Nenek 59 Tahun Panjat Pokok Kelapa

Leave a Comment
Nenek 59 Tahun Panjat Pokok Kelapa

Seorang warga emas mampu memanjat pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter tidak lebih dua minit sejak 43 tahun lalu untuk menyara kehidupan tujuh anak dengan pendapatan tambahan antara RM40 hingga RM50 sehari.

Zabedah Mansor yang berumur 59 tahun merupakan ibu tunggal yang tinggal di Kampung Kubang Pekan mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun.

Zabedah juga boleh memanjat pokok durian, petai, pinang, rambutan, duku dan sebagainya tanpa menggunakan galah.

Kelapa dibawa terus kepada pemborong untuk dijual kepada pelanggan yang membuat tempahan mengikut harga pasaran tetap.

Upah memanjat pokok bergantung pada saiz pokok iaitu pokok rendah cuma RM5 manakala pokok tinggi bayarannya RM10.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: