Stereng Bas Sekolah Tertanggal

Leave a Comment

Stereng Bas Sekolah Tertanggal

Kejadian ini berlaku di Terengganu apabila seorang pemandu bas sekolah yang membawa 30 pelajar berdepan saat mencemaskan apabila stereng kenderaan tertanggal dan menyebabkan gagal dikawal hingga merempuh sebuah kereta di Kampung Tok Dir.

Pemandu yang bernama Mohd Imran Nordin berumur 25 tahun berkata stereng bas milik bapanya tiba-tiba tertanggal menyebabkan dia menekan brek bagi menghentikan kenderaan berkenaan.

Bas tetap bergerak dan merempuh sebuah kereta. Dia bersyukur kerana semua pelajar dalam basnya selamat.
Read More

AirAsia Tawar Penerbangan Tambahan Sempena Tahun Baru Cina

Leave a Comment

AirAsia Tawar Penerbangan Tambahan Sempena Tahun Baru Cina

AirAsia menawarkan penerbangan tambahan bagi laluan terpilih sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina pada bulan Februari ini.
   
Syarikat penerbangan tambang rendah itu telah mengumumkan penerbangan tambahan dari habnya di Johor Bahru ke empat destinasi iaitu Pulau Pinang, Kuching, Miri, Sibu serta dari habnya di Kuala Lumpur ke lima destinasi iaitu Sibu, Kuching, Tawau, Bintulu dan Pulau Pinang.
   
Penerbangan tambahan dari Pulau Pinang ke Kuching juga turut tersedia.
   
Tempat duduk untuk kesemua penerbangan tambahan ini sepanjang perayaan Tahun Baru Cina masih lagi ada untuk tempahan di www.airasia.com.
Read More

Laporan DNA Sahkan Mayat William Yau Zhen Zhong

1 comment

William Yau Zhen Zhong

Polis mengesahkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak lelaki ditemui terapung di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang adalah William Yau Zhen Zhong.

Ianya dikeluarkan Unit Forensik Jabatan Kimia setelah mengambil sampel rambut dan tulang mayat kanak-kanak itu.

Ujian yang dijalankan mendapati dua sampel itu sepadan dengan spesimen darah milik ibu William iaitu Goh Ying Ying dan bapanya, Yau Kok Kang.
Read More

Pertandingan Wanita Berlari Dengan Kasut Bertumit Tinggi

Leave a Comment

Pertandingan Wanita Berlari Dengan Kasut Bertumit Tinggi

Satu pertandingan berlari yang disertai oleh wanita dengan menggunakan kasut bertumit tinggi diadakan di bandar raya San Salvador di negera El Salvador.

Setiap kasut yang dipakai oleh para peserta wanita telah diukur oleh kakitangan pertandingan bagi memastikan ia mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Read More

Jadual Pusingan Kedua Piala FA 26 Februari 2013

Leave a Comment



Jadual Pusingan Kedua Piala FA 26 Februari 2013

Kesemua perlawanan pada pusingan pertama Piala FA 2013 tenyata memang sengit sehingga ada pasukan yang terpaksa bermain pada masa tambahan dan ada yang ditentukan menerusi sepakan penalti untuk mara ke peringkat seterusnya. Selepas ini adalah pusingan kedua Piala FA 2013 pada 26 Februari 2013.

Jadual pusingan kedua 26 Februari:

Terengganu lwn Pulau Pinang

Pulau Pinang PBAPP lwn Sarawak

Selangor lwn Sabah

Sime Darby lwn T-Team

Kedah lwn Johor Darul Takzim FC

Pahang lwn ATM Tentera Darat

Negeri Sembilan lwn Pos Malaysia

PKNS lwn Kelantan
Read More

Keputusan Penuh Pusingan Pertama Piala FA 2013

Leave a Comment

Keputusan Penuh Pusingan Pertama Piala FA 2013

Berikut merupakan beberapa perlawanan pusingan pertama Piala FA 2013 yang telah pun berlangsung di venue pertandingan masing-masing. Semua pasukan yang memenangi perlawanan ini layak untuk ke pusingan kedua Piala FA 2013. 

Sarawak                    3         Melaka                          0
    
PBAPP FC                  5         Preach Khan Reach FC    1
    
Kuala Lumpur             0         Pos Malaysia FC              5
    
PDRM                        1         Pulau Pinang                   2
    
SPA Putrajaya FC        1         Terengganu                    3
    
Kedah                        3         NS Betaria FC                0
    
Johor Darul Takzim     1         Perak                            0
    
Sabah                         2         Felda United FC             1
    
Selangor                   2         ATM                        2     (Selangor menang 3-2 selepas penalti)
    
Johor                         2         Pahang                           3
    
Pahang Kuantan Port    0         Tentera Darat FC             2
    
T-Team                      3         Perlis                              2


PKNS                         1         Lions XI                           0

UiTM FC                     0        Negeri Sembilan               2

Read More

15,000 Buaya Terlepas di Afrika

Leave a Comment

15,000 Buaya Terlepas di Afrika

Penduduk di sebuah kampung terpaksa berada di dalam rumah sahaja kerana ribuan buaya dipercayai berkeliaran akibat kejadian banjir yang melanda di wilayah utara Afrika Selatan.

15,000 buaya bersaiz sehingga lima meter panjang terlepas dari Taman Buaya Rakwena selepas air sungai Limpopo melimpah.

Empangan air terpaksa dibuka kerana paras air ketika banjir mencecah tiga meter.

Penduduk mesti berhati-hati kerana buaya liar ini kebanyakannya berada dalam kelaparan.
Read More

Kedai Makan Rosak Dirempuh Kereta

Leave a Comment
Kedai Makan Rosak Dirempuh Kereta

Seorang pemilik kedai makan di Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang kerugian hampir RM10,000 apabila sebuah kereta Toyota Innova milik Jabatan Alam Sekitar (JAS) diletakkan di tepi jalan terpelanting merempuh kedai selepas dilanggar sebuah kereta lain yang terbabas.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 3.30 pagi. Kedai tersebut mengalami kerosakan di bahagian pintu, rak menyimpan makanan dan peralatan lain.
Read More

Buaya Bujang Suai Tumpas

Leave a Comment
Buaya Bujang Suai Tumpas

Seekor buaya ganas yang mendapat jolokan Bujang Suai itu tumpas di tangan dua pawang buaya tempatan, Nyegang Nawing berumur 53 tahun dan Agong Reyang berumur 70 tahun berjaya ditangkap dan dibunuh.

Buaya itu ditangkap hidup-hidup oleh kedua-dua pawang berkenaan pada pukul 8 pagi semalam selepas memakan umpan yang dipasang di Sungai Suai kira-kira dua kilometer dari Rumah Panjang Sulang Suai.
Read More

Tujuh Juta Isi Rumah Dan Individu Bujang Dapat BR1M 2.0 Bermula 1 Februari 2013

Leave a Comment

Tujuh Juta Isi Rumah Dan Individu Bujang Dapat BR1M 2.0 Bermula 1 Februari 2013

Tujuh juta isi rumah dan juga individu bujang bakal memperoleh bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bermula pada 1 Februari 2013.

Sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk pembayaran dibuat melalui Pejabat Daerah dan Pejabat Pegawai Pembangunan Zon di seluruh negara.

Tahun 2012 agihan BR1M kepada 4.1 juta isi rumah dan mereka masih layak untuk diberikan BR1M 2.0. Ianya akan dicampur dengan pemohon baru yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah dan juga orang bujang.
Read More

Kanak-kanak Dua Tahun Maut Akibat Dihempap Televisyen

Leave a Comment
Kanak-kanak Dua Tahun Maut Akibat Dihempap Televisyen

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dihempap televisyen bersaiz 29 inci di rumahnya di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai.

Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan sedang menonton televisyen ketika itu sambil bermain berhampiran rak televisyen.

Bapa mangsa, Lazzuan Ishak berumur 37 tahun sedang mandi manakala isterinya Waida Kasim berumur 27 tahun sedang bersolat.

Bunyi dentuman yang kuat berlaku dan Lazzuan Ishak melihat televisyen bersama rak meletak televisyen yang diperbuat daripada besi telah jatuh dan menimpa anaknya.
Read More

Zain Saidin Serius Nikahi Rozita Che Wan

Leave a Comment
Zain Saidin Serius Nikahi Rozita Che Wan

Zain Saidin akhirnya mengakui berhasrat menyunting aktres Rozita Che Wan sebagai suri hidupnya.

Jika mempunyai rezeki dan jodoh, dia dan Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta akan melangsungkan perkahwinan hujung pada tahun ini. Segala urusan perkahwinan diserahkan Rozita kepada Zain.

Zain perlu membuat persiapan dengan menyimpan wang secukupnya untuk majlis perbelanjaan perkahwinan.

Semuanya bergantung kepada rezeki untuk berkahwin mengikut perancangan yang ditetapkan. Jika menjadi kenyataan semoga perkahwinan mereka kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Read More

Real Madrid Kalahkan Valencia 5-0

Leave a Comment
Real Madrid Kalahkan Valencia 5-0

Real Madrid menang besar dengan Valencia 5-0 di tempat lawan dalam saingan La Liga yang berlangsung di Stadium de Mestalla, Valencia.

Kesemua lima gol dijaringkan pada separuh masa pertama.

Gonzalo Higuan membuka gol pertama melalui hantaran dari Angel Di Maria pada minit kesembilan.

Angel Di Maria menjaringkan gol kedua pada minit ke-34 hasil hantaran dari penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo.

Selang dua minit, Ronaldo menambah jaringan ketiga dan menyumbatkan gol keempat buat Madrid pada minit ke-41.

Gol kelima telah disempurnakan oleh Angel Di Maria Maria pada minit ke-45.

Read More

Restoran Robot di Harbin, China

1 comment

Restoran Robot di Harbin, China

Sebuah restoran di Harbin, China telah menggunakan 20 robot bagi melakukan pelbagai tugas termasuk memasak.

Restoran Robot di Harbin, China

Ada juga sesetengah robot menjadi penyambut tetamu dan pelayan dan robot-robot tersebut bekerja selama lima jam tanpa rehat.


Restoran yang dibuka sejak Jun 2012 telah menyediakan lebih 30 menu untuk dinikmati oleh pelanggannya.

Restoran Robot di Harbin, China
Read More

Bantuan RM100 Pelajar Diagihkan

Leave a Comment

Bantuan RM100 Pelajar Diagihkan

4.98 juta murid pelajar sekolah di seluruh negara menerima Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang yang mula diagihkan.

Bantuan ini memperuntukkan dana sebanyak RM540 juta untuk membantu perbelanjaan persekolahan pada awal tahun.

Wang bantuan berkenaan diberikan kepada semua murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah yang belajar di sekolah kerajaan termasuk sekolah Cina dan India tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar.

Lebihan daripada RM540 juta bantuan tersebut akan turut disalurkan kepada sekolah swasta, sekolah agama rakyat dan sekolah agama kerajaan negeri.
Read More

Tol Lebuhraya Kesas Turun Tengah Malam Ini

2 comments

Tol Lebuhraya Kesas Turun Tengah Malam Ini

Kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) akan diturunkan antara 10 sen dan 40 sen mulai tengah malam ini.

Kadar tol untuk Kelas 1 iaitu kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.20 kepada RM2.

Kenderaan Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (dari RM3.30 kepada RM3), Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (dari RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (dari RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (dari RM1.70 kepada RM1.50).

298,000 pengguna lebuh raya pada kadar sehari menikmati kadar penurunan dan tidak akan naik sehingga tahun 2016.

Lebuhraya Kesas sepanjang 34.5 km adalah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Sri Petaling di Kuala Lumpur dan Pandamaran di Klang.
Read More

Chong Wei juara Terbuka Korea 2013

Leave a Comment
Chong Wei juara Terbuka Korea 2013

Datuk Lee Chong Wei telah membuktikan kehebatannya sebagai pemain nombor satu dunia dengan mempertahankan gelaran juara Terbuka Korea di Olympic Gymnasium 2 di Seoul.

Beliau hanya mengambil masa 42 minit untuk menundukkan pemain pilihan keempat Du Pengyu dari China 21-12, 21-15 pada perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohanan itu.
Read More

Chelsea vs Swansea 0-2 Piala Liga Inggeris

Leave a Comment
Chelsea vs Swansea 0-2 Piala Liga Inggeris

Swansea telah menampilkan aksi luar biasa dalam saingan Piala Liga Inggeris apabila mengejutkan Chelsea 2-0 buat kali pertama dalam 78 tahun pada separuh akhir pertama di Stadium Stamford Bridge.

Swansea dalam keadaan selesa menamatkan penantian 100 tahun untuk memperoleh trofi pertama apabila beraksi di halaman sendiri pada 23 Januari 2013 bagi perlawanan timbal balik.

Michu dan Graham beraksi cemerlang apabila menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah dan memberi tekanan kepada Chelsea apabila bertandang ke stadium pihak lawan nanti.

Read More

TM Tawarkan Streamyx 8Mbps Tanpa Had

2 comments

TM Tawarkan Streamyx 8Mbps Tanpa Had

Telekom Malaysia (TM) baru sahaja memperkenalkan pakej terbaru Streamyx yang tertinggi iaitu sebanyak 8Mbps kepada semua pengguna di Malaysia. Seperti mana diketahui umum,  kelajuan tertinggi bagi Streamyx sebelum ini adalah 4Mbps. Kelajuan Internet 8Mbps dijangka menarik minat pengguna yang masih menunggu kedatangan UniFi di tempat kediaman mereka. 

Bayaran bulanan adalah sebanyak RM160 dan bakal menikmati kelajuan Internet 8Mbps, modem WiFi percuma, ID TM WiFi percuma, sebuah telefon talian tetap tanpa wayar serta panggilan percuma kepada semua pengguna talian tetap TM. Jika mendaftar untuk khidmat pembayaran automatik (Auto-Pay) akan menerima rebet sebanyak RM2 sebulan.

TM Tawarkan Streamyx 8Mbps Tanpa Had

Bagi pengguna yang menjalankan bisnes, mereka boleh mendapatkan kelajuan 8Mbps melalui pakej Office in a Box (OIAB) dengan bayaran sebanyak RM308 sebulan yang merangkumi Microsoft Office 365, modem WiFi, Frequent5, ID TM WiFI serta telefon talian tetap tanpa wayar.

Ia masih menawarkan penggunaan Internet tanpa had kepada para pelanggannya yang sesuai kepada yang ingin memuat turun fail-fail yang besar dan banyak daripada Internet tanpa perlu memikirkan tentang caj tambahan yang tersembunyi. Maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh didapati di Laman Web TM.
Read More

461 Planet Baru Ditemui Teleskop Kepler NASA

Leave a Comment

461 Planet Baru Ditemui Teleskop Kepler NASA

Teleskop kapal angkasa Kepler yang dimiliki oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah pun mengesan 461 lagi planet baru mengikut apa yang diperkatakan oleh seorang saintis iaitu Christopher Burke kelmarin.

Kebanyakan planet yang ditemui itu menyamai saiz Bumi.

Ada juga sebahagian planet yang mempunyai saiz beberapa kali ganda lebih besar berbanding Bumi.

Ia menjadikan sebanyak 2,740 planet mungkin boleh diduduki manusia.

Salah satu daripadanya ialah sebuah planet bersaiz 1.5 kali ganda lebih besar berbanding Bumi yang mengelilingi matahari dalam kitaran orbit lengkap 242 hari.
Read More

Pahang vs Johor Darul Takzim 3-2 Liga Super Malaysia 2013

Leave a Comment
Pahang vs Johor Darul Takzim 3-2 Liga Super Malaysia 2013

Pasukan Pahang dibawah bimbingan Dollah Salleh telah melakukan kebangkitan yang menakjubkan di Stadium Pahang Darul Makmur. Johor mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan ketua pasukan Johor Darul Takzim iaitu Safiq Rahim pada minitke 11 dan diikuti pula oleh jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 26.

