Puting Beliung Oklahoma Lagi Kuat Daripada Bom Atom

Leave a Comment
Puting Beliung Oklahoma Lagi Kuat Daripada Bom Atom

Puting beliung yang melanda negeri Oklahoma, Washington menghasilkan tenaga jauh lebih kuat daripada bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun.

Bencana tersebut membawa kemusnahan besar selepas ia melanda selama sejam.

Tenaga puting beliung ialah lapan hingga lebih 600 kali lebih kuat daripada bom atom.

Ianya selebar dua kilometer dan bergerak sejauh 27 kilometer selama 40 minit ketika ia melanda Moore di pinggir bandar Oklahoma.

Puting beliung tersebut dianggarkan bertiup selaju 320 kilometer sejam (km/j) hingga 337km/j.

Ia meranapkan sejumlah bangunan termasuk sekolah seterusnya angka kematian rasmi setakat ini ialah 24 orang selepas beberapa pegawai menyatakan jumlah kematian mencecah sehingga 91 orang.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: