuddin Ismail (muka baru)
    3. Arau: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
    
    NEGERI
    
    1. Titi Tinggi: Khaw Hock Kong (muka baru)
    2. Beseri: Datuk Mat Rawi Kassim
    3. Chuping: Asmaiza binti Ahmad (muka baru)
    4. Mata Ayer: Khairi Hassan
    5. Santan: Sabry Ahmad
    6. Bintong: Rela binti Ahmad (muka baru)
    7. Sena: Abdul Jamil Saad
    8. Indera Kayangan: Dr Por Choo Chor
    9. Kuala Perlis: Mat bin Hassan
    10. Kayang: Ahmad Bakri bin Ali
    11. Pauh: Azlan Man (muka baru)
    12. Tambun Tulang: Datuk Ismail Kassim
    13. Guar Sanji: Jafperi Othman
    14. Simpang Empat: Nurulhisham Yaakob (muka baru)
    15. Sanglang: Fathul Bari Mat Jahya (muka baru)
Read More

Jutawan Arab Saudi Sokong Wanita Memandu

Leave a Comment

Jutawan Arab Saudi Sokong Wanita Memandu

Jutawan Arab Saudi Putera Alwaleed bin Talal memberi sokongan membenarkan golongan wanita di negara itu memandu kereta.

Kebenaran tersebut dapat membantu kempen kerajaan mengurangkan jumlah pekerja asing.

Lebih 50,000 peluang pekerjaan dapat diwujudkan sekiranya larangan memandu di kalangan wanita ditarik balik selain memberi faedah kepada sektor sosial dan ekonomi.

Ribuan pekerja asing dipecat dan dihantar pulang ke negara masing-masing bagi membendung kemasukan pendatang haram di Arab Saudi.
Read More

Malaysia Juara Piala Axiata Kalahkan Thailand 3-1

Leave a Comment
Malaysia Juara Piala Axiata Kalahkan Thailand 3-1

Malaysia telah berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Piala Axiata untuk kali pertama apabila menundukkan Thailand 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Cheras.

Malaysia menebus kekecewaan peminat tanah air setelah gagal merangkul kejuaraan pada edisi lepas.

Kejohanan badminton menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3.1 juta).

Malaysia membawa pulang AS$400,000 (RM1.24 juta) manakala Thailand menerima AS$200,000 (RM620,000).
Read More

500000 Penduduk Ibu Negara dan Gombak Terputus Bekalan Air

Leave a Comment

500000 Penduduk Ibu Negara dan Gombak Terputus Bekalan Air

Setengah juta penduduk di ibu negara dan Gombak dijangka mengalami gangguan bekalan air selama seminggu disebabkan paip pecah berlaku di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak.

Saluran paip berukur lilit 200 sentimeter mendapat bekalan air dari kawasan tadahan air di Kolam Air Dusun Kubung di Selayang dan membekalkan air sehingga ke Wangsa Maju itu pecah pada pukul 10 malam.

Hujan lebat menyebabkan hakisan tanah seterusnya bongkah penapis roboh menimpa saluran paip itu lalu menyebabkan saluran pecah.

Kerja-kerja baik pulih dijangka siap hari ini tetapi bekalan air akan pulih secara berperingkat-peringkat dalam tempoh seminggu.
Read More

Bayaran Haji Kekal RM9,980 Bagi Setiap Seorang Jemaah Muasassah

Leave a Comment

Bayaran Haji Kekal RM9,980 Bagi Setiap Seorang Jemaah Muasassah

Bayaran haji kekal pada nilai RM9,980 walaupun kos sebenar mengerjakan ibadah haji tahun 2013 dijangka meningkat.
    
Pada tahun ini, Tabung Haji akan membiayai RM5,575 tiap seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 tiap seorang pada tahun 2012 bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun sebelumnya.
    
Pembangunan perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah telah menyaksikan pihak TH terpaksa menyewa beberapa bangunan baru seterusnya meningkatkan kos sebenar haji.