Pahang berjaya bangkit pada separuh masa kedua melalui jaringan Fauzi Roslan pada minit ke 49 dan 72. Gol kemenangan dijaringkan oleh S. Surendran pada minit ke 83. Hasil kemenangan ini Pahang mengutip 3 mata penuh dan Johor Darul Takzim tanpa sebarang mata pada perlawana sulung ini.

Read More

Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia 2012

Leave a Comment

Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia Kali ke-4

Bintang Argentina iaitu Lionel Messi telah memenangi pemain paling terbaik di dunia apabila mempertahankan gelaran berprestij Ballon d'Or Fifa buat kali keempat berturut-turut.

Berikut merupakan pemenang anugerah:

Ballon d'Or 2012 Fifa Pemain Lelaki Terbaik 2012 Fifa: Lionel Messi

Pemain Terbaik Wanita 2012 Fifa: Abby Wambach

Anugerah Puskas Fifa: Miroslav Stoch

Jurulatih Terbaik 2012 Fifa: Vicente del Bosque

Jurulatih Wanita Terbaik 2012 Fifa: Pia Sundhage

Fifa/FIFPro World XI:

- Penjaga gol (Iker Casillas - Sepanyol/Real Madrid)

- Pemain pertahanan (Dani Alves - Brazil/Barcelona),
  Gerard Pique (Sepanyol/Barcelona), Sergio Ramos (Sepanyol/Real Madrid), Marcelo (Brazil/Real Madrid)

- Pemain tengah (Xabi Alonso - Sepanyol/Real Madrid), Xavi Hernandez (Sepanyol/Barcelona), Iniesta

- Pemain barisan depan (Ronaldo, Radamel Falcao (Colombia/Atletico Madrid) dan Messi

Anugerah Presiden Fifa: Franz Beckenbauer (Jerman)

Anugerah Fair Play Fifa: Persekutuan Bola Sepak Uzbekistan

Read More

Aizat Amdan Nyanyi Lagu Terukir Di Bintang Juara Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27)

Leave a Comment
Aizat Amdan Nyanyi Lagu Terukir Di Bintang Juara Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27)

Penyanyi Aizat Amdan yang menyampaikan lagu Terukir Di Bintang muncul juara Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) di Stadium Putra Bukit Jalil.

Yuna selaku komposer dan penulis lirik berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan RM35,000.

Naib juara dimenangi lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik, Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Penyanyi Hafiz menang kategori Vokal Terbaik buat kali ketiga berturut-turut dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000. Hafiz bersama komposer Ajai merangkul trofi tempat ketiga melalui lagu Ku Akui membawa pulang bersama wang tunai sebanyak RM12,000.

Bagi pemenang kategori Persembahan Terbaik pula dimenangi penyanyi Black bersama RJ menerusi lagu Teman Pengganti dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000. Lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira menang anugerah Juara Mobile Xpax.


Read More

Permohonan BR1M 2.0 Dilanjutkan Sehingga 15 Januari 2013

Leave a Comment
Permohonan BR1M 2.0 Dilanjutkan Sehingga 15 Januari 2013

Kerajaan telah melanjutkan permohonan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 sehingga 15 Januari 2013.

Perkara ini bertujuan membolehkan mereka yang layak termasuk golongan bujang tetapi masih belum mengisi borang berkenaan mempunyai peluang memohon.

Ia uga perlu supaya rakyat di kawasan pedalaman yang tercicir untuk turut berpeluang menikmati bantuan ini.

Proses pengumpulan data mereka yang layak telah dilaksanakan bagi membolehkan agihan dilakukan secara menyeluruh bermula awal Februari depan.
Read More

Maharaja Lawak Mega 2012 Jozan Minggu Ke 8

Leave a Comment
Maharaja Lawak Mega 2012 Jozan Minggu Ke 8

Zizan keseorangan membuat persembahan pada minggu ke 8 dalam Maharaja Lawak Mega 2012 disebabkan oleh Johan mengalami kecederaan dan telah menjalani pembedahan. Walaubagaimanapun, Zizan telah melaksanakan tugas dengan terbaik. Zizan telah melakonkan watak menjadi Ustaz Azhar Idrus. Zizan seperti hendak mengalirkan air mata mungkin disebabkan dia terharu dengan sambutan yang diberikan oleh penonton yang mana siaran malam ini diadakan di kampung halaman di negeri Terengganu.

Read More

Cuaca Tidak Menentu Sebabkan Bekalan Ikan Kurang Di Kedah

1 comment
Cuaca Tidak Menentu Sebabkan Bekalan Ikan Kurang Di Kedah

Pada ketika ini dengan keadaan cuaca tidak menentu di negeri Kedah sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan bekalan ikan terutamanya ikan kembong berkurangan dan menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai.

Harga ikan melambung tinggi dari harga asal RM3 hingga RM4 sekilogram naik kepada RM6 hingga RM7 yang membebankan orang ramai.

Sesetengah peniaga di tempat lain terpaksa menjual ikan kembong pada harga RM10 sekilogram yang menyebabkan pelanggan beralih kepada makanan lain.

Hasil tangkapan nelayan kurang menyebabkan bekalan ikan terputus dan orang ramai terpaksa menunggu serta berebut-rebut untuk mendapatkan ikan kembong.
Read More

Aizat Ganti Yuna Nyanyi Lagu Terukir Di Bintang AJL 27

Leave a Comment

Persoalan bahawa siapa yang layak untuk menggantikan tempat penyanyi lagu Terukir Di Bintang iaitu Yuna ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27) setelah Yuna menarik diri terjawab apabila penyanyi itu telah memilih Aizat untuk menyanyikan lagu tersebut. Aizat telah mengakui bahawa dia memikul tanggungjawab yang berat untuk menyanyikan lagu hit Yuna tersebut.
Read More

Tiada Had Harga Beli Telefon Pintar 3G Untuk Rebat RM200

2 comments

Tiada Had Harga Beli Telefon Pintar 3G Untuk Rebat RM200

Keputusan ini pasti menggembirakan belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah apabila Mesyuarat Kabinet bersetuju mereka boleh membeli apa jua jenis telefon pintar tanpa mengira harga untuk mendapatkan rebat RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013.

Ianya diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut.

Pelaksanaan skim tersebut berdasarkan prinsip 'siapa cepat dia dapat' sehingga peruntukan RM300 juta untuk skim itu habis.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim ini di bawah koordinasi SKMM ialah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications. Pendaftaran boleh di buat secara online di http://nbi.skmm.gov.my/
Read More

Yuna Tarik Diri Daripada Anugerah Juara Lagu Ke 27

Leave a Comment

Yuna Tarik Diri Daripada Anugerah Juara Lagu Ke 27

Penyanyi Terukir Di Bintang iaitu Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna telah menarik diri daripada saingan Anugerah Juara Lagu ke-27(AJL27).

Yuna terpaksa menarik diri daripada pentas final AJL27 kerana terpaksa memenuhi tuntutan rakaman di Los Angeles.

Lagu Terukir Di Bintang bakal dinyanyikan oleh penyanyi gantian yang akan diumumkan esok.
Read More

Rozaimi Abd Rahman Antara 10 Pemain Terbaik Asia 2012

3 comments
Rozaimi Abd Rahman Antara 10 Pemain Terbaik Asia 2012

Rozaimi Abd Rahman disenaraikan antara 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh saluran sukan antarabangsa, ESPN.

Rozaimi yang berusia 20 tahun dari Bongawan itu terkejut apabila namanya terpilih bersama bintang Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa yang turut tersenarai sebagai pemain terbaik Asia.

Selain Rozaimi dan Kagawa, senarai 10 pemain terbaik Asia oleh ESPN turut merangkumi Omar Abdulrahman (UAE), Koo Ja Cheol dan Lee Keun Ho (Korea Selatan), Bambang Pamungkas (Indonesia), Yuto Nagatomo (Jepun), Teerasil Dangda (Thailand), Amjad Radhi (Iraq) dan Ali Al Habsi (Oman).
Read More