Pemuda Cacat Penglihatan Berjaya Takluk Selat Pulau Pinang

Leave a Comment
Pemuda Cacat Penglihatan Berjaya Takluk Selat Pulau Pinang

Seorang pemuda cacat penglihatan iaitu Faiq Adnan berumur 23 tahun berjaya berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh lima kilometer dari Jeti Marina, George Town ke Kawasan Rehat dan Rawat Bagan Ajam, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth.

Faiq merupakan pelajar tahun dua Universiti Malaya dalam jurusan Kesusasteraan Melayu berjaya menamatkan renangan tersebut dalam masa dua jam 20 minit 35 saat dengan diiringi jurulatihnya, Datuk Ooi Win Juat.

Ketibaannya disambut kira-kira 200 orang ramai yang menunggu sejak pukul 10 pagi.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: