Kereta AeroMobil 2.5 Mampu Terbang

1 comment
Kereta AeroMobil 2.5 Mampu Terbang

Sebuah kereta luar biasa bernama AeroMobil 2.5 mampu terbang dilancarkan oleh sebuah syarikat Slovakia.

Ia dapat mengelakkan berada dalam kesesakan lalu lintas kerana boleh meluncur di udara.

Kereta tersebut mempunyai rangka keluli ringan lapisan karbon dan dua sayap sepanjang 8.2 meter jika berubah menjadi pesawat serta memuatkan dua orang penumpang.

Kelajuan maksimum di atas jalan iaitu 159 km/j manakala ketika terbang iaitu 200 km/j dan boleh terbang hampir 500 kilometer.

Enjin Rotax 912 ULS diguna pakai yang boleh menggunakan petrol yang dijual di stesen-stesen minyak.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan