Bayi Della Loh Zi Qing Maut Tercampak Dari Kereta

Leave a Comment

Bayi Della Loh Zi Qing Maut

Seorang bayi berusia 20 bulan telah terbunuh dan lima ahli keluarganya cedera parah apabila kereta mereka terbabas di Kilometer 26.51 Lebuhraya Karak.

Kira-kira jam 4.30 petang, bayi yang terbunuh iaitu Della Loh Zi Qing bersama dua lagi penumpang lain dipercayai tercampak keluar dari kereta dinaiki.

Kesemua mereka dari arah Gombak ke Kuala Lumpur dikejarkan ke hospital sejurus selepas kejadian.

Bayi tersebut mengalami kecederaan dalaman serius disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang.
Read More

21 Bayi Diselamatkan Daripada Dijual

Leave a Comment

21 Bayi Diselamatkan Daripada Dijual

Polis cekap mengesan sindiket penjualan bayi melalui ‘Ops Pintas Sayang 2 dilancarkan di seluruh negara kerana berjaya menyelamatkan 21 bayi dan kanak-kanak daripada menjadi mangsa aktiviti pemerdagangan manusia.

Polis turut memberkas 43 individu disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan.

Kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan dalam proses untuk dijual dan mampu mengaut keuntungan lebih RM600,000 hasil urus niaga tersebut.
Read More

Si Tanggang Sepak Ibu Kandung Kena Jel 24 Bulan

Leave a Comment

Si Tanggang Sepak Ibu Kandung Kena Jel 24 Bulan

Perbuatan biadab dan kurang ajar seorang anak apabila menyepak, menumbuk kepala dan mengugut hendak menikam ibu kandungnya telah berbalas apabila dia dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret.

Mohd. Syaridan Awang Ahmad berumur 27 tahun didakwa mengugut dengan menggunakan sebilah pisau dan gunting apabila ibunya iaitu Che Saniyah Che Soh berumur 56 tahun enggan memberinya wang.

Perkara ini berlaku di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh Badang pukul 12.30 tengah malam pada 13 Januari 2013.
Read More

Kampung Oymyakon Paling Sejuk di Dunia

Leave a Comment

Kampung Oymyakon Paling Sejuk di Dunia

Perkampungan terpencil bernama Oymyakon di timur laut Rusia merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C).

Pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.

Ia juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat - 50°C.

Penduduk bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.

Penduduk tempatan terpaksa menghidupkan enjin kenderaan sepanjang hari kerana takut enjin rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi.
Read More

Puchong Alami Banjir Kilat Terburuk

Leave a Comment
Puchong Alami Banjir Kilat Terburuk

Beberapa buah kenderaan terperangkap selepas ditenggelami banjir kilat sedalam 1.5 meter berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di Bandar Puchong Jaya.

Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang menyebabkan kawasan itu ditenggelami air dan surut kira-kira pukul 6 petang.

Ianya pertama kali melanda sejak beberapa tahun lalu dan agak teruk kerana melibatkan kerosakan beberapa buah kenderaan.


Read More

Kenduri Kahwin Tanpa Pengantin

Leave a Comment
Kenduri Kahwin Tanpa Pengantin

Majlis perkahwinan bertukar menjadi kenduri doa selamat selepas pengantin perempuan menghilangkan diri tiga hari sebelum dinikahkan.

Norazlina Ismail berumur 23 tahun sepatutnya diijab kabul dengan tunangnya tetapi terpaksa dibatalkan selepas dia gagal pulang ke rumah.

Kehilangan anak kelima daripada enam beradik itu disedari selepas dia gagal pulang ke rumah mereka di Taman Pekatra, Simpang Ampat.