Beberapa bangunan termasuk yang disewa TH untuk jemaah di musim haji pada tahun lepas telah pun dirobohkan. 

Justeru, bangunan ditawarkan pada musim haji nanti semakin berkurangan dan mengakibatkan kos bagi menyewa bangunan baru.
Read More

Tiga Pelajar Pukul Pelajar Video di Youtube dibuang Sekolah

Leave a Comment

Tiga Pelajar Pukul Pelajar Video di Youtube dibuang Sekolah

Jabatan Pelajaran negeri Pulau Pinang mengesahkan kumpulan pelajar terlibat dalam kejadian memukul pelajar lain yang sedang tersebar di laman YouTube telah dikenakan tindakan buang sekolah.

Kejadian berlaku pada awal Mac lalu dan pihak sekolah mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit pada 8 Mac 2013 lima hari selepas kejadian.

Pelajar terbabit masih boleh merayu untuk menyambung kembali persekolahan tetapi bukan di sekolah sama.

Rekod dibuang sekolah itu dimasukkan ke dalam fail peribadi mereka.
Read More

MasterChef Selebriti Musim 2 Bermula 20 April 2013

Leave a Comment

MasterChef Selebriti Musim 2 Bermula 20 April 2013

MasterChef Selebriti Musim Kedua bakal ditayangkan bermula 20 April setiap hari Sabtu hingga Selasa di saluran Astro Ria.

Konsep yang sama dengan musim pertama, peserta diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan fizikal dan mental di dapur.

Seramai 19 peserta bakal bersaing di dapur MasterChef.

Senarai peserta MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua:
1.Pengarah, Michael Ang
2.Pelakon, Sharifah Shahora
3.Pelakon, Kenchana Devi
4.Pelakon, Norish Karman
5.Penyanyi, Cat Farish
6.Pelakon, Syanie Hisham
7.Pengacara, Celina Khor
8.Pelakon, Lydiawati
9.Pelakon, Enot
10.Pelakon, Zain Saidin
11.Pelakon, Rozita Che Wan
12.Datuk Aznil Nawawi
13.Penyanyi, Sabhi Sadhi
14.Pelawak, Sathiya
15.Penyanyi, Syura
16.Penyanyi, Radhi OAG
17.Pelakon, Yassin Yahya
18.Pelakon, Afiq Muiz
19.Penyanyi, Keroz Nazri
Read More

Mangkuk Falangcai Pecah Rekod Dunia Lelongan

Leave a Comment

Mangkuk Falangcai Pecah Rekod Dunia Lelongan

Sebuah mangkuk merah dihiasi corak bunga teratai telah memecahkan rekod dunia barangan seramik era Dinasti Kangxi di China dalam satu lelongan.

Lelongan melibatkan koleksi barang kemas, hasil seni, seramik dan jam tangan dari Asia serta China.

Mangkuk Falangcai dari era Kangxi antara tahun 1662 hingga 1722 dilelong pada harga RM29.1 juta.

Artifak tersebut dibeli oleh seorang penjual seramik iaitu William Chak.
Read More

Gunung Berapi Karangetang di Sumatera Meletus

Leave a Comment

Gunung Berapi Karangetang di Sumatera Meletus

Gunung Berapi Karangetang di wilayah Sumatera Utara memuntahkan lahar yang dapat dilihat dari Kampung Bebali.

Gunung itu terletak di Kepuluaan Siaudan kali terakhir gunung itu meletus ialah pada tahun 1997 menyebabkan tiga orang terbunuh.

Kepuluan Indonesia terdapat puluhan gunung berapi yang aktif dan terletak di garisan lingkaran api antara Lautan Pasifik dan Hindi.
Read More

Pameran Emas di Pasar Raya Matsuzakaya Jepun

Leave a Comment

Pameran Emas di Pasar Raya Matsuzakaya Jepun

Pasar raya Matsuzakaya menganjurkan pameran Ekspo Emas yang menonjolkan pelbagai barangan diperbuat daripada emas.

