Lee Chong Wei Juara Kejohanan Badminton Siri Super Master Akhir 2013

Leave a Comment
Lee Chong Wei Juara Kejohanan Badminton Siri Super Master Akhir 2013
Datuk Lee Chong Wei berjaya merangkul kejuaraan kali keempat pada Kejohanan Badminton Siri Super Master Akhir 2013.

Lee Chong Wei mengambil masa 32 minit bagi menewaskan pemain Indonesia iaitu Tommy Sugarto 21-10 dan 21-12 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras.

Ia merupakan kejuaraan ketujuh buat Chong Wei pada tahun 2013 selepas menjuarai Terbuka Korea, Terbuka Malaysia, Terbuka India, Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun dan Terbuka Hong Kong.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: