iPhone 5S dan iPhone 5C dilancarkan Apple

Leave a Comment
iPhone 5S dan iPhone 5C dilancarkan Apple

Apple mengumumkan iPhone baru iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C.

Ianya menggantikan iPhone 5 dan iPhone 5S merupakan telefon pintar paling kehadapan yang pernah dihasilkan.

iPhone 5S mempunyai cip pemprosesan lebih laju, peningkatan sehingga 10 jam masa berbual atau 40 jam bagi mendengar muzik serta didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu perak, emas dan kelabu angkasa.

iPhone 5C dihasilkan untuk pasaran pertengahan mempunyai storan terbina dalaman sebanyak 16 gigabait, binaan berasaskan plastik polikarbonat serta didatangkan dengan lima pilihan warna termasuklah biru, putih, merah jambu, kuning dan biru.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: