Ayu Raudhah Lahirkan Bayi Lelaki

1 comment

Ayu Raudhah Lahirkan Bayi Lelaki

Pelakon Ayu Raudhah Che Wan berumur 28 tahun selamat melahirkan anak lelaki sulung pada pukul 2.17 petang 29 Mac 2013 di Hospital Columbia, Johor Bahru. 

Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak berumur 26 tahun suami kepada Ayu Raudhah iaitu pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim menyatakan isterinya melahirkan bayi seberat 2.79 kilogram dalam keadaan normal.

Zaquan Adha bersyukur semuanya berjalan lancar dan selamat serta isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

Zaquan dan Ayu masih belum memutuskan nama yang ingin diberikan kepada anak mereka. 
Read More

Kampung Tanduo Hanya Tinggal Nama

Leave a Comment

Kampung Tanduo Hanya Tinggal Nama

Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo tidak hanya mengorbankan nyawa tetapi turut melenyapkan identiti kampung nelayan yang wujud sejak 50 tahun lalu.

Kampung dalam gugusan Tanjung Labian di Felda Sahabat bakal tinggal nama apabila 20 keluarga yang merupakan penghuni asal kampung tersebut akan dipindahkan ke Kampung Sungai Mira.

Jarak antara Kampung Tanduo dengan Kampung Sungai Mira kira-kira 20 kilometer.

Kebanyakan mereka berada di pusat penempatan sementara dan pemindahan akan dilakukan dalam masa terdekat.
Read More

Serangan Siber Jejas Internet Global

Leave a Comment

Serangan Siber Jejas Internet Global

Operasi internet di seluruh dunia terjejas semalam akibat serangan siber terbesar dan kumpulan anti-spam telah membuat serangan balas bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Kesannya ke atas perkhidmatan Netflix dan pakar internet bimbang perkara ini juga akan menjejaskan perkhidmatan sistem perbankan dan e-mel.

Spamhaus berpangkalan di London dan Geneva sedang membantu menapis kandungan e-mel dan spam tidak diingini.

Lima negara menyiasat serangan siber ini dan Spamhaus mendakwa Cyberbunker bekerjasama dengan kumpulan penjenayah dari Eropah Timur dan Russia yang bertanggungjawab dengan serangan siber ini.
Read More

DUN Negeri Sembilan Catat Sejarah Terbubar Secara Automatik

Leave a Comment

DUN Negeri Sembilan Catat Sejarah Terbubar Secara Automatik

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah mencatat sejarah tersendiri apabila negeri pertama terbubar secara automatik selepas tempoh penggal lima tahun matang.

Menteri Besar iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan telah memberitahu tempoh DUN negeri tamat pada pukul 12 tengah malam tadi iaitu genap lima tahun persidangan pertama penggal ke-12 berlangsung pada 27 Mac 2008.

Hari ini DUN negeri terbubar dengan sendirinya dan sebuah kerajaan sementara akan wujud secara automatik.
Read More

Karnival Pelancongan Lima 2013

Leave a Comment
Karnival Pelancongan Lima 2013

Karnival Pelancongan Lima berlangsung serentak dengan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (Lima 2013) di Medan Letak Kenderaan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Kuah.

Karnival yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dibuka daripada jam 11 pagi sehingga 12 tengah malam.

Karnival diadakan untuk menonjolkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pelbagai budaya seiring dengan tema "Malaysia Truly Asia".
Read More

Enam Pangkalan Baru di Sabah ditambah Maritim Malaysia

Leave a Comment

Enam Pangkalan Baru di Sabah ditambah Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan mewujudkan enam pangkalan baharu di pesisir pantai Sabah selaras dengan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) bertujuan meningkatkan kawalan keselamatan.

Pihak berkuasa turut mengerakkan lima kapal dan lima bot perondanya sebagai tambahan kepada 52 aset permukaan laut sedia ada.

Enam pangkalan serta pos kawalan dibangunkan di Kudat, Felda Sahabat, Kunak, Indera Sabah, Beluran dan Jambongan bagi memantau keselamatan perairan Sabah selain bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain.
Read More

Hari Terbuka Kampus Universiti Nilai 2013

Leave a Comment
Hari Terbuka Kampus Universiti Nilai 2013

Kampus Universiti Nilai akan mengadakan Hari Terbuka bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk mendapatkan maklumat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati. Program ini akan dilaksanakan pada 30 & 31 Mac serta 6 & 7 April pada pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang. Kesempatan terbaik patut diambil oleh lepasan SPM dan STPM yang baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan masing-masing. Segala maklumat tambahan berkenaan Hari Terbuka ini boleh dilihat di program Hari Terbuka Kampus Universiti Nilai.
Read More

Singa Laut Berjalan Atas Lintasan Pejalan Kaki

Leave a Comment
Singa Laut Berjalan Atas Lintasan Pejalan Kaki

Seekor singa laut berjalan atas lintasan pejalan kaki di sebatang jalan raya di Balneario Camboriu, Brazil.

Orang ramai terkejut melihat haiwan sepanjang tiga meter itu keluar dari laut dekat bandar ini menyeberangi jalan.

Beberapa buah kereta dan orang ramai berhenti memberi laluan kepada haiwan tersebut menyeberangi jalan manakala anggota-anggota polis dan ahli bomba mencurahkan air ke arah haiwan untuk mengelakkan badannya menjadi kering.

Akhirnya, haiwan tersebut kembali ke laut selepas satu jam 30 minit berada di daratan.
Read More

Bayi Maut Terkena Bilah Helikopter Kawalan Jauh

Leave a Comment

Bayi Maut Terkena Bilah Helikopter Kawalan Jauh

Kemeriahan perasmian padang bola sintetik pertama di Malaysia bernilai RM2.5 juta yang disempurnakan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi mimpi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia 18 bulan maut terkena bilah helikopter kawalan jauh.

Ia diterbangkan sebagai gimik perasmian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.

Nur Damia Husnina mengalami kecederaan di kepala disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Bapanya berusia 40-an turut cedera di kepala dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Kejadian berlaku jam 9.55 malam apabila Nur Damia sedang tidur nyenyak di bahu bapanya yang berdiri tidak jauh dari pentas utama di mana sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran hilang kawalan dan jatuh menimpa penonton.

Tiga lagi mangsa yang belum dipastikan identitinya turut cedera terkena serpihan helikopter berkenaan.
Read More

Sebiji Mangkuk Bernilai RM7 Juta

Leave a Comment

Sebiji Mangkuk Bernilai RM7 Juta

Sebiji mangkuk dibeli dengan harga kurang AS$3 (RM9) telah dilelong pada harga AS$2.23 juta (RM6.69 juta) di Sotheby.

Mangkuk kecil China dikenali sebagai ‘Ding’ berusia 1,000 tahun dibuat semasa pemerintahan dinasti Song yang mentadbir China dari tahun 960 hingga tahun 1279.

Mangkuk serupa diketahui wujud dipamerkan di Muzium Britain sejak 60 tahun lalu.

Sotheby menganggarkan mangkuk itu mungkin akan dijual antara RM600,000 hingga RM900,000 tetapi dua pembida bersaing sengit untuk memilikinya dan peniaga seni terkenal di London iaitu Giuseppe Eshenazi memperolehnya dengan harga RM6.69 juta.
Read More

Maxis Menawarkan Internet 21Mbps

Leave a Comment

Maxis Menawarkan Internet 21Mbps

Maxis menawarkan kelajuan baru pakej Wi-Fi bagi kediaman dengan memperkenalkan modem Wi-Fi 21Mbps.

Kelajuan internet yang lebih pantas membolehkan pelanggan menonton video definisi tinggi tanpa gangguan dan memuat naik atau memuat turun fail besar pada kelajuan lebih dua kali ganda berbanding sebelum ini.

Modem WiFi kediaman 21Mbps didapati secara percuma dengan pakej Wi-Fi Kediaman Maxis 20GB, 28GB dan 48GB.

Pelan 20GB pada harga RM99 sebulan, pelan 28GB pada harga RM139 sebulan dan pelan 48GB pada harga RM169 sebulan. 

Turut diperolehi ialah 200 hingga 300 minit suara percuma panggilan ke nombor tetap dan mudah alih di seluruh negara dan modem Wi-Fi kediaman 21Mbps serta telefon DECT bernilai RM580 percuma.
Read More

Setiap Warga Telekom Malaysia Terima Wang Sagu Hati RM500

Leave a Comment

Setiap Warga Telekom Malaysia Terima Wang Sagu Hati RM500
Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembayaran wang tunai sagu hati RM500 kepada semua warga kerja Telekom Malaysia (TM)sehingga kepada kakitangan kontrak dan sementara.

Perkara ini diumumkan pada majlis Ramah Mesra PM bersama TM di ibu pejabat TM Bangsar. 

Pembayaran akan dibuat pada 25 Mac ini.
Read More

Perisai Berantai Tambah Kekuatan Ops Daulat

Leave a Comment
Perisai Berantai Tambah Kekuatan Ops Daulat

Pasukan keselamatan masih meneruskan misi Ops Daulat mendapat kekuatan tambahan menggunakan kereta perisai berantai untuk membantu mengukuhkan penguasaan di gugusan Kampung Tanjung Labian.

Kereta perisai berantai ACV-300S Adnan memasuki kawasan Felda Sahabat selepas mengharungi perjalanan jauh kira-kira 300 kilometer dari Tawau.

17 buah kereta perisai berantai termasuk sebuah bagi tujuan perubatan memasuki kawasan Felda Sahabat diiringi 17 buah trak tentera berkekuatan 200 anggota.
Read More

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 Khamis 21 Mac 2013

Leave a Comment

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 Khamis 21 Mac 2013

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada hari Khamis 21 Mac 2013.

Keputusan boleh didapatkan oleh pelajar lepasan SPM di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi dan juga keputusan calon persendirian dimaklumkan melalui pos.

Keputusan juga boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak Nombor Kad Pengenalan jarak Nombor Angka Giliran seterusnya hantar ke 15888.
Read More

Samsung Lancar Galaxy S4

Leave a Comment

Samsung Lancar Galaxy S4

Samsung iaitu peneraju global media digital dan teknologi telah mengumumkan pelancaran generasi keempat Galaxy S iaitu Galaxy S4.

Telefon ini dengan reka bentuk hebat berskrin 5 inci, bateri 170 gram dan setipis 7.9 milimeter. Ia mempunyai paparan Super AMOLED HD pertama di dunia dan kamera 13Mp.

Ia lebih nipis tetapi lebih kukuh dan mudah dipegang tetapi lebih banyak kelebihan.

Dua pilihan warna iaitu hitam dan putih untuk permulaan seterusnya pilihan warna tambahan menyusul akhir tahun 2013.
Read More

Wan Zack dan Nazirul Naim ke FC Ryukyu Jepun

1 comment

Wan Zack dan Nazirul Naim ke FC Ryukyu Jepun

Bek kiri Harimau Muda A, Nazirul Naim Che Hashim melakukan kejutan apabila terpilih ke kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu bersama pemain sayap Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Noor. Wan Zack merupakan pemain yang mampu beraksi di posisi sayap.

Nazirul berumur 20 tahun mempunyai kekuatan semulajadi kaki kiri dan menjadi pilihan dalam kesebelasan utama Harimau Muda A malah mampu beraksi sebagai sayap kiri.

Pemilihan kedua-dua pemain dimaklumkan oleh jurulatih Harimau Muda A iaitu Ong Kim Swee yang mengatakan Ryukyu mempunyai sebab tersendiri memilih Wan Zack dan Nazirul.
Read More

2 Anggota Tentera Terkorban Dinaik Pangkat Koperal

Leave a Comment

2 Anggota Tentera Terkorban Dinaik Pangkat Koperal

Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan dua anggota tentera terkorban dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah iaitu Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Prebet Ahmad Farhan Roslan dinaikkan pangkat sebagai Koperal.

Kedua-dua mereka diberikan kenaikan pangkat dan imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa mereka melalui beberapa faedah perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ia merupakan tanda prihatin ATM atas jasa mereka berjuang di Lahad Datu.
Read More

Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Selamat Tiba

1 comment

Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Selamat Tiba

Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail berusia 24 tahun yang gugur ditembak pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi tadi.

Pesawat tiba kira-kira jam 7.45 pagi dan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan.

Jenazah dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berpangkalan di Tawau.
Read More

Keputusan STPM Isnin 18 Mac 2013

Leave a Comment
Keputusan STPM Isnin 18 Mac 2013

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan pada hari Isnin 18 Mac 2013.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Laman web MPM juga boleh dilayari di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari iaitu pada hari yang sama.
Read More

Pelajar Ditipu RM76,100 Nak Beli iPhone 5 Murah

Leave a Comment

Pelajar Ditipu RM76,100 Nak Beli iPhone 5 Murah

Teruja untuk membeli telefon bimbit pintar iPhone 5 dengan harga murah telah menyebabkan seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta mengalami kerugian RM76,100 selepas diperdaya individu menjual peralatan tersebut menerusi internet.

Teo berumur 21 tahun berkata suspek dari Nigeria menawarkan sebuah iPhone 5 dengan harga RM932.96 dan berjanji menghantar telefon bimbit dalam masa dua hingga tiga hari selepas pembayaran dibuat.

Teo menempah 75 buah iPhone 5 melalui iklan Shop Gadget Store di sebuah laman web sebelum membuat pembayaran RM55,000 kepada seorang lelaki dikenali Yemi Williams dengan cara kiriman wang.

Teo juga membayar RM5,000 lagi sebagai kos kastam bagi membolehkan barangan tersebut dihantar ke rumah tetapi akhirnya dia sedar bahawa dia telah pun ditipu oleh penjual tersebut.
Read More

Upin & Ipin Duta Unicef Malaysia

Leave a Comment
Upin & Ipin Duta Unicef Malaysia

Animasi popular Malaysia iaitu Upin & Ipin telah dipilih oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) Malaysia sebagai Duta Negara bagi kanak-kanak.

Populariti dua Duta Negara muda boleh membantu memperjuangkan hak dan kesejahteraan kanak-kanak, di samping menyemai sikap menghormati perempuan dan wanita.

Upin & Ipin menghantar satu mesej penting bahawa lelaki tulen tidak sesekali akan membuli, memukul atau mencederakan orang perempuan.

Mereka akan terus menjadi suara penting dan contoh menarik bagi kanak-kanak di Malaysia.
Read More

Lelaki Berumur 106 Tahun Terima Diploma

Leave a Comment

Lelaki Berumur 106 Tahun Terima Diploma

Seorang lelaki berumur 106 tahun mendapat segulung diploma selepas terpaksa menangguhkan pelajarannya demi membantu ibu dan lima adiknya.

Fred Butler dianugerahkan diploma kehormat dalam majlis penuh emosi di Massachusetts, Amerika Syarikat.

Beliau amat berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantunya sehingga memperoleh diploma.
Read More

Pierre Andre Nikah Jun 2013

Leave a Comment

Pierre Andre Nikah Jun 2013

Pelakon dan juga pengarah yang berbakat besar iaitu Pierre Andre atau Mohd Pierre Andre Nazrul Andre berumur 28 tahun tidak mahu menunggu lama dan memilih Jun 2013 untuk melangsungkan perkahwinannya.

Dia tidak mahu melengahkan pernikahan dengan tunangnya iaitu Siti Nurhidayah Hashim berumur 25 tahun kerana ingin menggelakkan fitnah.

Dia hendak bernikah secepat mungkin supaya hubungan mereka tidak diperkatakan.

Majlis resepsi pula akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Read More

RM600 Juta Bantu Usahawan Bumiputera

Leave a Comment

RM600 Juta Bantu Usahawan Bumiputera

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan dana tambahan sebanyak RM600 juta untuk membantu usahawan bumiputera.

RM400 juta daripada dana tambahan akan diuruskan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri manakala baki RM200 juta masing-masing RM100 juta diuruskan oleh Mara dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB).

Peruntukan RM400 juta pihak EPU akan menyalurkannya kepada para usahawan bumiputera khusus menjayakan program-program perniagaan yang strategik.

Kenaikan had pinjaman agensi Mara dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional daripada RM50,000 kepada RM100,000.

Had dana pembiayaan Mara juga dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta.
Read More

Kutip Botol Bagi Membuat Pakaian

Leave a Comment

Kutip Botol Bagi Membuat Pakaian

Kira-kira 40 sukarelawan meredah timbunan botol plastik di sebuah kawasan kitar semula untuk diproses menjadi pelbagai barangan yang boleh digunakan semula.

Ia dikendalikan kumpulan kebajikan terbesar di Taiwan iaitu Yayasan Tzu Chi yang mempunyai 5,400 stesen kitar semula dan lebih daripada 76,000 sukarelawan.

Ratusan sukarelawan berkhidmat melakukan pengasingan dan mengitar semula plastik terbuang bersama botol kaca serta kelengkapan elektronik.

Botol kitar semula dirawat dan diproses dalam prosedur 13 langkah untuk ditukarkan menjadi tekstil seperti selimut, pakaian dan anak patung.

Yayasan telah mengagihkan lebih 460,000 selimut diperbuat daripada botol plastik sejak tahun 2007 bagi kegunaan bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara.
Read More

Telefon Bimbit Tak Perlu Caj 15 tahun

Leave a Comment

Telefon Bimbit Tak Perlu Caj 15 tahun

Telefon bimbit baru SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun dengan hanya menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA.

Gajet tersebut disertakan dengan pek kalis air supaya dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang.

Pengguna tidak perlu berlanggan dengan pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi masih memerlukan kad SIM jika hendak membuat panggilan biasa.

Ia menghantar lokasi pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat.
Read More