Kambing Biri-biri Jantan Bertanduk Empat

Kambing Biri-biri Jantan Bertanduk Empat

Kambing biri-biri jantan bertanduk empat dipelihara oleh penternak bernama K Lachmanan berumur 52 tahun di Kampung Masjid Tua, Air Mawang, Negeri Sembilan.

Kambing biri-biri jantan selalunya mempunyai dua tanduk tetapi berbeza dengan biri-biri yang diternak kacukan Barbados dengan tempatan mempunyai empat tanduk.

Perkara ini berlaku sejak biri-biri tersebut berusia enam bulan dengan setiap tanduk berukuran kira-kira 17 sentimeter.

Ianya diberi makan dedak serta daun kelapa sawit.
0 Komentar untuk "Kambing Biri-biri Jantan Bertanduk Empat"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top