Jongkong emas seberat 120 kilogram (kg) yang berharga RM20.02 juta dimaperkan.

Sehelai jubah pengantin tenunan benang emas berharga RM1.7 juta turut dipamerkan kepada orang ramai.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan satu set cawan dan piring emas yang berharga RM231,037.

Sepohon pokok bunga emas seberat 4.2kg berharga RM5.23 juta turut dipamerkan.
Read More

Proses Pilihan Raya Umum Ke-13 Sejurus Parlimen Bubar

Leave a Comment

Proses Pilihan Raya Umum Ke-13 Sejurus Parlimen Bubar

Berikut proses yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan, sejurus Parlimen dibubarkan:

1. SPR mengumumkan tarikh pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari

2. SPR mengumumkan tarikh penamaan calon

3. SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi

4. SPR mengumumkan tempoh berkempen

5. SPR membawa kertas-kertas undi ke pusat pengiraan undi

6. SPR melakukan proses pengiraan undi

7. SPR mengumumkan keputusan pilihan raya

8. SPR mengumumkan pembentukan kerajaan negeri dan pusat berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding
Read More

Parlimen Bubar dan PRU-13 dalam Tempoh 60 hari

Leave a Comment

Parlimen Bubar dan PRU-13 dalam Tempoh 60 hari

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya.
Read More

Ucapan Langsung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di TV Pukul 11.30 Pagi

Leave a Comment

Ucapan Langsung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di TV Pukul 11.30 Pagi

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan berucap secara langsung di televisyen dari pejabatnya pada pukul 11.30 pagi mengikut kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Ucapan tersebut dipercayai untuk mengumumkan pembubaran Parlimen sekali gus membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.
Read More

Pembayaran Sekali RM1,000 Kepada 40,000 Kakitangan Petronas

1 comment
Pembayaran Sekali RM1,000 Kepada 40,000 Kakitangan Petronas

Kerajaan telah bersetuju dengan keputusan yang diputuskan oleh Lembaga Petronas untuk memberikan pembayaran sekali sebanyak RM1,000 kepada 40,000 kakitangannya.

Pembayaran RM1,000 sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan Kumpulan Syarikat Petronas.

Lembaga dan pengurusan Petronas telah mengesyorkan dan kerajaan bersetuju dengan pembayaran sekali sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan Kumpulan Syarikat Petronas.
Read More

Universiti Oxford Tewaskan Universiti Cambridge Lumba Perahu Edisi Ke 159

Leave a Comment

Universiti Oxford Tewaskan Universiti Cambridge Lumba Perahu Edisi Ke 159

Pasukan daripada Universiti Oxford telah berjaya menewaskan Universiti Cambridge untuk muncul juara perlumbaan perahu untuk edisi ke-159.

Pasukan Oxford berjaya memenangi perlumbaan sejauh 6.8 kilometer dengan catatan masa 17 minit dan 27 saat.

Pasukan Universiti Cambridge memenangi perlumbaan itu pada tahun 2012.

Kedua-dua buah universiti tertua di Britain bertanding acara perahu buat kali pertama tahun 1829 sebelum meneruskan tradisi itu pada tahun 1856.

Universiti Cambridge menjadi juara sebanyak 81 kali berbanding Oxford hanya mencatatkan 77 kemenangan.
Read More

Siti Saleha Berhasrat Reka Kasut Sendiri

Leave a Comment
Siti Saleha Berhasrat Reka Kasut Sendiri


Siti Saleha mempunyai minat yang mendalam untuk memperagakan fesyen, beliau juga mengakui mempunyai hasrat untuk menghasilkan rekaan kasut sendiri.

Pelakon ini terkenal daripada drama Nora Elina menjelaskan beliau cuba merealisasikan secara berperingkat sehingga benar-benar berjaya dilaksanakan sepenuhnya.

Saleha berminat dalam bidang ini dan hanya akan reka kasut untuk kegunaan sendiri.

Peluang dan masa akan digunakan untuk lebih serius dalam bidang tersebut.
Read More