Dia tiada masalah dengan keluarga atau tunangnya dan Norazlina mahu mengahwini lelaki itu kerana mereka sudah tiga tahun mengikat tali pertunangan.
Read More

Honda EX5 Digantung Akibat Cuba Curi Wang Masjid

Leave a Comment

Honda EX5 Digantung Akibat Cuba Curi Wang Masjid

Akibat marah dengan dua lelaki yang cuba mencuri wang tabung masjid, penduduk Kampung Surau Haji Mat Zain bertindak menggantung motosikal ditinggalkan suspek pada sebatang tiang telefon.

Seorang penduduk ternampak dua lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di dalam perkarangan masjid kampung pada waktu malam dan dua orang lelaki terkejut melarikan diri apabila penduduk kampung tiba di masjid tersebut.

Suspek terbabit ditunggu jika mereka datang hendak menurunkan motosikal tetapi hampa apabila tidak juga muncul-muncul.

Motosikal jenis Honda EX5 diturunkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Read More

Video Meteor Terhempas di Rusia

1 comment
Video Meteor Terhempas di Rusia

Meteor dari angkasa telah menimpa negara Rusia pagi tadi pada waktu tempatan yang menyebabkan bola api telah mengejutkan ramai dan mencederakan lebih 1,000 orang Di Chelyabinsk, wilayah Ural, timur Moscow, Rusia.

Satu cahaya terang berwarna putih muncul di langit untuk beberapa saat diikuti dengan bunyi "bang" yang sangat kuat seperti letupan.

Seramai 20,000 petugas kecemasan dikerah ke Chelyabinsk dengan tiga pesawat tentera udara untuk merawat mangsa yang cedera.

Read More

Nasi Goreng Terbesar di Dunia

Leave a Comment

Nasi Goreng Terbesar di Dunia

52 orang tukang masak dari beberapa buah restoran Cina telah memasak nasi goreng Kantonis seberat 1,345 kilogram untuk dihidangkan kepada 7,000 orang.

Nasi goreng itu dimasak menggunakan sebuah kuali yang besar.

Seorang juri dari Guinness Book of World Records membuat penilaian dan mengiktiraf perkara tersebut sebagai nasi goreng terbesar di dunia.
Read More

Cassius Buaya Terbesar Dunia

Leave a Comment

Cassius Buaya Terbesar Dunia

Seekor buaya gergasi sepanjang 5.48 meter seberat satu tan dan berumur 110 tahun bernama Cassius telah memperoleh semula gelaran buaya terbesar di dunia yang dipelihara di dalam kurungan selepas kematian buaya bernama Lolong.

Cassius dipamerkan di taman buaya Marineland Melanesia, Pulau Green yang terletak dekat Cairns, Australia.
Read More

Semakan Online Permohonan Masuk Tingkatan 4 MRSM 2013

Leave a Comment

Semakan Online Permohonan Masuk Tingkatan 4 MRSM 2013

Bagi ibu bapa dan pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) boleh membuat Semakan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2013 samada layak atau tidak.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Ke Tingkatan 4 Tahun 2013 boleh disemak bermula daripada 4 Februari 2013 melalui laman link pautan di sini

atau 

boleh menyemak melalui perkhidmatan mySMS : mara < jarak > mrsm < jarak > angka giliran dan hantar ke 15888
Read More

Ana Dahlia Kemalangan Kereta di Jalan Genting Klang

Leave a Comment

Ana Dahlia Kemalangan Kereta di Jalan Genting Klang

Pelakon Ana Dahlia nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Genting Klang.

Ianya melibatkan kereta jenis Proton Iswara dipandu A. Chandran Segaran berumur 30 tahun, Toyota Vios yang dipandu Ana Dahlia dan sebuah van dinaiki tiga lelaki.

Kereta Ana Dahlia tersadai di atas benteng pembahagi jalan akibat dirempuh kuat.

Kereta Chandran Segaran terbabas ketika dalam perjalanan dari Gombak ke pusat bandar lalu merempuh dua lagi kenderaan tetapi semua yang terlibat tidak mengalami kecederaan serius.

Read More

Buaya Terbesar Bernama Lolong Mati di Filipina

Leave a Comment

Buaya Terbesar Bernama Lolong Mati di Filipina

Seekor buaya jantan air masin yang terbesar pernah dipelihara di dalam kurungan di Filipina iaitu Lolong mati selepas 17 bulan reptilia itu ditangkap.

Lolong berukuran 6.17 meter panjang mati akibat penyakit misteri di sebuah taman ekopelancongan di Bunawan, Pulau Mindanao.

Taman itu dibina oleh kakitangan perbandaran untuk mempamerkan buaya berkenaan.
Read More

Shila Amzah Berkongsi Pentas Bersama Psy di Pulau Pinang Esok

Leave a Comment

Shila Amzah Berkongsi Pentas Bersama Psy di Pulau Pinang

Shila Amzah yang merupakan anak penyanyi ND Lala sah akan mengadakan persembahan pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN).

Shila akan berkongsi pentas dengan penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan iaitu Psy pada majlis yang akan berlangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.
Read More

Diskaun Tahun Baru Cina Daripada Maxis

Leave a Comment

Diskaun Tahun Baru Cina Daripada Maxis

Maxis menawarkan diskaun istimewa untuk panggilan dan perantauan bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Ianya merangkumi diskaun 30 peratus untuk panggilan IDD ke Australia, China, Hong Kong, Macau, Vietnam, Myanmar, Singapura, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 10 Februari ini.

Pelanggan juga akan menikmati diskaun 50 peratus untuk panggilan tempatan ke nombor-Maxis dan Hotlink bermula jam 10 pagi hingga 2 petang pada 10 dan 11 Februari 2013. Ia dipaparkan dalam bil bulanan pelanggan yang berikutnya.

Panggilan juga boleh dibuat ke Malaysia dari China, Hong Kong dan Taiwan hanya RM2.99 seminit dengan perkhidmatan Easy Callback Maxis.

Pelanggan perlu mendail *100# daripada telefon mudah alih mereka dan sah daripada 10 hingga 28 Februari 2013 sahaja.
Read More

Bonus Tahunan 6.5% dan Bonus Khas 1.5% Tabung Haji

Leave a Comment

Bonus Tahunan 6.5% dan Bonus Khas 1.5% Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) telah pun mengumumkan  bonus tahunan 6.5 peratus dan juga bonus khas 1.5 peratus yang mula dibayar pada 10 Februari ini kepada 8.2 juta pendeposit.

Sambutan Jubli Emas TH, Tabung Haji telah memberi hadiah istimewa kepada para pendeposit.
Read More

England Kalahkan Brazil 2-1 di Stadium Wembley

Leave a Comment
England Kalahkan Brazil 2-1 di Stadium Wembley

England memulakan tahun baru 2013 dengan bergaya apabila menewaskan Brazil 2-1 di Stadium Wembley.

Wayne Rooney dan Frank Lampard menjaringkan gol untuk England manakala gol Brazil dijaringkan oleh Fred.

Read More

Tempoh Sah Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia Dilanjut Tiga Bulan

Leave a Comment
Tempoh Sah Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia Dilanjut Tiga Bulan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melanjutkan tempoh untuk penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari 1 bulan kepada 3 bulan.

Sesiapa berjaya mendaftar dan telah menerima pengesahan berjaya pada awal Januari tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh sah telah dilanjutkan ke 3 bulan dari tarikh pendaftaran asal dan bukannya lagi 1 bulan.

Syarikat-syarikat telekomunikasi dan wakil-wakil penjual yang dilantik juga telah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh tersebut.

Terdapat lebih 4,500 wakil penjual seluruh negara yang menawarkan hampir 70 model telefon pintar.
Read More

Rambo Bentong Dipenjara 115 Tahun

Leave a Comment

Rambo Bentong Dipenjara 115 Tahun

Seorang perogol bersiri dikenali sebagai 'Rambo Bentong' dipenjara 115 tahun dan 50 sebatan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap empat tuduhan rogol dan satu tuduhan melakukan seks luar tabii.

Hukuman dijatuhkan terhadap Rabidin Satir berumur 42 tahun berasal dari Tambunan, Sabah dengan setiap kesalahan rogol dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan sebatan 10 kali sementara bagi kesalahan meliwat Rabidin dihukum penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali.

Kesemuanya diperintah berjalan berturut-turut mulai tarikh dia ditangkap pada 14 November lalu.
Read More

Fizo Omar Minat Haas Jaafar

Leave a Comment

Fizo Omar Minat Haas Jaafar

Fizo Omar berumur 28 tahun telah mengaku sedang mengenali hati budi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Keusahawanan dari Universiti Limkokwing iaitu Haas Jaafar berumur 25 tahun.

Fizo mengenali Haas beberapa bulan lalu melalui rakan.

Fizo berkata Haas merupakan anak kelahiran Sungai Petani, Kedah begitu serasi dengannya malah hubungan mereka turut diketahui keluarga wanita terbabit.
Read More

Honda MPV Freed Baru

Leave a Comment

Honda MPV Freed Baru

Honda Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu Freed baru di Malaysia dengan menggunakan teknologi inovasi yang menawarkan keluasan, reka bentuk bergaya, ciri-ciri canggih dan berkualiti.

Ia dalam dua varian iaitu gred S dan E. Gred S dengan warna Brilliant White Pearl, Polished Metal Metallic dan Crystal Black Pearl manakala gred E didatangkan dalam warna Brilliant White Pearl

Ianya Pakej lengkap yang memiliki keselesaan premium, kabin luas dan kemudahan terbaik untuk memberikan pengalaman pengembaraan berkualiti kepada pemilik. 

Harga atas jalan untuk Freed S adalah RM99,800 manakala Freed E ialah (RM113,500).
Read More

AG Hot FM dan Scha Al Yahya Hos Baru Muzik Muzik 28

Leave a Comment

AG Hot FM dan Scha Al Yahya Hos Baru Muzik Muzik 28

Muzik Muzik telah memberi nafas baru dengan menggandingkan penyampai radio Hot FM, AG dan juga pelakon terkenal Scha Al Yahya.

Ianya memberi kelainan selain menyuntik elemen baharu supaya rancangan itu kekal bertahan.

AG popular di stesen radio Hot FM dan Scha terkenal dengan bakat pengacaraan televisyen.

Mereka boleh mencapai keserasian dan merupakan pilihan yang tepat.
Read More

Nazmi Faiz Mansor Sah Milik Kelab Selangor PKNS

Leave a Comment
Nazmi Faiz Mansor Sah Milik Kelab Selangor PKNS

Nazmi Faiz Mansor kini sah menjadi milik kelab Selangor PKNS.

Dia menandatangani kontrak selama tiga tahun tetapi nilai perpindahan tidak didedahkan.

Kedatangan Nazmi ke kelab itu ibarat ‘durian runtuh’ dan berharap kehadirannya bakal memperkukuhkan pasukan yang menghuni tangga kelapan saingan Liga Super ketika ini.
Read More

Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan Selamat Bernikah

Leave a Comment

Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan Bernikah

Liyana Jasmay telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya iaitu Fathuddin Mazlan dengan dua kali lafaz pada jam 10.30 pagi tadi.

Mereka dinikahkan oleh bapa Liyana, Datuk Jasmay Md Shah.

Liyana menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas dengan wang hantaran RM28,388.

Majlis berlangsung dengan meriah di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dan mereka akan bersanding pada malam ini.
Read More

Aznil Nawawi Dikurnia Datuk Sempena Hari Wilayah

Leave a Comment
Datuk Aznil Nawawi

Pengacara terkenal tanah air iaitu Aznil Nawawi menjadi individu yang menarik perhatian daripada 283 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat, dalam istiadat penganugerahannya yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan. Beliau merupakan antara 41 individu dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sekaligus membawa gelaran Datuk.
Read More