Ular Sawa 40 Kilogram di Bandar Raya Kuala Terengganu

Leave a Comment
Ular Sawa 40 Kilogram di Bandar Raya Kuala Terengganu

Beberapa peniaga di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu berasa bimbang apabila ular sawa muncul di kawasan tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Reptilia tersebut muncul dari arah sebuah padang bola sepak apabila kelaparan terutama selepas waktu hujan untuk mencari makanan.

Ular sawa itu pernah memasuki rumah penduduk.

Walaupun begitu, penduduk lega apabila ular sawa sepanjang kira-kira empat meter tersebut berjaya ditangkap kira-kira jam 9.45 pagi kelmarin oleh orang ramai.

Ular sawa seberat kira-kira 40 kilogram ditangkap ketika sedang berlingkar di bawah sebuah kenderaan di tepi jalan utama itu.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: