Guru Pendidikan Jasmani Mati Ditembak

Leave a Comment
Guru Pendidikan Jasmani Mati Ditembak

Seorang guru pendidikan jasmani Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam iaitu K. Shanmugam berumur 45 tahun maut selepas terkena dua das tembakan di kepala dan anggota badan.

Ianya dilepaskan oleh dua lelaki bermotosikal dari jarak dekat berlaku pada pukul 12.25 tengah hari di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi.

Shanmugam didatangi dua penyerang yang disyaki pembunuh upahan sebaik memperlahankan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish yang dipandunya.

Salah seorang suspek kemudian terus melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan anggota badannya menyebabkan mangsa  mati di tempat kejadian.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: