4 Mangsa Tragedi Lemas Tasik Pedu Ditemui

Leave a Comment
4 Mangsa Tragedi Lemas Tasik Pedu Ditemui
Mayat terakhir tragedi lemas di Tasik Pangkalan Balak, Pedu telah pun ditemui.

Mayat Karim Taufik berumur 36 tahun ditemui terapung lebih kurang 50 meter dari lokasi kejadian pada pukul 7.45 pagi. 

Mayat terakhir itu menjadikan jumlah semua yang lemas dalam kejadian itu ialah empat orang.

Tiga mayat lain iaitu dua beradik Siti Nor Afliana Yahya berumur 13 tahun dan kakaknya Siti Nor Afliana berumur 16 tahun serta jiran mereka iaitu Siti Hajar Azmi berumur 12 tahun telah pun ditemui.

Mangsa antara 23 orang daripada empat buah keluarga dari Kampung Bukit Lada, Pokok Sena yang berkelah di tasik itu.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: