Muzium Lilin Pertama di i-City

Leave a Comment
Muzium Lilin Pertama di i-City

Muzium lilin pertama di Malaysia dipenuhi patung lilin bintang terkenal dunia dijangka menarik 30,000 pengunjung setiap bulan akan dibuka mulai esok.

100 patung lilin personaliti terkenal mengikut enam tema iaitu Ikon Dunia, Selebriti, Bintang Sukan, Buku Rekod Dunia, Bintang Kafe dan Interaktif.

Sasarannya ialah keluarga kerana ianya sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

Antara patung lilin ialah Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman, pelakon Bruce Lee, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pelakon Hollywood Daniel Craig dan Angelina Jolie serta ramai lagi.

Muzium seluas 30,000 kaki persegi itu turut dilengkapi kafeteria untuk pengunjung berehat serta kedai cenderahati.

Harga tiket biasa bagi dewasa adalah RM100 seorang dan RM50 seorang bagi kanak-kanak manakala bagi pemegang MyKad, harga tiket adalah RM80 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: